Perjalanan Haji

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Menunaikan ibadah Haji adalah ibadah tahunan yang dilaksanakan kaum muslimin seluruh dunia yang bermampuan (harta, fizikal dan keilmuan) dengan mengunjungi dan melaksanakan beberapa kegiatan di beberapa tempat di Arab Saudi pada musim haji (bulan Zulhijjah).

.

Pada 8 Zulhijah, bermulanya perjalanan lima hari terpenting dalam mengerjakan ibadah haji yang menjadi Rukun Islam kelima. Jemaah akan bergerak ke Masyaer iaitu tempat mengerjakan haji di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Mereka yang telah berada di Makkah sejak awal akan melaksanakan Rukun Haji dengan meninggalkan kota Makkah menuju Padang Arafah yang luasnya 10.4 kilometer persegi, terletak kira-kira 22 kilometer dari Masjidil Haram.

.

.

Rajah Perjalanan Haji


 .

Kegiatan Utama Ibadah Haji Berdasarkan Tarikh:

.

  • Sebelum 8 Zulhijjah

Umat Islam dari seluruh dunia mulai berduyun-berduyun melaksanakan Tawaf Haji di Masjid Al Haram, Makkah.

 .

.

.

  • 8 Zulhijjah

8 Zulhijah adalah Hari Tarwiyah (hari jemaah berangkat menuju Arafah dan bertalbiah untuk haji).

Jemaah memulakan Hari Tarwiah (Hari Memberi Air), hari yang diberi nama seumpama itu berikutan secara tradisi jemaah membuat persiapan dan memberi air kepada tunggangan dan ternakan serta menyimpan air untuk perjalanan ke Arafah.

.

Pada pagi 8 Zulhijjah, semua umat Islam tanpa mengira lelaki atau wanita, memakai pakaian Ihram (dua lembar kain putih tanpa jahitan sebagai pakaian haji), kemudian berniat haji, dan mereka tidak putus-putus mengucapkan Talbiyah:

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

 “Labbaika Allahumma labbaika, labbaika la syarikalaka labbaika, innal hamda wan nikmata laka wal mulka la syarika laka.”

(Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.)

.

Jemaah haji kemudian berangkat menuju Mina, sehingga malamnya semua Jemaah haji seharusnya sudah berada dan bermalam di Mina.

Ramai jemaah sekarang menggunakan Kereta Api Mashair untuk ke Arafah dan kawasan sekelilingnya yang kosong dan bakal dipenuhi jemaah untuk menghadiri kemuncak ibadat haji.

 .

.

  • 9 Zulhijjah

Pada sebelah paginya semua jamaah haji pergi ke Arafah. Mereka akan berada di Arafah bagi mengerjakan Ibadah Wukuf iaitu berdiam diri dan berdoa atau menunaikan solat memohon rahmat daripada Allah SWT.

Wukuf pada 9 Zulhijjah adalah rukun yang terpenting atau kemuncak ibadah haji dan ibadah wajib dilaksanakan setiap jemaah, termasuk bagi mereka yang sakit, walaupun hanya dengan  singgah seketika.

.

Selepas waktu Maghrib pada 9 Zulhijjah, jemaah haji akan memulakan pergerakan untuk bermalam di Mudzalifah iaitu jarak sekitar 8 kilometer dari Arafah.

Para jemaah akan berada di Muzdalifah hingga tengah malam dan mengutip batu untuk melontar jamrah di Mina pada keesokan harinya.

 .

.

  • 10 Zulhijjah

Pada sebelah pagi 10 Zulhijah, jemaah segera beredar meninggalkan Muzdalifah menuju Mina untuk melaksanakan ibadah melontar, iaitu melontar 7 biji batu ke Al-Jamrah Aqabah (pertama) sebagai simbolik mengusir syaitan.

Setelah bercukur kepala atau menggunting rambut (bertahlul), jemaah sudah boleh Tawaf Haji (menyelesaikan Haji) di Makkah, atau bermalam di Mina dan melaksanakan sambungan melontar Jamrah  (Ula dan Wustha).

.

Mereka akan berada di Mina selama 3 hari atau secepat-cepatnya 2 hari untuk melontar jamrah yang ditentukan. Jemaah haji Malaysia akan mula melontar Jamratul Qubra selepas solat Isyak bermula jam 11 malam pada 10 Zulhijjah.

Bagi yang tinggal di Mina Muhassir, mereka akan melontar selepas tengah malam dan balik ke khemah di Mina Muhassir bagi bermalam di Mudzalifah.

.

Pada tarikh ini juga, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau dikenali sebagai Hari Raya Korban. Mereka yang berkemampuan termasuk yang berada di luar kota suci Mekah akan melakukan ibadat korban untuk diagihkan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

 .

.

  • 11 Dan 12 Zulhijjah

Pada Hari Tasyrik, 11 dan 12 Zulhijjah pula, jemaah akan menyambung lontaran ketiga-tiga Jamratul Sughra, Jamratul Wusta dan Jamratul Qubra selepas solat Isyak bermula pada 9 malam.

.

 .

.

  • 13 Zulhijjah

Pada 13 Zulhijjah, jemaah haji yang melakukan Nafar Thani akan melontar selepas Solat Subuh antara 6 pagi hingga 8.30 pagi. Setelah selesai melontar para jemaah akan meninggalkan Mina menuju ke Makkah untuk menyempurnakan ibadat haji dengan mengerjakan Tawaf dan Saie.

Jemaah haji yang mengerjakan Haji Tamattuk, mereka akan kembali ke Makkah untuk melakukan Tawaf Rukun dengan mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram sebanyak 7 kali.

Ini diikuti dengan bersaie antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebelum bertahlul (bercukur atau menggunting rambut) bagi membolehkan mereka bertahalul Awal.

 .

 .

  • Penamat

Sebelum pulang ke negara masing-masing, jamaah melaksanakan Tawaf Wada’ (Tawaf perpisahan / Selamat Tinggal).

.

.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

http://shafiqolbu.wordpress.com/

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,198 other followers

%d bloggers like this: