Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat

Solat Tarawih hanya dilakukan pada malam bulan Ramadhan sahaja. Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan (Qiyam Ramadhan) ialah solat Tahajjud atau ‘shalatullail’ (solat malam) yang dilakukan pada malam-malam bulan lainnya.

Tarawih ertinya beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’, Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.

Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT.

Jesteru itu Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan lapan rakaat sahaja.

.

.

Sunnah Rasulullah SAW

Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir. Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia.

.

Solat sunat Ramadhan lapan rakaat oleh Rasulullah SAW, seperti yang dilihat oleh Aisyah r.a. di rumah, adalah yang minimum kerana Baginda SAW memanjangkan rakaatnya.

.

Abu Salamah r.a pernah bertanya kepada Aisyah r.a tentang solat malam Rasulullah SAW di bulan Ramadhan. Aisyah menjawab: “Rasulullah SAW tidak pernah menambah rakaat solatnya di bulan Ramadan dan atau bulan lain melebihi sebelas rakaat. Baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat tiga rakaat (witir).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1147.

.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h menyatakan di dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa, mengenai solat qiyam Ramadan (solat Tarawih); “Nabi SAW tidak pernah menetapkan jumlah rakaatnya. Namun, baginda sendiri tidak pernah mengerjakannya melebihi 11 atau 13 rakaat sama ada pada bulan Ramadan atau bulan lain. Baginda melakukan solat qiyam dengan memanjangkan rakaatnya.”

.

Aishah r.a. meriwayatkan lagi; Rasulullah SAW solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: “Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?”

Baginda SAW menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?”

.

.

Cara Agihan Solat Lapan Rakaat

  1. Biasanya Solat Sunat Tarawih dilakukan sebanyak lapan rakaat yang dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam.
  2. Solat Sunat Tarawih ini juga boleh dikerjakan empat rakaat – empat rakaat (2 kali 4 rakaat), iaitu sebagaimana tatacara solat fardhu yang empat rakaat iaitu dengan dua tahiyat.
  3. Boleh juga dikerjakan sebanyak empat rakaat sekaligus dengan hanya satu tahiyat dan sekali salam sahaja. Sekiranya ingin dilaksanakan dengan hanya satu tahiyat maka setiap rakaat hendaklah dibaca surah-surah atau ayat-ayat dari al-Qur’an.

#  Setiap cara Solat Sunat Tarawih di atas, hendaklah di akhiri dengan tambahan 3 rakaat Solat Sunat Witir, boleh sama ada dilakukan dengan dua salam atau satu salam Witir sahaja.

.

Malah, ia juga boleh digabungkan dengan hanya satu rakaat Solat Sunat Witir.

Abdullah bin Umar r.a berkata: “Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah cara melakukan solat malam? Baginda bersabda: Dua rakaat dua rakaat. Apabila engkau bimbang (waktu solat Subuh akan masuk), laksanakan terus solat witir sebanyak satu rakaat.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, no: 1137.

Aisyah r.a berkata: “Biasanya Nabi s.a.w solat di malam hari sebanyak 13 rakaat termasuk witir dan dua rakaat solat sunat fajar (solat sunat sebelum fardu Subuh).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1140.

.

.

Bacaan Surah

Sesudah membaca Al Fatihah pada setiap rakaat, lalu membaca ayat-ayat atau surah daripada Al Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat.

.

  1. Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Hafiz).
  1. Setelah membaca surah Al-Fatihah, bacalah sebarang surah lazim yan diketahui. Pada raka’at kedua ada baiknya membaca surah al-Ikhlas 3 kali.
  1. Kebanyakan orang biasanya hanya membaca surah-surah lazim. Berikut adalah cara tersusun membaca surah lazim Solat Sunat Tarawih lapan rakaat;

Jadual Surah Solat Tarawih Lapan Rakaat

Rakaat

Surah

Pertama

At Takaatsur

Kedua

Al Ashry

Ketiga

Al Humazah

Keempat

Al Fiil

Kelima

Al Quraisy

Keenam

Al Ma’uun

Ketujuh

Al Kautsar

Kelapan

Al Kaafiruun

.

.

Cara Melakukan Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat

Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis: “Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.” (Riwayat Jamaah)

.

1.  Niat:

.

.

2.  Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih

.

1.  Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Ba’diah Isyak, maka Bilal memulakan Solat Tarawih dengan menyeru:

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَعْبُوْدِ

Maha Suci Tuhan Pemiliki (alam) yang disembah (dipatuhi),

 .

2.  Bilal dan jamaah sama-sama membaca:

.

.

3.  Bilal menyeru dengan lafaz bagi permulaan mendirikan solat sunat Tarawih;

.

.

4.  Imam dan jamaah sama-sama mendirikan 2 rakaat pertama solat sunat Tarawih;

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:

Raka’at kepertama: Surah At Takaatsur

Raka’at kedua: Surah  Al Ashry

.

5. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-2; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:

.

.

6.  Imam dan jamaah bersama-sama mendirikan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 3 dan 4;

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:

Raka’at ketiga: Surah Al Humazah

Raka’at keempat: Surah  Al Fiil

.

7.  Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-4; Bilal dan jama’ah membaca Tasbih dan Selawat:

.

.

8.  Diikuti dengan Imam membaca doa berikut:

.

.

9.  Sebelum mendirikan 4 rakaat lagi, bilal dan jamaah membaca kalimat:

.

.

10. Imam dan jamaah sama-sama meneruskan Solat Sunat Tarawih rakaat yang ke 5 dan 6;

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:

Raka’at kelima: Surah Al Quraisy

Raka’at keenam: Surah  Al Ma’uun

.

.

11. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-6; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:

.

.

12.  Imam dan jamaah bersama-sama meneruskan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 7 dan 8;

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:

Raka’at ketujuh: Surah Al Kautsar

Raka’at kelapan: Surah  Al Kaafiruun

.

.

13.  Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-8 (akhir); Bilal dan jama’ah membaca Tasbih dan Selawat:

.

.

14.  Apabila selesai mendirikan 8 raka’at Solat Tarawih, membaca doa berikut;

Doa Solat Tarawih

 اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلَّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَفْضَلَ صَلَوَاتِكَ الَّتِىْ صَلَّيْتَ عَلَيْهِ، يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ، يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وَرَضِىَ اللهُ تَعَالَى عَنْ أَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ، وَرَضِىَ عَنَّا وَوَالِدِيْنَا جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ.                                                                           

Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau berselawat ke atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!  Dan keredhaan Allah kepada kesemua sahabatnya dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa kami dan keselurahan orang-orang yang beriman.
 
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا بِاْلإِيْمَانِ كَامِلِيْنَ، وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدِّيْنَ، وَلِلصَّلاَةِ حَافِظِيْنِ، وَلِلزَّكاَةِ فَاعِلِيْنَ، وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِيْنَ، وَلِعَفْوِكَ رَاجِيْنَ، وَبِالْهُدَى مُتَمَسِّكِيْنَ، وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِيْنَ، وَفِى الدُّنْيَا زَاهِدِيْنَ، وَفِى اْلآخِرَةِ رَاغِبِيْنَ، وَبِالْقَضَاءِ رَاضِيْنَ، وَبِالنُّعَمَاءِ شَاكِرِيْنَ، وَعَلَى الْبَلاَيَا صَابِرِيْنَ، وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ، وَإِلَى الْحَوْضِ وَارِدِيْنَ، وَفِى الْجَنَّةِ دَاخِلِيْنَ، وَعَلَى سَرِيْرَةِ الْكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ، وَبِحُوْرٍعَيْنٍ مُتَزَوِّجِيْنَ، وَمِنْ سُنْدُسٍ وَاسْتَبْرَقٍ وَدِيْبَاجٍ مُتَلَبِّسِيْنَ، وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ آكِلِيْنَ، وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفِّيْنَ شَارِبِيْنَ، بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِيْنٍ، مَعَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ. وَحَسُنَ اُولَئِكَ رَفِيْقًا ذَلِكَ الْفَضْلُ مِنَ الله وَكَفَى بِاالله عَلِيْمًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.                                      
Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala kewajipan agama, menjaga solat, menunaikan zakat, menuntut dan mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharapkan keampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewangan, mencintai keduniaan dikurangkan, terpelihara di akhirat, meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima ujian, mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga yang sejuk, dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk  di atas Tahta Kehormatan di dampingi  bidadari syurga dengan memakai pakaian kebesaran dari sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi yang tidak kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang telah Dikau berikan nikmat pada mereka, daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam!
 

اَللَّهُمَّ فَارِقِ الْفُرْقَانَ وَمُنْزِلِ الْقُرْآنَ بِالْحِكْمَةِ وَالْبَيَانِ [بَارِكِ اَللَّهُمَّ لَنَا فِىْ شَهْرِ رَمَضَانِ (×3)] وَاعْدَهُ اَللَّهُمَّ عَلَيْنَا سِنِيْنًا بَعْدَ سِنِيْنَ. وَأَعْوَامًا بَعْدَ أَعْوَامٍ عَلَى مَا تُحِيُّهُ وَتَرْضَاهُ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.      

Ya Allah! Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan Al-Quran dengan hikmah serta penjelasan, [berkatilah kami ya Allah di dalam bulan Ramadan ini - (3x)] Kurniakanlah kepada kami ya Allah (Ramadan ini dan Rahmat-Nya), tahun demi tahun atas apa yang Dikau kasihi dan redhai; Wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

 

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ فِىْ هَذَهِ اللَّيْلَةِ وَكُلُّ لَيْلَةٍ مِنْ لَيَالِىْ شَهْرِ رَمَضَانِ، عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، فَاجْعَلْنَا اَللَّهُمَّ وَوَالِدِيْنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَمَشَآيِخِنَا وَمُعَلِّمِيْنَآ وَأَقَارِبِنَا وَأَصْحَابِنَا وَالْحَاضِرِيْنَ وَوَالِدِيْهِمْ مِنْ عُتِقَائِكَ مِنَ النَّارِ. [اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ سَآلِمِيْنَ (×3)] وَأَدْخِلْنَا وَإِيَّاهُمُ الْجَنَّةَ آمِنِيْنَ. [اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفْوٌ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا. (×3)]    

Ya Allah! Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka. Maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Dikau bebaskan dari neraka. [Ya Allah! Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan - (3x)]. Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga sebagai orang-orang yang sejahtera. [Ya Allah! Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Dikau amat suka mengampunkan, maka ampunilah kami! - (3x)].

 

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.                                           

Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk, penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat Baginda kesemuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam!

.

.

.

Solat Sunat Witir

Setelah selesai Solat Tarawih, teruslah dirikan solat sunat Witir. Bilal menyeru:

صَلاَةُ الْوِتْرِ اَثَابَكُمُ اللهُ.

Kerjakan solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!

.

Cara Melaksanakannya

       1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

.

.

2.  Bacaan selepas Fatihah:

Raka’at pertama: Surah Al-A’laa

Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun

.

.

       3.   Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;

.

.

       4.   Jemaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

.

.

5.   Selepas Fatihah, pada raka’at terakhir, dibaca surah;

Al-Ikhlas,

Al-Falaq dan

An-Naas.

.

.

      6.   Bemula malam 16 Ramadan, disunatkan membaca  Doa Qunut sebelum melakukan sujud petama.

.

.

     7.   Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:

.

.

     8.   Boleh dibaca doa-doa berikut:

.

.

والسلام

by;

shafiqolbu

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,103 other followers

%d bloggers like this: