Ganjaran Hadir Awal Solat Jumaat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya manusia akan duduk di sisi Allah pada hari kiamat mengikut qadar (cepat dan lambatnya mereka) pergi menghadiri Jumaat.”  (Riwayat Abdullah bin Masud)

.

.

Catatan Kehadiran:

Ganjaran datang awal waktu ke masjid bagi Solat Jumaat;

.

Imam Syafie, juga beberapa ulama lain berpendapat, sunat pergi ke masjid sejak daripada waktu terbit fajar lagi. Imam Malik pula berpendapat bahawa waktunya ialah sekira-kira sejam sebelum matahari tergelincir.

Rasulullah SAW bersabda: “Ketika datangnya Jumaat, Allah mengutus malaikatnya turun ke bumi membawa kalam daripada emas dan kertas daripada perak, untuk  mencatat nama siapa yang masuk ke masjid. Selesai mengerjakan solat Jumaat, malaikat itu kembali ke langit, lalu melaporkannya kepada Allah: “Wahai Tuhan kami, kami sudah mencatat siapa yang masuk masjid dan bersolat Jumaat.” Lalu Allah Taala menjawab: “Wahai malaikat-Ku, demi Kemuliaan-Ku dan demi Kebesaran-Ku, sesungguhnya sudah Aku ampuni segala dosa mereka.” (Raunaqul-Majalis)

.

Dinyatakan dalam sebuah hadis, bahawa para malaikat mencari orang yang terkemudian daripada waktunya pada hari Jumaat. Mereka bertanya sesama sendiri, “Apakah yang dikerjakan oleh orang yang berkenaan. Apakah yang menyebabkan orang yang berkenaan terlambat datang?” Maka berdoalah para malaikat; “Ya, Allah, ya Tuhanku! Sekiranya orang itu terkemudian kerana miskin, maka kayakanlah dia, kalau kerana sakit, maka sembuhkanlah dia, kalau kerana sibuk, maka berikan kelapangan waktu untuk beribadat. Kalau kerana bermain-main, maka hadapkanlah hatinya untuk mentaati-Mu.”

.

Baginda SAW telah meletakkan garis panduan yang harus diikuti bagi menghadiri Solat Jumaat. Diantaranya adalah membersih, mengemas dan merapikan diri dengan sebaik-baiknya mandi dan menyucikan diri agar jemaah lain tidak terganggu oleh bau badan atau pakaian yang tidak menyenangkan. Hal ini untuk memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya.

Datanglah awal ke masjid dengan penuh ketenangan, tidak tergopoh-gapah bagi mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas.

.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

About these ads

3 responses to this post.

  1. [...] di pinggir bandar Stockholm mencatat sejarah di Sweden setelah dibenarkan untuk melaungkan azan Solat Jumaat menggunakan pembesar suara di menara Masjid Fittja, sekali gus menjadi masjid pertama di Sweden [...]

    Reply

  2. Posted by Hamba Allah on 19/07/2014 at 2:11 pm

    Asslam..
    sye nak tnye tntg solat zohor pada hari jumaat untuk kaum lelaki..
    selepas mlakukan solat jumaat 2 rakaat.. adkah wajib kita menunaikan solat zohor???
    sedangkn kita tahu zohor mmpunyai 4rakaat dn jumaat 2rakaat..
    dn kita tahu bahawa solat tdak bleh dlakukan dgn niat shaja..
    Boleh bgi penerangan yg jelas kpada sya yg lemah dlam bidang agama ni…

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Tak perlu dilakukan Solat Zuhur lagi…
      Kita disarankan agar hadir awal ke masjid bagi mendengar 2 khutbah yang menjadi pengganti 2 lagi rakaat pada solat Jumaat.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,108 other followers

%d bloggers like this: