Qadha Puasa Orang Yang Telah Meninggal Dunia

Ibadah puasa merupakan kewajiban yang mesti dilaksanakan oleh seluruh umat Islam. Sekiranya terdapat hari yang tidak berpuasa, baik karena ada keuzuran ataupun tidak, ia berkewajiban mengganti puasa yang ditinggal tersebut pada lain hari.

.

Jika orang itu tidak mengganti puasa sehingga akhir hayatnya, maka dia masih lagi berhutang kepada Allah SWT dan adalah menjadi tanggungjawab keluarga atau kerabatnya menggantikan hutang puasanya itu.

.

.

Ganti Puasa

Ada beberapa kemungkinan orang yang meninggal dunia dan belum menggantikan puasanya.

1. Orang yang meninggal dunia, sekiranya tidak sempat qadha puasa kerana meninggal dunia pada pertengahan puasa atau pada hari raya pertama atau uzur berterusan seperti sakit, pengsan (koma) dan musafir, maka tidak wajib bagi warisnya mengqada puasa dan membayar fidyahnya.

.

2.  Jika meninggal dunia sebelum mengqada puasa tanpa sebarang keuzuran atau dengan sengaja meninggalkan puasanya, maka walinya hendaklah membayar puasa si mati dengan mengqadha atau mengeluarkan fidyah secupak (675g) beras, bagi setiap hari puasa yang ditinggalkannya.

Rasulullah SAW. bersabda: “Sesiapa yang mati dan ke atasnya puasa (belum diqada), maka hendaklah walinya berpuasa untuknya.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)

.

3. Wali yang boleh mengqadha puasa si mati ialah setiap kerabat kepada si mati, walaupun bukan waris yang berhak mewarisi.

Rasulullah SAW bersabda; “Sesiapa yang mati dan dia mempunyai kewajiban berpuasa, maka hendaklah setiap hari (ahli warisnya) memberi makan kepada fakir miskin.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

.

4.  Qadha puasanya yang dilakukan oleh orang asing (ajnabi), wajib mendapat keizinan wali si mati atau wasiat si mati sendiri, sama ada diberi upah atau tidak iaitu sama seperti ibadat haji.

.

5.  Imam Nawawi menjelaskan, sah puasa yang dilakukan oleh 30 orang bagi menggantikan 30 hari yang ditinggalkan oleh si mati yang mana qadha itu dilakukan pada hari yang sama.

 .

6. Menurut mazhab Syafie, Maliki dan Hanafi; puasa orang yang telah meninggal dunia tidak boleh diganti oleh orang lain. Namun puasa mereka cukup diganti dengan membayar fidyah. Iaitu dengan memberikan makan fakir miskin seorang sehari puasa yang ditinggalkannya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa meninggal dan padanya ada puasa Ramadhan yang telah ditinggalkan maka hendaklah diberi makan atas namanya sehari seorang miskin (fidyah)” (Hadis riwayat Tarmizi daripada Ibnu Umar)

.

7. Berkenaan puasa Qadha Nazar pula. Seandainya warisnya mengetahui bahawa orang tuanya atau ibu dan bapanya ada berniat puasa nazar maka warisnya hendaklah menggantikannya dengan berpuasa sesuai dengan yang dinazarkan.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila sakit seorang lelaki dalam bulan Ramadhan kemudian ia meninggal dunia, padahal ia tidak berpuasa maka ia harus membayar fidyah (memberi makan orang miskin seorang sehari atas namanya). Tiada qadha atasnya. Dan jika puasa nazar hendaklah diqadhakan oleh wali atau warisnya”. (Hadis riwayat Abu Daud daripada Ibnu Abbas)

.

.

http://shafiqolbu.wordpress.com/

.

.

About these ads

4 responses to this post.

  1. Posted by lieza on 08/06/2012 at 2:03 pm

    salam..boleh terangkan macam mana nak ganti puasa mak saya yang dah meninggal pada tahun 1999 (umur 42) tp sy x tau brp hari yg mak saya x puasa sepanjang hidupnya..perlukah saya ganti puasa atau bayar fidyah sekali??trima kasih

    Reply

    • Salam,

      Banyak lagi maklumat yang diperlukan bagi menjawab soalan lieza.. langkah terbaik adalah bawa orang yang paling rapat dan mengetahui tentang sejarah kesihatan dan amal ibadah ibu seperti anak sulung atau ibu saudara bertemu dengan pegawai bertugas di pejabat zakat berhampiran.

      Reply

  2. Posted by aniza on 29/05/2014 at 8:44 am

    Salam ustaz,
    sekiranya arwah tidak sempat qadha puasa selama 3 hari,bolehkah 3 org anak ,puasa pada hari yg sama?
    bolehkah adik beradik qadha kan puasa allahyarham?
    mohon penjelasan ustaz. Syukran

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Boleh puasa serentak harinya dan lebih afdhal jika ianya dilaksanakan oleh anak2 si arwah walaupun boleh dilakukan oleh orang lain. Apa yang lebih penting hendaklah diselesaikan dahulu fidyahnya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,090 other followers

%d bloggers like this: