Yasin 7 Mubin: Pulangkan Sihir

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Jika anda mengalami sihir yang berulang-ulang dan tiada kesudahan, bolehlah mengamalkan ilmu ini dengan niat memberi kesedaran dan pengajaran supaya penyihir/tukang upah tersebut insaf dan tidak lagi mengganggu ketenteraman kehidupan kita sekeluarga serta bertawakal mereka berhenti dari melakukan kerja-kerja terkutuk itu.

.

.

Kaedah Pulang Sihir Yasin 7 Mubin

Kaedahnya adalah anda perlu melakukan:

1.  Bangun pada waktu tengah malam, sucikan diri dan berwuduk.

2.  Melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

3.  Mendirikan Solat Sunat Hajat 2 rakaat disudahi dengan doa dijauhi gangguan sihir.

4.  Setelah selesai, baca Surah Yasin hingga bertemu perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang pertama, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoa “minta dipulangkan sihir kepada penyihir”.

5.  Ulang lagi dari awal membaca Surah Yasin sehingga perkataan ‘Mubin’ (مبين) kedua, berdoa macam tadi.

6.  Lakukan semua langkah tadi iaitu mengulangi semula membaca dari awal Surah Yasin, setiap kali berjumpa perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang ke 3,4,5,6 dan ketujuh lalu berdoa lagi “minta dipulangkan sihir kepada penyihir dengan niat untuk memberi pengajaran”.

7.  Kemudian teruskan membaca baki Surah Yasin tadi hingga selesai.

8.  Selepas itu tidur dan bacalah Surah Al Kautsar 10 X dengan niat memohon petunjuk melalui mimpi.

.

InsyaAllah berhasil….

Semoga ia dapat digunakan ke arah kebaikan dan memberi suatu yang bermanfaat untuk kita semua… InsyaAllah …

.

.

Artikel Berkaitan:

Khasiat Dan Fadhilat Yasin-7 Mubin

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

Posted by: Shafiqolbu

.

About these ads

46 responses to this post.

  1. Posted by Mohd Shah on 25/06/2012 at 10:30 am

    Salam Tuan,
    Mohon izin mengamalkan nya kerana keluarga saya selalu kena sihir dengan manusia 2 durjana..
    Tkasih,
    Shah

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Semoga Shah sekeluarga dilindungi Allah SWT dan lakukanlah munajat kepada-Nya serta solat Taubat, Istikharah dan Hajat supaya mereka menginsafi segala perbuatan syirik tersebut…

      Reply

  2. Ustad, mohon izin untuk mengamalkannya. Sdr saya mengalami stress berkepanjangan, dugaan saya karena diganggu jin atau diguna-guna oleh orang

    Reply

    • Silakan… dan Sdr.Sabrur diamalkan juga secara istiqamah doa Nabi Ibrahim yang dapat mengurangkan atau menghilangkan stress, iaitu:-

      حَسْبُنَا اللَّـهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

      “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”

      Reply

  3. Posted by ikramzaki on 30/07/2012 at 12:43 am

    Salam, ustaz phon amalkanya smoga Allah memberi kebaikan bagi lelaki yang menggunakan sihir bagi merampas bakal isteri saya…pohon ustaz doakan kmenangan sy dijalan Allah…

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Dengan keikhlasan Sdr.Ikram, InsyaAllah usaha tersebut akan dimakbulkan.

      Reply

  4. Posted by hadi on 03/08/2012 at 9:40 am

    Salam, ustaz izinkan sy utk amalkanya smoga Allah memberi kebaikan bagi lelaki atau perempuan yang menggunakan sihir bagi tujuan memganggu anak perumpuan sy dari orang bunian jin atau diguna-guna oleh orang.saya…pohon ustaz doakan sy dijalan Allah…amin

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ya Allah! Lindungilah Sdr.Hadi sekeluarga daripada gangguan dan ancaman syaitan dari kalangan jin dan manusia. Rahmatilah mereka agar boleh terus beriman dan beribadah kepadaMu, wahai Ya Ghofur Ya Syafi’.

      Reply

  5. Salam…… saya sedang mengalami gangguan sihir dan makhluk jahat yang dihantar tuannya untuk menyakiti saya . saya minta izin ustad untuk mengamalkanya .

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Amalkanlah dengan seikhlas hati…semoga Sdri.Noritah beroleh kesembuhan dan perlindunganNya…

      Reply

    • alhmadulillah…… mlm ke 3 saya mengamalkanya, saya telah didatang makluk jahat dan saya tlh berdialog dgn makluk itu dan minta dia sembuhkan/ubatkan/tawarkan sakit yg saya alami. Saya tanya ada gangguan lain lagi pada diri saya dan makluk tu jawab ” ya ada “. Gangguan makluk jahat “‘Jin” yang degil dan tuannya memberinya makan darah. Pohon ust bantu saya dan cara yg saya harus lakukan .

      Reply

      • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Adalah lebih baik Sdri.Noritah dapatkan rawatan alternative (perubatan Islam) agar tidak terpedaya dengan jin2 kafir dan supaya diberi bimbingan pelindungan diri yang lebih sempurna… Dalam pada itu perbanyakkanlah membaca Isti‘azah dan Basmalah serta bacaan Al-Quran.

        Pada umumnya setiap surah-surah atau ayat yang menyebutkan syaitan atau menyebutkan tentang neraka dan seksa, akan menyakiti dan mengusir jin dan syaitan… seperti Surah al-Baqarah, ayat Al-Kursi, surah Yasin, surah As-Saffat, surah Ad-Dukhan, surah Al-Jin, surah Al-Hasyr, surah Al-Humazah, surah Al-A’la dan Surah al-Mu‘awwizatain.

        Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
        لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ.
        “Janganlah menjadikan rumah kamu seperti kawasan perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah.” (HR. Muslim)

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  6. Salam…. terima kasih atas nasihat. Memang saya sekarang mendapat bantuan rawatan alternative. Berimanlah pada allah taala , insyallah….. kita akan sentiasa mendapat perlindungan/petunjuk/rahmatnya…. yakinlah. Tiada tuhan yang berhak disembah melainkanya tuhan yg maha pengasih/penyang dan kata2 nya adalah benar , janjinya adalah benar. Janganlah berpaling daripadanya.Berpegang teguhlah pada tali allah. Ikhlaslah menerima cubaan nya .Insyallah…. kita akan selamat didunia dan akhirat. Amin.

    Reply

  7. Assalamualaikum. Anak saya memang ada kena gangguan, sejak sekian lama. Malam tadi pun baru balik dari rawatan di sebuah rawatan islam berdekatan, ada reaksi setelah di rukyah. Masaalah sekarang kita tak pasti punca gangguan itu, samada itu sihir atau lain dari sihir. Sebagai amalan tambahan, bolehkah anak saya mengamalkan amalan tersebut? Apa pun saya mohon izin mengamalkan untuk di praktikkan untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Mohon keizinzn Tuan.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah Sdr.Nordin telah membawa anak tersebut ke tempat yang betul..
      Sdr sekelarga amalkanlah Y7M ini dengan ikhlas hati bagi mendapatkan keredhaan Allah…

      Reply

      • Posted by elvita wahyuni on 21/09/2012 at 10:08 am

        Assalammualaykum wr wb…
        Ustaz sy mohon izin untuk mengamal kn 7mubin.
        Sy dah beberapa kali kena hantaran barang dr org2 yg nak runtuh kan rmh tangga sy.Alhamdulillah dgn izin Allah sy sembuh.untuk pelindung diri supaya tak kena sihir lg,sy nk amal kan 7mubin ini.Semoga ustaz mengizin kan ny.

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Beramal dengan seikhlas hati kerana Allah SWT… Semoga ianya dapat membantu..

  8. Posted by sharina samsudin on 22/09/2012 at 11:20 am

    Assalamualaikum Ustaz,
    Saya mengalami gangguan dalam rumahtangga yang berpanjangan sehingga berlaku perceraian. Selepas perceraian saya membuat keputusan membawa anak-anak saya menunaikan umrah untuk beribadat mendekatkan diri pada Allah swt, bertaubat dan berdoa. Tak lama selepas itu, saya dilamar pula oleh seorang lelaki yang saya kenali baik dan mempunyai latar belakang agama yang baik. Dan, saya menerima lamaran tersebut. Tetapi, rumahtangga saya bergoyang lagi tanpa diketahui puncanya. Saya tidak mahu menuduh sesiapa dan telah mencuba rawatan alternatif Darul Syifa di beberapa tempat, namun gangguan itu tetap datang.
    Disamping itu, saya juga melakukan sendiri ibadat-ibadat dan beramal dgn ayat-ayat al-quran yang diajarkan oleh para ustaz termasuk Y7M diajar oleh Ustazah Siti NurBahiyah, tp mungkin ada berlainan sedikit caranya. Bolehkah saya mengamalkan Y7M cara yang Ustaz ajarkan ini?

    Ustaz, saya ada tersinggung dengan kenyataan Ustaz Zul Muhammad Al-Bakri di radio Ikim semalam. Katanya “setengah pasangan suaminya jauh lebih segak dari isteri, tapi bahagia hidupnya, setengah pula isterinya cantik, tapi rumahtangga tak harmoni, ini adalah kerana akhlak isteri yang kurang baik….”. Untuk pengetahuan Ustaz, puas saya mencari sebab dan memperbaiki diri saya dari segi akhlak, tingkahlaku dan tutur kata, disamping beribadat dan berdoa. Namun, keadaan masih belum menyebelahi saya. Adakah ini kerana akhlak saya yang tak baik?

    Terima kasih Ustaz, Jazakallah….

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah dan tahniah Pn.Sharina telah memilih jalan Islamy dalam melakukan perawatan.. banyakkanlah bersabar dan melakukan qiamullail…

      Pn.Sharina boleh mencubaamalkan Y7M tersebut, dalam pada itu bermuhasabahlah dan dikikis ego diri dengan membantu dan memelihara orang2 di sekeliling terutama menjaga perhubungan dengan ibu bapa, sebaiknya mohon ampun dan dapatkanlah restu mereka, di samping banyak berbakti kepada mereka berdua. InsyaAllah ada penyelesaiannya…

      Firman Allah SWT:
      فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ‌ يُسْرً‌ا ﴿٥﴾ إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ‌ يُسْرً‌ا ﴿٦﴾
      “Sesungguhnya tiap-tiap kesulitan disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya setelah kesukaran itu ada kesenangan.” (Surah al-Insyirah; Ayat 5-6)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by sharina samsudin on 07/10/2012 at 10:02 am

        Assalamualaikum, Ustaz.
        Alhamdulillah, terima kasih. InsyaAllah akan saya cuba amalkan seberapa termampu. Mohon dihalalkan ilmu dan mohon doa jua dari Ustaz.

        Jazakallahu khairan kathiro

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Selamat Beramal.. Semoga Allah SWT memberikan kebaikan kebaikan dunia akhirat kepada Sharina sekeluarga…

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  9. Posted by sazali salamon on 04/10/2012 at 8:04 pm

    Salam,
    Mohon izin utk mengamalkannya. Sy dan isteri sakit kepala dan sendi tulang bertahun-tahun.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Semoga Sazali dan isteri disembuhkan oleh Allah Ta’ala.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by sitizu on 07/04/2013 at 8:44 pm

        Izinkan sy amalkn cara ni ust kerana.sy mangsa ganguan selama beberapa tahun..Allah je tau pengderitaan hdp saya….tp sy redha dan trs berdoa agr Allah sembuhkn.sakit sy ni

  10. Posted by Rusydi on 30/11/2012 at 3:35 pm

    Pohon izin utk amal.. Sihir dtg berulang-ulang

    Reply

  11. pohon amal…saya ingin cuba…ikut jalan Allah swt…

    Reply

  12. Posted by amizah on 09/01/2013 at 12:40 pm

    salam..mohon izin utk mngamalkanya, anak saya hampir setahun takut utk kesekolah akibat disihir.

    Reply

  13. اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
    Ustaz sy mohon izin untuk mengamalkan yasin 7 mubim

    Reply

  14. Posted by yureena on 04/03/2013 at 6:01 pm

    as salam. knp eh lps amalkan yasin 7 mubin ni bdn saya jd sakit2? lenguh sgt2. saya dan suami tlh di sihir. suami diberi mkn dan di calitkan minyak cenuai / dagu. bila bulan mengambang je asyk teringat kat betina tu. skrg ni mk mentua dan pak mentua amalkan solat hajat. mereka pun ada minta bantuan ustaz darul syifa’. suami mcm benci sgt tgk saya dan anak. beri pendapat sikit leh x? ajak suami berubat mcm2 alasan diberi.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Terus beristiqamah amalkan Y7M…’makhluk’ tersebut telah tidak selesa berada di tubuh Puan…

      Ukhti Yureena sekeluarga perbanyakkanlah Solat Taubat dan Hajat…di sampng itu cuba dapat dan gunakan ‘minyak kasturi dan air anugerah’ kerana dengan izin Allah telah ramai berjaya menggunaknnya…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  15. Posted by Isyraf on 12/03/2013 at 9:11 am

    Mohon Kebenaran Ustaz untuk mengamalkan yasin 7 mubim,untuk ayah saya …

    Reply

  16. Posted by Noazwan Ramli on 18/03/2013 at 7:07 pm

    Salam ustaz, mohon untuk saya mengamalkan Y7M ini, Agar dapat meningkatkan lagi ketaqwaaan dan agar dapat mengelakan daripada perkara yang tidak baik, Insyaallah

    Reply

  17. Posted by azman on 19/03/2013 at 10:30 pm

    Assalamualaikum..ustaz…mohon kebenaran utk saya sekeluarga amalkan y7m..kerana isteri saya telah disihir oleh seorang lelaki yag saya kenali..sya telah membacanya bermula pada malam ini…

    Reply

  18. Posted by Che Omar bin Md Isa on 30/03/2013 at 3:09 pm

    Assalamualaikum Ustaz..Saya Omar Md Isa memohon izin untuk mengamalkan Yaasin 7 mubin ini dan menyebarkannya pada rakan2 serta saudara Islam yang lain.

    Reply

  19. Posted by Lelah Ali on 01/04/2013 at 6:26 pm

    Mohon amalkan ustaz,suami saya terkena sihir berulang2.

    Reply

  20. Posted by Lelah Ali on 01/04/2013 at 6:32 pm

    Mohon ustaz doakan ya.

    Reply

  21. Posted by CintAz on 21/05/2013 at 6:56 pm

    Tidak tenteram

    Reply

  22. Posted by CintAz on 22/05/2013 at 12:13 am

    Salam, boleh ustaz e-mail sya.. amberzetha@yahoo.com

    Reply

  23. Posted by zaleha on 03/06/2013 at 3:35 pm

    Minta izin untuk saya amalkan untuk ayah saya… terima kasih.

    Reply

  24. Posted by talib on 28/06/2013 at 8:14 pm

    Asalamualaikum ustaz saya nak minta izin mengamalkan amalan 7 mubin tu kerana isteri saya selalu diserang penyakit misteri setiap malam jumaat secara berulang2 tanpa diketahui sebabnya.setiap kali rujuk hospital tiada apa penyakit yg dikesan. Bila saya bawa kepakar perubatan islam isteri saya akan mengerang sakit setelah dibacakan ayat rukyah.tapi sampai sekarang isteri saya masih menderita sakit misteri. Terima kasih.

    Reply

  25. Posted by AZZAHARI HASSAN on 13/07/2013 at 12:54 am

    Salam Ustaz,
    Saya minta izin mengamalkan amalan Yasin 7 Mubin kerana saya dan isteri kena sihir supaya dipotong rezeki, gelapkan hati dan tidak dinaikkan pangkat dalam pekerjaan…
    Terima kasih.

    Reply

  26. Posted by zaharani on 14/07/2013 at 7:02 pm

    Assalamualaikum..ustaz…mohon kebenaran utk saya sekeluarga amalkan y7m..kerana suami saya telah disihir oleh seorang perempuan yang di kenali suami….. saya akan membacanya bermula pada malam ini…

    Reply

  27. Posted by Wan on 09/05/2014 at 7:12 pm

    Saya berniaga
    kerap kali kena gangguan
    Mohon utk amal ustaz..

    Reply

  28. Posted by zie on 11/07/2014 at 9:18 pm

    sya diceraikan suami saat menunggu kelahiran ank pertama kami..semuanya angkara sihir….walaupun sy dah trima perempuan tu menjadi madu..layan dia dgn baik…tp tu masih x cukup..kami tunggu 3 thn untuk dptkan bb….suami jadi terlalu benci secara tiba2….secara tiba2 hantar sms cerai….skarang sy br lepas bersalin…insyaallah lepas bersalin berhajat tuk buat y7m ni..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,215 other followers

%d bloggers like this: