Khasiat Dan Fadhilat Yasin 7 Mubin

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Al-Quran merupakan petunjuk dan ubat bagi mereka yang benar-benar yakin dan beriman dengannya. Tidak semua ilmu al-Quran ini dikuasai oleh seseorang. Tetapi mendalami ilmu-ilmu al-Quran akan dapat meningkatkan lagi kekuatan iman seseorang. Al-Quran adalah mukjizat. Ia juga mengandungi pelbagai hikmah yang hanya diketahui secara keseluruhannya oleh Yang Maha Pencipta. Sesiapa yang Allah kurniakan sebahagian hikmah ini kepadanya maka dia telah dibekalkan dengan bekalan yang terbaik.

“Bacaan al-Quran adalah suatu ibadah. Setiap huruf akan diganjarkan dengan 10 kebajikan. Bukannya Alif Lam Mim (الم) itu satu huruf kata Nabi SAW, tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf. Surah Yaasin pula diganjarkan sebagaimana yang diniatkan oleh pembacanya.” (al-Hadith).

.

Bacaan Surah Yasin tidak tertakluk pada malam Jumaat sahaja. Bila-bila masa pun boleh dibaca sekiranya inginkan pada pahala dan berkahnya, apatah lagi jika ada sesuatu permasalahan, kesusahan dan musibah yang perlu di atasi segera.

.

.

Yasin 7 Mubin

Kali ini kita fokaskan pada bacaan ‘Yasin 7 Mubin’. Dalam Surah Yaasin terdapat tujuh tempat perkataan “mubin” iatu pada ayat;

1)   Ayat 12 = Mubin Pertama

36:12
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
.

2)   Ayat 17 = Mubin Kedua

36:17
“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.
.

3)   Ayat 24 = Mubin Ketiga

36:24
“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
.

4)   Ayat 47 = Mubin Keempat

36:47
Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.
.

5)   Ayat 60 = Mubin Kelima

36:60
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
.

6)   Ayat 69 = Mubin Keenam

36:69
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
.

7)   Ayat 77 = Mubin Ketujuh

36:77

Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),

.

.

Cara membaca Surah Yassin

Yasin ada beberapa kaedah dan cara pembacaannya, bergantung kepada tujuan khususnya. Ada Yasin Tunggal (biasa), Yasin Wirid (untuk rezeki) dan ada yang membaca Yasin 7 Mubin untuk sesuatu hajat.

.

Yasin 7 Mubin ini dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.

.

.

Kaedah Membaca Yasin 7 Mubin

Kaedah yang dinyatakan ini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari kehilangannya.

.

A. Langkahnya adalah seperti berikut:-

  1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
  2. Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala, ketika dalam sujud yang terakhir.“Tidak ada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau Ya Allah, sesungguhnya daku adalah termasuk orang-orang yang aniaya.”
  3. Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yasin mengikut kaedah seperti berikut;
  4. Membaca Surah Yasin, apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’ (مبين), hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulangi semula bacaan Yasin daripada permulaan surah.

.

.

B.  Cara-cara untuk membacanya ialah :

  1. Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
  2. Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
  3. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
  4. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
  5. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
  6. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
  7. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
  8. Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
  9. Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).

.

Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui kehilangan barang tersebut.

.

.

Fadhilat Lain Yasin 7 Mubin

Dari kajian, kaedah di atas juga boleh digunakan untuk:

1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan.
2. Memanggil anak-anak yang lari dari rumah.
3. Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.
4. Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum).

.

Perlu ditegaskan, ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata.

Selamat mencuba… Semoga ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua .. Insya-Allah …

.

Artikel Berkaitan:

Yasin 7 Mubin – Pulangkan Sihir

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

Posted by: Shafiqolbu

.


About these ads

106 responses to this post.

  1. Posted by roslan on 01/08/2013 at 4:13 pm

    salam,ustaz… mohon di izinkan saya beramal. Alhamdulillah.

    Reply

  2. Posted by sofea on 10/08/2013 at 4:27 pm

    as’salam..mohon di izinkan saya beramal.Alhamdulillah

    Reply

  3. Posted by mona mh on 07/09/2013 at 8:32 am

    Assalamualaikum wbt YBhg ustaz yg sy hormati.
    Mohon pencerahannya…ada yg mengajarkan ttg membaca doa pd setiap 7 mubin dr surah yassin ini sbg salah satu ikhtiar ibu bapa untuk anak2 yg bakal menghadapi peperiksaan… Dgn harapan anak2 mendapat hati yg terang mengingati pelajaran dan seterusnya tenang menjawab soalan peperiksaan hingga memperoleh kejayaan cemerlang…. Bagaimana pendapat YBhg Ustaz.
    Jazakallah

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Begitulah cara yang sebaiknya di samping usaha si anak sendiri…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  4. Posted by syedmohdradhisyedshafik on 01/10/2013 at 8:24 am

    Salam ustaz, mohon keizinan untuk mengamalkan ilmu diberikan. Semoga mendapat keberkatan dan kebaikan kita bersama. syukran ustaz.

    Reply

  5. Posted by reena on 03/10/2013 at 4:11 pm

    salam,ustaz… mohon di izinkan saya beramal. Alhamdulillah.

    Reply

  6. Posted by rodziah on 03/10/2013 at 4:32 pm

    salam,ustaz… mohon di izinkan saya beramal. Alhamdulillah.

    Reply

  7. Posted by hamba allah on 26/12/2013 at 10:19 pm

    apakah banyak pahala yang didapat jika mengamalkanya

    Reply

  8. Posted by dea on 06/07/2014 at 6:18 pm

    apa bisa untuk suami saya yang tidak mau pulang agar kembali dan menjadi suami yang baik,tanggung jawab dan sayang kepada saya istrinya?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Insya’Allah… kita cuma berusaha dan berikhtiar, Allah SWT yang menentukan segalanya…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  9. Posted by su on 03/08/2014 at 10:58 am

    sekadar ingin berkongsi… waktu bersekolah dulu… sy buknlah kategori pelajar yg pandai… ketika mhhadapi stpm… sy mengamalkn y7m ini… sblm semasa n slps exam… sblm n semasa exam sy istiqamah buat y7m… waktu mndapat kptsn exam sy berasa sgt sedih… kerana kptsn sy mmg tdk melepasi utk sy memasuki universiti pendidikan… tetapi sy yakin allah akan memakbulkan doa sy… sy tetap melakukan y7m ini.. doa sy hanya satu… allah, izinkan aku melanjutkan pelajaran ke universiti… sy tetap memohon u pend… walaupun kptsn sy mmg tdk layak utk melepasinya… alhamdulilah.. sy yakin allah mndgr doa2 n hajat sy… n sy amat yakin allah menilai usaha2 sy… bermula dgn panggilan temuduga… alhamdulilah… hanya sy seorang sahaja mewakili skolah yg dpt pendidikan… sedangklan rakan yg sama mohon pend. n kptsn nya baik… tiada rezeki… slps temuduga sekli lagi nikmat yg allah kurnia… sy berjaya memasuki universiti dgn pilihan pertama yg sy pilih… kuasa allah… ye.. allah benar2 mndgr doa sy… keputusan sy tidak cemerlang.. allah tambahnikmat lagi dgn sy diterima masuk u dgn pilihan pertama sy… alhamdulilah… yakinlah… allah mndgr rintihan kita…

    Reply

  10. Posted by Azlee Aziz on 21/08/2014 at 2:58 pm

    Asaalamualaikum Tuan..saya pohon kepada tuan untuk mengambil apa-apa artikel ataupun sumber ilmiah yang boleh saya serta ahli keluarga saya amalkan..saya ikhlas dan tiada niat apa-apa melainkan untuk amalan harian..saya khuatir jika tuan tidak mengizin/membenarkan saya untuk berbuat demikian..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Silakan… semoga dimanfaatkan sebiknya.

      جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,211 other followers

%d bloggers like this: