Selawat Fatih

  ِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selawat Fatih ini mampu membukakan asrar (rahsia) ajaib yang menghairankan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya seratus kali setiap hari. Ramai yang mempertikaikan selawat ini tetapi mengejar sesuatu fadhilat itu tidak salah.

Sememangnya naluri manusia inginkan sesuatu sebagai imbuhan, umpamanya pahala dan fadhilat membaca sesuatu selawat. Itulah hikmah diwujudkan fadhilat.

Rasulullah SAW bersabda bahawa ulama itu pewaris Nabi. Tidaklah menjadi kesalahan kalau nak diamalkan kerana ia masih lagi ibadat dan tidak ada pula isi yang berunsurkan apa-apa yang menentang Al-Quran dan As-Sunnah.

.

Selawat Fatih dari  As-Sayyid Abul Makkkarim Asy-Syeikh Muhammad Syamsuddin;

.
.
.

Huraian Makna Selawat Fatih: 

.
Ustaz Haji Ahmad Tunggal, Pengerusi Jamaah Wirid Khaujakan Johor, menulis dalam bukunya “Amalan Kecemerlangan Rohani” (1993) seperti berikut:
.
Yang membuka apa yang tertutup – Dunia ini asalnya tidak ada dan masih tertutup. Maka dijadikan dunia ini adalah disebabkan wujudnya Nabi Muhammad  SAW. Kalaulah tidak ada Nabi Muhammad SAW tidaklah akan wujud dunia ini. Allah menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat bagi sekalian alam. Rahmat dan kenabian bagi sekalian makhluk termasuk manusia, jin dan binatang. Hati manusia juga pada mulanya tertutup dengan syirik, tertutup dengan kezaliman dan kejahilan.
.
Iman, Islam dan akhlak tertutup, semuanya itu dibuka oleh Nabi Muhammad SAW dengan dakwah yang berpandukan kitab Al Quran. Terbukalah kebenaran akidah dan syariat Islam, terbukalah akhlak dan budi pekerti yang luhur, terbukalah keadilan sosial dan terbukalah sebuah negara Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW yang membuka apa yang tertutup.
.
Dan penyudah (penamat) apa yang telah lalu – Tidak ada Nabi lagi sesudah Nabi Muhammad SAW Juga sebagai penutup berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj  dan penutup kitab suci Al Quran.
.
Dan yang menolong kebenaran dengan kebenaran – Pertolongan Nabi Muhammad SAW yang benar ialah Al Quran. Di dalamnya mengandungi segala kelengkapan termasuk akidah, syariat, akhlak, ibadat, bermasyarakat bernegara, falsafah dan mistik. Manusia tidak akan mengetahui kebenaran tersebut tanpa pertolongan Nabi SAW .
.
Dan yang menunjukkan jalan-Mu yang lurus – lalu yang ditunjukkan oleh Nabi SAW adalah jalan yang lurus, betul dan tegak. Ertinya jalan yang lurus itu adalah ialah jalan Islam, jalan selamat sejahtera dan bahagia. Mustakim selain dari makna lurus boleh diertikan yang tetap dan teguh pendirian dalam melaksanakan perintah Allah. Selain dari Nabi SAW  penolong kebenaran ia juga memimpin. Memipin ke jalan yang lurus sejahtera dan selamat.
.
.
.

Clip Video Selawat Fatih

.
.
.
.

Kelebihan Dan Fadhilat Selawat Fatih:

.

Selawat Fatih juga mempunyai keistimewaan yang tersenidiri seperti mana yang telah disusun oleh para ulamak terdahulu. Antara kelebihan Selawat Fatih ialah :

.

1.  Berkata sebahagian ulamak Maghribi, berselawat sekali dengan Selawat Fatih menyamai 10 000 atau 600 000 yang lain.

.

2.  Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kecil dan aman tenteram jiwanya.

.

3.  Dibaca 21 kali setiap hari, luas rezeki dan keluarganya selamat dari kesusahan.

.

4.  Sesiapa beristiqamah berselawat Fatih 40 hari, dosanya akan diampuni Allah.

.

5.  Sesiapa mengamalkan  dengan istiqamah, nescaya akan terbuka rahsia keajaiban, menghilangkan dukacita, mendapat hidayah dan tercapai segala hajat. Dan akan menjadi ahli syurga, walaupun hanya membaca sekali seumur hidup.

.

6.  Kebanyakan daripada arifin menyebut bahawasanya selawat ini dapat membukakan asrar (rahsia) ajaib yang terhairan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya 100 kali setiap hari,

.

7.  Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasil baginya daripada anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah Ta’ala.

.

8. Selawat ini bermanfaat kepada orang Mubtadi, Mutawassith dan Muntahi.

.

9. Sesiapa yang berselawat dengan Selawat Fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidak akan dijilat api neraka.

.

10. Sesiapa membacanya 1000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Caranya adalah membacanya selepas bersolat 4 rakaat,

1) Baca surah al-Qadr,

2) Baca al-Zalzalah,

3) Baca al-Kafirun,

4) Baca Ma-’uzatain.

Seeloknya diasapkan dengan gaharu ketika membaca Selawat Fatih.

.

Oleh kerana banyaknya fadhilat Selawat Fatih ini, maka marilah kita amalkan membacanya secara istiqamah.

.

.

Wallahu A’alam Bissowab



والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

http://shafiqolbu.wordpress.com/

.

About these ads

13 responses to this post.

  1. Posted by hafiz on 14/08/2012 at 4:29 pm

    assalamualaikum…mohon diijazahkan untuk dijadikan amalan..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Tak perlu ijazah, semuanya hak Allah SWT..ana cuma penyampainya saja…tapi sebagai menghargai ilmu dan membudayakan berdoa bagi saudara seMuslim serta mensejahterakan ummah, Sdr.Hafiz hadiahkanlah bacaan al-Fatihah dan doakan agar ana sentiasa beroleh kebaikan di dunia dan akhirat.

      Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidaklah berdoa seorang Muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

      Reply

  2. Posted by Insan teraniaya on 06/09/2012 at 12:08 pm

    salam tuan, saya nak bertanya sedikit. saya ni berniaga dan telah ditipu.duit dah bayar tapi barang tak dihantar. ada tak cara tuan boleh bantu saya.diharap tuan dapat sertakan telefon nombor sekali agar saya dapat hubungi tuan.terima kasih.salam

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ana bukanlah orang yang tepat dalam bidang ini..sdr. bolehlah rujuk pada yang pakar di luar sana…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  3. salam tuan. saya ada menggunakan image selawat fatih diatas untuk post blog saya: http://secebiswaras.wordpress.com/2012/09/25/selawat-tanda-terima-kasih/ . Minta izin dan terima kasih byk2.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Berikanlah juga backlink / kredit pada Blog Shafiqolbu…

      Reply

  4. Posted by aji on 24/10/2012 at 9:59 am

    terimakasih tn kerana meyumbangkn amalan moga ummah mendapat kesejahteraan dn kemuliaan dr Allah S.W.T.

    Reply

  5. Posted by Rasimah M. Ali on 19/11/2012 at 8:29 am

    terima kasih atas selawat ini yang selama ini saya mencari selawat yang paling istimewa

    Reply

  6. Posted by habsah on 10/02/2013 at 11:08 am

    ALLAHADULLILAH …terima kasih atas sumbangan selawat ini…sedang cuba untuk menghafalkan nya..mudah2an dipermudahkan. Saya doakan saudara sentiasa diberkati ALLAH dlm kerja dakwah insyalah

    Reply

  7. Posted by Mass on 12/03/2013 at 5:31 pm

    Assalamualaikum En Shafi-Q,

    Mudah-mudahan Allah memberkati saudara dunia & akhirat n terimakasih atas perkongsian ini.

    Reply

  8. Posted by hasni on 09/04/2013 at 8:04 am

    T kash atas pengkongsian

    Reply

  9. Ust Hj Ahmad Tunggal adalah bekas seorang guru saya di SMS Muar 95. Saya juga belajar selawat ini ketika di sana.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,093 other followers

%d bloggers like this: