Fadhilat Solat Dhuha

Persoalan Agama: Besar fadilat tunai solat dhuha

SOLAT dhuha bermula setengah jam selepas waktu syuruk.

SOLAT Dhuha bermula setengah jam selepas waktu syuruk.

.

SOALAN;

SAYA hendak kepastian mengenai solat dhuha. Bilakah waktu bermulanya dan bilakah waktu akhir bagi solat dhuha? Saya ada mendengar orang mengatakan solat dhuha ini lapan rakaat dan ada yang dua rakaat. Berapakah sebenarnya rakaat solat dhuha dan apakah surah yang dibaca dalam solat itu? Harap dapat disebut dalilnya.

HAJI RAMLI, Kuantan, Pahang.

BERKENAAN dengan solat dhuha ada sebuah hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hendaklah masing-masing setiap pagi bersedekah untuk persendian (ruas tulang) tubuh badannya. Maka setiap kali bacaan tasbih (Subhanallah) itu sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) itu sedekah, setiap bacaan tahlil (Lailahaillallah) itu sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu sedekah, amar makruf nahi mungkar (menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan) itu sedekah, dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat dhuha dua rakaat.”

Sunat dilaksana ketika matahari naik tinggi, panas terik
Solat dhuha waktunya iaitu selepas matahari sudah naik tinggi segalah dan berakhir ketika tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur). Mudahnya solat dhuha bermula setengah jam selepas waktu syuruk. Namun disunatkan melaksanakannya pada waktu matahari naik agak tinggi dan panas agak terik. Hal ini seperti hadis riwayat Ahmad dan Muslim, daripada Zahid bin Arqam RA, beliau berkata:
“Nabi SAW keluar menuju tempat ahli Quba. Pada ketika itu mereka sedang menunaikan solat dhuha. Baginda bersabda: Ini adalah solat orang yang kembali kepada Allah (Awwabiin), iaitu di waktu anak-anak unta telah bangun kerana kepanasan waktu dhuha.

Sekurang-kurangnya solat dhuha ini adalah dua rakaat seperti hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RA berkata yang bermaksud: “Kekasihku Rasulullah SAW berpesan kepada saya supaya berpuasa tiga hari tiap-tiap bulan dan solat dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur.”
Boleh juga dibuat empat rakaat seperti hadis riwayat Muslim, daripada Aisyah RA beliau berkata: “Rasulullah SAW biasa melaksanakan solat dhuha empat rakaat, dan kadang-kadang melebihi dari itu sekehendak Allah”.

Boleh juga dibuat lapan rakaat dan setiap dua rakaat satu salam seperti hadis riwayat Abu Daud, yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW mengerjakan solat dhuha sebanyak lapan rakaat dan tiap-tiap dua rakaat bersalam. Sehinggalah kepada 12 rakaat dan sesiapa yang mengerjakan solat dhuha 12 rakaat, nescaya dia akan mendapat istana di syurga”. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, daripada Anas r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat dhuha 12 rakaat, nescaya Allah dirikan untuknya istana di syurga.”

Dalam kitab fiqah I’aanatuth Thalibin, jilid 1 muka surat 225 dinyatakan bahawa jika dikerjakan dua rakaat, disunatkan pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah, membaca surah “Wasy-Syamsi waduhaaha..” dan pada rakaat kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah “Wadhuhaa wal-Laili izaa saja.”

Jika dikerjakan lebih daripada dua rakaat, maka disunatkan tiap-tiap dua rakaat salam. Surah yang dibaca adalah seperti yang telah disebutkan, manakala rakaat selebihnya membaca surah al-Kafirun (Qul yaa ayyuhal kafirun) dan surah al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad).

Cara yang terbaik apabila mengerjakan solat dhuha dua rakaat ialah pada rakaat pertama sesudah membaca al-Fatihah, membaca ayat Kursi sebanyak 10 kali dan pada rakaat kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah al-Ikhlas 10 kali juga. Hal ini seperti hadis daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melaksanakan solat dhuha, bacalah pada rakaat pertama surah al-Fatihah dan ayat Kursi 10 serta pada rakaat yang kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah al-Ikhlas 10 kali, pasti ia mendapat keredaan yang terbesar daripada Allah.”

Demikianlah, wallahualam.

.

Bersama Ustaz Zahazan
bhagama@bharian.com.my
2012/01/08

 

About these ads

6 responses to this post.

  1. Posted by aina on 29/06/2012 at 9:12 pm

    salam nk tanya klu surah lain selepas surah al-fatihah blh ke tuan???

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Aina boleh juga membaca apa-apa (ayat /surah) yang dihafal dan mudah selepas bacaan al-Fatihah.

      Reply

  2. Posted by wan on 30/09/2012 at 11:28 am

    adakah masih boleh menunaikan solat dhuha ketika pukul 12? sebab ad yg mengatakan 11-12 waktu haram solat.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Mungkin terdapat kekeliruan pada pemahaman Wan kerana antara pukul 11-12 bukanlah waktu diharamkan solat sunat secara mutlak.

      Solat Dhuha boleh dilakukan bermula 27 minit selepas Syuruk dan berakhir 10 minit sebelum masuk waktu Zuhur. Dan waktu afdalnya adalah lebih kurang pada pukul 9.30 -11.30 pagi waktu Semenanjung Malaysia.

      Maka bolehlah Wan lakukannya secara istiqomah kerana waktunya bertepatan dengan masa rehat persekolahan/pekerjaan, tambahan ianya adalah suatu sunnah yang banyak fadhilatnya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  3. Posted by amir on 27/03/2013 at 11:51 am

    blh ke kalau dah masuk syuruk terus solat dhuha??

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,211 other followers

%d bloggers like this: