Amalan Memasak Bubur Asyura

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد

Bulan Muharram adalah bulan istimewa bagi masyarakat Islam di seluruh dunia. Sebagai bulan pertama tahun Hijriyah, Muharram menjadi medan muhasabah diri akan amal masa lalu untuk dijadikan pedoman dimasa hadapan. Kebanyakan umat Islam juga seikhlas hati bersama-sama melakukan kebaikan dan sedekah pada bulan ini. Dalam bulan ini, selain puasa dan amalan sunat yang lain ‘Bubur Asyura’ sinonim dengan bulan Muharram ini.

.

10 Muharram adalah Hari Asyura. Antara tradisi masyarakat Melayu turun temurun apabila tiba tarikh ini, ia disambut dengan membuat dan mengadakan jamuan Bubur Asyura. ‘Bubur Asyura’ atau ‘Bubur Suro’ adalah makanan yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan sempena meraikan Bulan Muharram terutama hari ke – 10 Muharram (Hari Asyura).

.

.

Sejarah Asal Bubur Asyura

Sejarah bubur ini adalah untuk memperingati hari Nabi Allah Nuh as. selamat mendarat setelah 40 hari mengharungi bah (banjir) besar yang melanda dunia pada ketika itu.

Diceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada ‘Hari Asyura’. Sesampainya di daratan Nabi Nuh as. bertanya kepada pada umatnya “Masih adakah bekalan pelayaran yang tinggal untuk dimakan?” kemudian mereka menjawab “Ada ya Nabi”. Berkatalah Baginda pada pengikutnya: “Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh as.: “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”. Maka terciptalah satu santapan yang lazat. Itulah Bubur ‘Asyura’. Kemudian Nabi Nuh as. memerintahkan untuk diagih-agihkan kepada semua yang ada.

 .

Berdasarkan kepada kisah inilah kita mengenali Bubur Asyura, iaitu bubur yang dibuat untuk menghormati ‘Hari Asyura’ yang diterjemahkan menjadi ‘bubur untuk kesejahteraan’. Bubur Asyura merupakan perlambangan rasa syukur manusia atas keselamatan yang selama ini diberikan oleh Allah SWT.

.

.

Jenis-Jenis Bubur Asyura

Setiap negeri, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura. Sesetengah penduduk, terutama di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia mengatakan bahawa Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura.

 .

Ada berbagai jenis Bubur Asyura  yang terdapat diseluruh dunia. Di kalangan masyarakat Malaysia sahaja terdapat 4 jenis yang biasa dimasak, tetapi ‘bubur’ dari sebelah utara dan pantai timur lebih menyerupai kuih atau puding.

  
1. Bubur Asyura Utara – jenis pekat dan manis

.

2. Bubur Asyura Pantai Timur – jenis pekat dan mengandungi rempah dan daging.

.

3. Bubur Asyura Tengah Selatan – jenis cair sama seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai ramuan seperti bijirin, daging, kekacang dan sayuran.

.

4. Bubur Asyura Pulut Hitam – jenis pulut hitam dua warna yang mana di atas dicurahkan pati santan. Sesetengah tempat dipanggil ‘cirit murai’…maafkan ana…panggilan oleh orang dulu-dulu…

.

Nostalgia

Mengimbau zaman kanak-kanak, masih teringat apabila tiba hari Asyura penduduk kampung sama-sama menyumbang bahan-bahan Bubur Asyura yang terdiri daripada hasil tanaman seperti pelbagai  jenis ubi, biji-bijirin, ulam-ulaman, buah-buahan dan daging buruan termasuk bahan perasa seperti asam, gula dan garam yang kesemuanya berjumlah 40 jenis bahan. Mereka bergotong-royong sejak dari pagi hingga ke petang memasak campuran ramuan yang dibawa dan seterusnya akan bersama-sama berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah di surau.

Adalah menyedihkan akibat penghijrahan keluar dan kekurangan bahan, kini ana tidak lagi dapat merasai keenakan bubur Asyura istimewa ala-ala bubur lambuk kampung baru itu.

.

.

Kesimpulannya, Muharram menjadi berbeza kerana di dalamnya ada kejadian yang sangat berharga bagi Agama Islam iaitu Hijrah Rasulullah SAW. Hari ke-sepuluh dalam bulan ini dipadati dengan nilai yang sarat dengan sejarah yang lebih dikenali dengan ‘Hari Asyura’ atau hari kesepuluh Muharram.

Banyak keistimewaan yang diberikan oleh Allah pada hari ini di antaranya adalah gandaan pahala bagi yang melaksanakan ibadah pada hari itu. Hari ini adalah hari kasih sayang, dianjurkan oleh semua muslim untuk melaksanakan kebaikan, menambah bekalan pahala dengan bersilaturrahim, beribadah, dan banyak sedekah terutamanya bersedekah kepada anak yatim-piatu.

Hadis yang dimaksudkan ialah:  “Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu”.

.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

http://shafiqolbu.wordpress.com/

.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,269 other followers

%d bloggers like this: