Anniversary Pertama

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Assalamualaikum salam hormat dari saya buat semua pengunjung dan tetamu blog ini. Terasa begitu cepat masa berlalu. Alhamdulillah, hari ini  blog ‘shafiqolbu’ telah melangkah cukup satu pusingan berada di alam maya dan genaplah setahun usia ‘shafiqolbu’.

Dengan entri pertama ana bertajuk ‘Assalammualaikum’ pada 31hb. May 2011 telah menjadi catatan dan langkah pertama ana di laman dot com ini. Ana berharap ianya telah memberi banyak input, faedah dan manfaat kepada lebih 280,000 pengunjung blog ‘shafiqolbu’.

Asalnya harapan ana dalam berblog adalah hanya untuk menjadikannya satu platform untuk berkongsi dan ingin menyampaikan sedikit ilmu yang ada dari projek buku yang tidak jadi diterbit untuk tatapan para pembaca. Syukurlah, nampaknya apabila ana berblog melalui ‘shafiqolbu’ ini, ia mendapat lebih banyak sambutan dan telah menaikkan semangat ana untuk terus menyalurkan maklumat tersebut.

Walaupun ada saat dan tika terasa kehilangan idea, namun ana tetap berusaha untuk mengupdate satu entri walaupun ianya nampak ringkas untuk dikongsi bersama. Semoga usaha yang tak seberapa ini akan menjadi saham dan pencen akhirat ana nanti. Insya’Allah…

Selama setahun berblog di sini, banyak kenangan pahit manis yang telah dilalui.. dari pengetahuan ‘zero’ tentang internet, ana bermula dengan bantuan ‘Mr. Google’ dan ‘Mrs. Youtube’ bagi merealisasikan blog ‘shafiqolbu’ ini  dan masih banyak ilmu berkaitan ICT dan blog yang belum ana kuasai dan pelajari lagi.

Sepanjang setahun berblog di sini, tidak dinafikan yang ana pernah hampir ingin meninggalkan dunia blog atas gangguan segelintir ‘hicker’ dan ‘anti Islam’. Namun atas niat meneruskan sedikit usaha dakwah dan teringatkan persoalan ‘neraca mizan’ nanti.. ana gagahkan juga.

Dalam pada itu, Ana diberitahu peminat dan follower setia blog ‘shafiqolbu’, terdapat blog yang 90% kandungan blognya “memplagiat” blog ‘shafiqolbu’ ini.. untuk mereka tak perlulah bersusah-payah copy & paste bulat2.. linkkanlah saja blog ‘shafiqolbu’ ini di blog enta.

Ada juga yang mengambil artikel tanpa meninggalkan sebarang komen.. yang memberitahu tu ‘Syukran jazeelan’ ana ucapkan.. biasanya kepada sahabat yang ingin copy dan share ana akan minta bacakan surah al-Fatihah sebagai hadiah ilmu yang disampaikan.. bukannya apa cuma ana ingin membiasa dan membudayakan masyarakat kita agar bermurah dan sentiasa mendoakan sesama muslim.

Doa seorang sahabat yang mendoakan sahabat dalam keadaan sahabat itu tidak tahu bahawa dia didoakan, takkan terhijab malah amat mustajab dan tidak akan ditolak doa mereka oleh Allah SWT.

Ummu Darda’ r.ha. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang Muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat pun berkata kepadanya, ‘Dan bagi kamu seperti apa yang kamu pinta untuk saudaramu!’” (Riwayat Muslim)

Kepada sahabat yang sentiasa sudi singgah dan komen di sini, ‘Jazaakallahu Khairan’ dan jutaan terima kasih diucapkan. Harapan ana semoga antum akan terus menyokong ana yang masih mempunyai banyak kekurangan.. di masa akan datang terutama bloger2 yang top dan berpengalaman tinggal2kanlah sepatah dua kata, bolehlah untuk ana jadikan panduan memperbaiki blog ini.

Semoga diri ini akan terus diberikan kekuatan ‘melangkah’ dalam kehidupan di dunia serba mencabar ini. Dengan izin-NYA jua, bila diri kerdil ini diberikan kekuatan untuk menulis dan terus menaip, ana akan terus berbicara di alam maya melalui blog ‘shafiqolbu’ ini.

Akhir kata…

Cempedak tak akan jadi nangka,

Kelingkiak tak akan jadi kerengga;

Ana bukan ulama’ hanya insan biasa,

Mohon maaf atas kekilafan dan kekurangan yang ada.

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

About these ads

7 responses to this post.

  1. Posted by mimi on 31/05/2012 at 5:25 am

    congratz!

    Reply

  2. Posted by Haziq on 01/06/2012 at 8:24 am

    Web yang selalu saya lawati, penuh dengan ilmu dan info berguna. Teruskan usaha murni saudara dan semuga saudara diberkati Allah sentiasa.

    Reply

  3. Posted by syed salman al farisi on 18/02/2013 at 12:18 am

    As salam shafiq…tahniah ats usaha anda..smoga Allah s.w.t membalas jasa anda krn ilmu2 dlm blog2 anda bagus & cukup manfaat d amalkn..jika tidak keberatan,boleh x shafiq masuk kn fadhilat2 bulan islam..mksud saye,contoh nyer bulan rabiulawal ini,apakah fadhilat nye jika kita amal kn sesuatu sperti mngamal kn sesuatu surah ker…atau sebagai nyer…sekian terima kasih drpd Syed Salman Al-Farisi

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Selamat berkunjung ke Blog Shafiqolbu…

      Telah ada sebahagian besarnya di kategori sidebar… yang lain Insya-Allah… masih dalam proses dilengkapi dari semasa ke semasa…

      Kongsikan juga dengan sahabat2 Akhi Syed Salman Al-Farisi mengenai Blog Shafiqolbu ini… Selamat beramal…

      جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

      Reply

  4. Posted by AZMI on 20/07/2013 at 2:49 pm

    AL FATIHAH … MOHON SHARE…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,203 other followers

%d bloggers like this: