Kagumi Khasiat Buah Kurma Nabi / Ajwa

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Terdapat 1,400 jenis kurma di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, kurma Ajwa merupakan yang paling dikagumi. Kurma Ajwa dianggap sebagai yang terbaik di dunia dan sangat istimewa terutama bagi kaum Muslim kerana kurma berkenaan mempunyai berbagai khasiat dan ia merupakan kegemaran Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam.

 

Ajwa sejenis kurma berbentuk hampir bulat dan sedikit kecil dengan warna kehitaman selain texturnya tebal lembut dan kering. Rasanya tidak terlalu mengigit seperti jenis kurma lain dan banyak ditanam di persekitaran Madinah.

Menurut sejarah, kurma Ajwa yang pertama ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah sekitar 14 abad yang lampau. Masa kini jumlah pokok kurma Ajwa di Madinah hanya sekitar seratus pokok sahaja.

Jadi tidak menghairankan jika harganya amat tinggi. Di Arab Saudi harga kurma Ajwa cukup mahal iaitu sekitar 60 – 80 riyal/kg. manakala di Malaysia harganya mencecah RM 80.00 – RM 120.00/kg.

Kini kurma Ajwa juga telah diberi nilai tambah menjadi produk seperti sari madu kurma dan minuman selain ada kurma Ajwa yang disira bersama minyak Habbatus Sauda yang dikatakan berkhasiat untuk kesihatan.

 

Nabi Muhammad SAW sendiri sangat menggemari makan kurma Ajwa dan menganjurkannya untuk memakan 7 buah kurma Ajwa di pagi hari dan saat berbuka puasa.

Sabda Rasullullah SAW.: “Apabila setiap kamu berbuka puasa, maka hendaklah kamu berbuka puasa dengan kurma kerana sesungguhnya padanya (kurma itu) ada keberkatan. Jika sekiranya ianya (kurma) tidak didapati, maka berbukalah dengan air kerana sesungguhnya padanya (air tersebut) itu bersih.”  (Riwayat imam Ahmad, Tarmizi dan Abu Daud)

 

Keistimewaan kurma ajwa dibandingkan dengan lain-lain jenis kurma adalah kerana berkat petunjuk dan pengkhususan Rasulullah SAW ke atasnya, sebagaimana baginda telah mengkhususkan jumlah 7 biji di setiap pagi. Keberkatan juga mungkin berasal dari keistimewaan tanah Madinah yang menjadi tempat khas pokok-pokok kurma ajwa. Ia juga mempunyai fadilat seperti menguatkan urat perut, mengendurkan urat saraf dan melembutkan perangai.

Kurma Ajwa mempunyai saiz sederhana,

kedutan lebih banyak dari kurma lain, kalau dilihat betul2

kedutan pada kurma itu membentuk kalimah Allah.

Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Hadis ini menjelaskan bahawa kurma Ajwa boleh mengatasi racun dan sihir, mungkin kerana kandungan yang ada di dalam kurma ini yang menyebabkannya. Bagi yang memakannya akan beroleh keberkahan, disebabkan penanaman asal kurma ini telah bersentuhan dengan tangan Nabi SAW yang mulia.

 

Buah kurma sebagaimana diketahui memang mempunyai khasiat perubatan tertentu seperti meningkatkan kadar gula darah dan mengubati katarak pada mata dengan memakan paling sedikit 3 buah kurma selama beberapa bulan.

Kurma memiliki banyak sekali khasiat yang baik bagi kesihatan kerana memiliki kandungan vitamin A, kalsium dan besi yang tinggi. Sesuai untuk berbuka puasa kerana tubuh memerlukan karbohidrat dan gula (glucose) yang sememangnya banyak terkandung dalam buah kurma. Pada kurma selain rasa manis juga mengandung karbohidrat yang mudah dicerna tubuh. Oleh karena itu kurma sangat digalakkan dimakan ketika berbuka puasa agar tubuh menjadi cepat pulih atau segar seterusnya memberi tenaga segera kepada tubuh.

Kurma seumpama ‘buah ajaib’ seharusnya dijadikan juga pilihan makanan kudapan atau menggantikan makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit. Rasulullah SAW sendiri mengangkat tinggi taraf buah kurma kerana mempunyai nilai-nilai kesihatan yang baik termasuk kandungan kalori dan karbohidrat yang mudah dicernakan oleh tubuh.

 

 

Catatan:

Buat pengetahuan semua, pengimport kurma dari Malaysia sering mahukan buah kurma dalam kuantiti yang banyak pada harga yang murah. Justeru penanam kurma di Asia Barat terpaksa mengambil buah kurma putik yang belum masak dan direndamkan dengan air gula yang mendidih untuk menjadikan kurma itu manis dan berat. Ia memberi keuntungan kepada para peniaga kurma di Malaysia kerana timbangan kurma berat serta buahnya manis sedangkan khasiatnya tiada dan ia bukanlah kurma yang masak secara semula jadi. Maka buatlah pilihan bijak dan terbaik…

والسلام

By

Shafiqolbu

 

 

About these ads

15 responses to this post.

  1. Posted by ali on 25/02/2012 at 11:56 pm

    boleh cadangkan penjual kurma yang tidak jual denga cara di atas.. maksudnya yang jual cara betul.. bukan rendam dalam air gula

    Reply

    • السلام علبكم
      Ali.. Sekarang terlalu ramai penjual kurma termasuk warga timur tengah di Malaysia.. bertanyalah kepada mereka. InsyaAllah mereka akan berlaku jujur… Walau bagaimanapun kebiasaannya yang nampak segar dan masih bertangkai adalah terselamat daripada perbuatan seleweng tersebut.

      Reply

  2. Posted by Faraway Shoppe on 02/06/2012 at 9:03 am

    Salam..kami ada mnjual kurma ajwah yg diposkan terus dari Madinah dgn harga yg rendah…insyaAllah kurma yg kami jual xde unsur2 tidak jujur seperti itu… =) blh lawat blog kami farawayshoppe.blogspot.com..tempahan utk Ramadhan dibuka skrg..
    Salam..

    Reply

  3. Posted by husein on 23/07/2012 at 9:21 am

    nak beli kat mana,,,e?

    Reply

  4. Posted by husein on 23/07/2012 at 9:23 am

    assalamu’alaikum sye ade nak beli tapi dalam satu kg sahaja nak dapatkan kat mana e,,,,, syukran

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Dalam bulan ini ianya banyak dijual di Bazar2 Ramadhan…cubalah Husein cari dan bertanyakan pada mereka..

      Reply

  5. Posted by Deen on 13/08/2012 at 3:53 pm

    Alhamdullillah.. syukur.. pda ALLAH.. saya salah seorang pesakit yg terkena sihir, (selama 2 tahun )sudah hampir bermacam2 penawar yg saya cri utk menyembuhkan kesakitan saya.. dgn izin ALLAH.. sya telah membeli buah kurma Ajwa, setelah mencubanya dlm masa seminggu.. ada perubahan keatas diri saya, cuma dlm masa yg singkat, kesakitan saya semakin beransur pulih.. dan kini saya dpt memulakan kehidupan sya seperti sedia kala.. syukur pada ALLAH S.W.T

    Reply

  6. [...]  Menjamah sedikit makanan terutama tamar sebelum keluar bersolat sunat hari raya. Anas bin Malik menyebut: “Adalah Nabi SAW tidak akan [...]

    Reply

  7. Dapatkan Tips PERCUMA Cara ‘Make Over’ POKOK KURMA Anda yang Udoh Lama Hidup tapi Idok Berbunga, Apatah Lagi Berbuah!

    Singgah ziarah di :
    Moh Le Singgah…!
    http://anakpokokkurma.blogspot.com ATAU via

    http://kwaleshop.blogspot.com

    Reply

  8. MasyaAllah , informasi sangat bermanfaat tentang kurma ajwa. kurma nabi yang penuh barakah!

    Reply

  9. Posted by Izzat Azmir on 11/11/2013 at 2:44 pm

    Assalamualaikum saudara Shafi-Q..kalau kurma selain dr tamar ajwa pun dianjurkan makan 7 biji setiap pagi?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,146 other followers

%d bloggers like this: