Menentukan Arah Kiblat ~ Kaedah Internet

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Kiblat  (qiblat), adalah arah Kaabah yang menjadi titik rujukan di Bumi yang merupakan arah sembahyang (solat) bagi orang Islam. Perlu diingatkan bahawa seseorang Muslim tidak menyembah Kaabah atau kandungannya, Kaabah hanya merupakan titik rujukan untuk solat.

.

Sebagai seorang muslim, mencari arah kiblat yang tepat adalah wajib untuk tujuan melakukan solat kepada Allah SWT. Adakah anda yakin, posisi arah kiblat yang anda amalkan selama ini tepat ke arah Kaabah di Makkah.

.

Sebenarnya mencari arah kiblat zaman sekarang adalah sangat senang berbanding masa lalu, dengan bantuan kompas dan internet. Terdapat kaedah tepat yang boleh digunakan untuk mencari arah kiblat walau di mana saja anda berada di dunia ini.

.

Dengan bantuan Google yang tersohor di dunia, anda boleh mencari arah kiblat dengan mudah. Berikut adalah dua laman web yang anda boleh layari dan aplikasikan untuk menentukan arah kiblat dari mana-mana tempat di dunia.

     .

Anda boleh menaip alamat beserta poskod dan nama negara untuk mencari arah kiblat bagi setiap tempat di dunia sehinggakan nama kampung yang tidak dikenali di peta dunia juga mungkin berjaya ditemu arah kiblatnya. Hebatnya teknologi zaman sekarang!!!

.

.

1.     Arah-Kiblat Al-Habib

Menggunakan al-habib adalah amat senang sekali. Anda hanya perlu masukkan nama Bandar atau poskod, disusuli dengan nama Negara. Arah ke kiblat akan ditunjukkan pada garisan merah. Anda boleh klik pada gambar untuk ke laman sebenarnya…

.

.

Cara  Mencari Lokasi :

.

  1. Taipkan alamat dan klik cari.
  2. Map/Satelllite/Hybrid untuk tunjukkan pilihan paparan gambar.
  3. Arah kiri/kanan/atas dan bawah bagi menggerakkan kedudukan fokus pada gambar.
  4. Tanda ini untuk membesarkan gambar fokus.
  5. Tanda bagi meluaskan pandangan pada peta.
  6. Bacaan kompas tempat anda juga ditunjukkan.

.

http://www.al-habib.info/arah-kiblat/

.

.

.

2.     Qiblalocator

Menggunakan qiblalocator.com adalah senang sekali. Anda hanya perlu masukkan nama Bandar atau poskod, disusuli dengan nama negara, Qibla locator akan mencari kedudukan arah kaabah dengan memaparkan peta lokasi tempat anda dan arah qiblat seperti contoh di bawah:

.

.

.

http://www.qiblalocator.com/

.

.

Walau pun Aplikasi Google di atas disediakan oleh orang bukan Islam tetapi ianya tidak bercanggah dan ditegah agama Islam malahan ketepatan aplikasi tersebut telah terbukti dan bersesuaian dengan kaedah penentuan arah kiblat lain yang digunakan selama ni…

.

.

.

Laman-laman web lain:

Anda juga boleh  mencuba laman-laman lain di internet, seperti:

http://www.qibla.com.br/

http://www.qibladirection.com/qibladirection_default.aspx

http://www.listenarabic.com/qibla-locator.php

.

Semoga semua perolehi panduan berguna dan manfaat daripadanya. Selamat mencuba.!

.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

Posted by; shafiqolbu

.

About these ads

4 responses to this post.

  1. Salam,

    ada kemusykilan saya mengenai arah kiblat.. lokasi saya d kota kinabalu, sabah dan saya biasanya kalau outstation saya akan gunakan kompas arah kiblat manual, arah jarum utk negeri sabah adalah ke 90 darjah.. tetapi menurut ‘locator’ yang dalam website ni.. ternyata berbeza / bertentangan dgn arah kompas manual saya.

    harap penjelasan.

    Reply

    • Salam,

      Kompas manual biasanya untuk panduan dan anggaran kasar sahaja, tambahan jika kompas manual tersebut pernah terjatuh.. pasti petunjuknya akan terpesong..

      Abra tak perlu meragui locator internet dalam website ni kerana ianya telah terbukti tepat (hingga ke titik perpuluhan) seperti contoh Masjid Putra (292.63°) dan post ‘Masjid Agung di Negara Yaman’ (http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/03/06/bukti-mukjizat-nabi-muhammad/)

      Kedudukan arah kiblat KK adalah 290.62°… untuk lebih tepat boleh ditaip poskod/alamat kedudukan Abra pada ruangan ‘cari’.. InsyaAllah google akan menunjukkannya.

      والسلام

      Reply

  2. Posted by abu faisal on 15/10/2012 at 2:11 am

    assalamulaikum..

    mohon minta penjelasan.. selama beberapa bulan saya bersolat di pejabat saya dengan mengadap kiblat yang pada ingatan saya, saya yakin betul ( mengikut kepada kedudukan arah surau yg berdekatan dengan pejabat yang pernah saya solat di situ ).. tetapi baru-baru ini, saya datang ke surau tersebut dan mendapati arah kiblat yg sy guna utk solat di pejabat tu tak sama macam dalam ingatan saya.. jadi sy nak tau macam mana dgn status solat yg sy pernah buat di pejabat, sah atau tidak?

    terima kasih…

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      InsyaAllah, sah segala solat yang dilakukan atas keyakinan Abu Faisal telah mengadap ke arah kiblat pada masa itu.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,266 other followers

%d bloggers like this: