Doa Sesudah Membaca Surah Al-Mulk

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, Surah ini dapat meringankan azab di dalam kubur. Ianya amat berguna kepada sesiapa yang ingin memohon kemuliaan di dunia & kerehatan di akhirat kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. 

.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam sangat gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca Surah Al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya. Al-Tabarani meriwayatkan daripada Ibn Abbas, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Aku suka jika ia berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku, yakni surah tabarakallazi biyadihi al-Mulk.”

.

Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sesungguhnya ada satu surah dalam al-Quran yang mengandungi tiga puluh ayat. Ia dapat memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga diampunkan untuknya. Itulah surah Tabarakallazi biyadihi al-Mulk.” (Riwayat Imam Ahmad)

.

Kelebihan Surah Al-Mulk

Di antara kelebihan Surah Al-Mulk ialah:

1. Surah ini akan menjadi penyelamat.

2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.

3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).

4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).

5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

.

Bacalah Surah Al-Mulk (Tabarakallazi biyadihi al-mulk), dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu kerana surah ini adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah SAW supaya menyelamatkan pembacanya daripada azab dan seksa neraka.

.

.

Doa Surah Al-Mulk

Selepas selesai membaca Surah Al-Mulk, adalah baik disusuli dengan membaca doa seperti berikut:

.

.

Artikel berkaitan;

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Mulk   (Klik Di Sini)

 

.

Wallahu A’lam bishowab

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

Posted by: Shafiqolbu

.

About these ads

6 responses to this post.

  1. Posted by andeka72 on 31/05/2012 at 2:09 am

    Salam,sy mtk izin menyalin doa ini utk d jadikan amalan sy,terima kasih d atas perkongsian ini dan semoga Allah sentiasa mengrahmati segala usaha tn ini.

    Reply

  2. Posted by Mus on 13/11/2012 at 3:53 pm

    Doa susah nak baca sebab warna huruf-huruf tidak sesuai dengan warna latar belakang..kalau dapat tukar ke Hitam putih pun baik

    Reply

  3. Posted by Mohd. Shamsudin Mat Isa on 15/11/2012 at 10:42 pm

    Terima kasih diatas paparan doa diatas/ Malangnya lararbelakang warna merah menyukarkan pembaca melihat tanda baris yang jelas. Apakah ini disenagjakan untuk mereka-mereka yang berminat?

    Reply

  4. alhamdulillah………

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,828 other followers

%d bloggers like this: