بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
SURAH AL-WAQIAH terkenal sebagai ‘Surah Kekayaan’ kerana banyak mendatangkan kebaikan dan fadhilat, sekiranya para mukmin beristiqamah mengamalkannya. Ibnu Mas’ud r.a. pernah mendengar daripada Rasulullah SAW, bahawa sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.
.
Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة
“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).
.
Antara surah yang sering dibaca oleh Rasulullah SAW sebelum Baginda tidur adalah Surah 56 yang terdapat pada Juz 27 Al-Quran iaitu Surah Al-Waqiah ini.
.
Rasulullah SAW bersabda:
سُوْرَةُ الوَاقِعَةِ سُوْرَةُ الغِنَى فَاقْرَؤُوْهَا وَعَلِّمُوْهَا أَوْلاَدَكُمْ
“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).
.
.
Doa Surah Al-Waqiah
Selepas selesai membaca Surah Al-Waqiah, adalah baik disusuli dengan membaca doa seperti berikut:
.
Artikel berkaitan;
Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Waqiah
.
Wallahu A’lam bishowab
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.
.


Posted by Nazatul on 05/02/2013 at 1:19 pm
Slm ustaz..
Adakah doa ini sama dgn doa yg kite baca selepas solat sunat dhuha. Jadi surah al waaqiah ini sgtlah sesuai dibaca selepas solat dhuha krn doanye seakan2 sama dgn doa solat sunat dhuha. Dan bole kah kiranye selepas kita baca doa solat sunat dhuha, setelah itu kite baca surah al waaqiah ini dan tak payah baca doa surah al waaqiah ini lagi?
Minta pencerahan ustaz.
Terima kasih.
Posted by Shafi-Q on 06/02/2013 at 12:39 am
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Kedua2 doa tersebut sememangnya hampir sama kerana Solat Dhuha dan Surah Al-Waqiah mempunyai fadhilat yang sama iaitu mohon dimurahkan rezeki daripada Ar-Rahim / Ar-Razzak…
Sebaiknya jika berkesempatan bacalah doa Al-Waqiah tersebut…
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by firdaus on 05/02/2013 at 4:51 pm
Best..