Bagaimana Ucapan ‘Terima Kasih’ Terbaik

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Sering kali kita mendapat kebaikan dari orang lain sama ada dalam bentuk harta benda, perbuatan mahupun sebuah doa. Tahniah jika anda tahu berterima kasih dengan sentiasa membalasnya menerusi ungkapan ‘Terima Kasih’ sebagai tanda syukur, tetapi tahukan anda bagaimana bentuk ucapan terima kasih yang paling baik dan menurut sunnah.

.

Dan Amal Sholeh Pun Mengucapkannya 

.

Hal ini terjadi di alam kubur, sebagaimana dalam sebuah hadis yang panjang yang diriwayatkan al-Barro’ bin Azib rodhiyallohu anhu, bahawa setelah seorang hamba yang beriman diuji (dengan pertanyaan dalam kubur) dan ditetapkan dalam menjawab ujian:

.

 يَأْتِيهِ آتٍ حَسَنُ الْوَجْهِ طَيِّبُ الرِّيحِ حَسَنُ الثِّيَابِ، فَيَقُولُ: أَبْشِرْ بِكَرَامَةٍ مِنَ اللهِ وَنَعِيمٍ مُقِيمٍ؛  فَيَقُولُ: وَأَنْتَ؛ فَبَشَّرَكَ اللهُ بِخَيْرٍ، مَنْ أَنْتَ؟  فَيَقُولُ: ”أَنَا عَمَلُكَ الصَّالِحُ، كُنْتَ –وَاللهِ!- سَرِيعًا فِي طَاعَةِ اللهِ، بَطِيئًا عَنْ مَعْصِيَةِ اللهِ؛ فَجَزَاكَ اللهُ خَيْرًا.  :ثُمَّ يُفْتَحُ لَهُ بَابٌ مِنَ الْجَنَّةِ وَبَابٌ مِنَ النَّارِ فَيُقَالُ  …هَذَا كَانَ مَنْزِلَكَ لَوْ عَصَيْتَ اللهَ، أَبْدَلَكَ اللهُ بِهِ هَذَا  

.

Datanglah seseorang dengan wajah yang baik, berbau wangi dan memakai baju yang bagus, lalu orang tersebut berkata: “Bergembiralah dengan kemuliaan dari Allah dan kenikmatan yang abadi”, maka hamba yang beriman itu bertanya: “Wa anta fa basyarakallahu bi khairin (dan semoga Allah juga memberi khabar gembira berupa kebaikan), siapakah anda?” lalu orang itu menjawab: “Aku adalah amal sholehmu, engkau dahulu-demi Allah-sangat cepat dalam taat kepada Allah sangat lambat (menjauhi) dalam maksiat kepada Allah, fa jazakallahu khairan.”.

Kemudian dibukakan untuknya sebuah pintu syurga dan sebuah pintu neraka, lalu dikatakan: “Ini (neraka) adalah tempatmu seandainya engkau bermaksiat kepada Allah, dan Allah telah menggantikan untukmu dengan yang ini (syurga) …”. [HR. Ahmad no. 17872, Abdurrozzaq dalam Mushonnaf-nya no. 6736, dll. Dishohihkan syaikh al-Albani dalam Ahkamul Jana'iz hal.158]

.

Maka beruntunglah seorang hamba yang diberi taufik dalam kehidupan dunianya terhadap ucapan yang baik ini, baik ia mengucapkannya mahupun ia menerimanya. Dan di akhirat ia mendapat khabar gembira dengan ucapan ini oleh amal solehnya. Seandainya bukan kerana keutamaan dan rahmat Allah maka ia tidak mampu beramal soleh.

.

Selalu juga kita berjumpa atau terlihat kalimah ‘Jazakumullah Khairan Katsiran’ di ruangan komen blog-blog. Apakah erti atau maknanya?

.

.

Maksud Kalimah ‘Jazaakamullah’

.

Kalimah  ini biasa digunakan bagi mengucapkan terima kasih atas kebaikan seseorang dan sekaligus sebagai suatu doa, semoga Allah SWT akan membalas kebaikannya (tunggal / kamu).

.

Jazaa = semoga memberi /menambah /membalas,

ka = engkau (seorang lelaki),

Allah = Allah SWT.

Jazaakallah (جَزَاكَ اللهُ) ertinya “Semoga Allah SWT akan memberi / menambah / membalasmu”.

.

.

Maksud Kalimah ‘Jazaakumullah’

.

Ungkapan di bawah ini pula digunakan sebagai ucapan terima kasih atas kebaikan sekumpulan /sekelompok orang dan sekaligus sebagai mendoakan semoga Allah SWT akan membalas kebaikan mereka (jamak /orang banyak).

.

Jazaa = semoga memberi /menambah /membalas,

kum = kamu (jamak),

Allah = Allah SWT.

Jazaakumullah (جَزَاكُمُ اللهُ) ertinya “Semoga Allah SWT akan memberi / menambah / membalas kamu”.

.

.

Belum Lengkap

.

Dengan hanya menggunakan kalimah Jazaakallah atau ‘Jazaakumullah’, sebenarnya masih kurang lengkap walaupun makna dan maksudnya sudah boleh difahami sebagai ungkapan terima kasih dan doa ~  “semoga Allah akan membalas kebaikan mereka”. Bagi melengkapkannya selepas ucapan ‘Jazaakallah / Jazaakumullah’ perlu dijelaskan bagaimana Allah SWT akan membalasnya.

.

Jadi setelah ‘Jazaakallah / Jazaakumullah’ perlu ada kalimah seterusnya sebagai penjelasan, iaitu seperti kalimah ‘Khairan Katsiran’ (خَيْرًا كَثِيْرًا).

‘Khairan’ ertinya kebaikan’ dan ‘Katsiran’ ertinya banyak’, jadi ‘Khairan Katsiran’ bermaksud Kebaikan yang banyak’. Manakala  Ahsanal Jaza ertinya Balasan yang terbaik’.

Maka erti kalimah  Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza(جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء) adalah “Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.

.

.

Ada beberapa perubahan dalam mengucapkan jazaakallah:

.

1) Jazaakallaahu khairan (engkau, lelaki)

2) Jazaakillaahu khairan (engkau, perempuan)

3) Jazaakumullaahu khairan (kamu semua)

4) Jazaahumullaahu khairan (mereka)

.

.

.

Ucapan Terbaik

.

Ucapan terima kasih yang baik adalah seperti berikut:

.

‘Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’ (جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء) yang bermaksud “Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”

.

Terdapat satu hadis yang menjelaskan sunnahnya mengucapkan “jazakallahu khairan”. Daripada  Usamah bin Zaid radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam  bersabda:

من صُنِعَ إليه مَعْرُوفٌ فقال لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ الله خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ في الثَّنَاءِ

“Sesiapa yang diberikan kepadanya satu perbuatan kebaikan lalu dia membalasnya dengan mengatakan ‘Jazaakallahu Khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (HR.At-Tirmidzi dan An-Nasaa’i)

.

.

.

Pendapat ulama mengenai ucapan “jazakallah”

.

Sesetengah berpendapat, mencukupi dengan hanya ucapan menyatakan rasa syukur secara doa umumnya. Tidak perlu penambahan doa, sebab boleh jadi orang yang didoakan dengan doa tersebut tidak menghendaki apa yang disebut dalam doa itu. Tambahan pula doa yang mungkin tidak kena pada tempatnya.

.

1.  Dalam Faidhul Qodir dijelaskan: “Telah mencukupi rasa syukurnya” maksudnya adalah hal tersebut kerana pengakuan terhadap kekurangannya, dan ketidakupayaan dalam membalas kebaikannya, dan mempercayakan membalas kebaikannya pada Allah agar ia mendapatkan balasan yang sempurna.

.

2.  Berkata al-allamah al-Utsaimin rahimahullah dalam Syarah Riyadhus Sholihin: “Hal itu kerana jika Allah membalas kebaikannya dengan kebaikan, hal itu merupakan kebahagian baginya di dunia dan akhirat.”

.

3.  Asy Syaikh Ahmad bin Yahya An Najmi pernah ditanya: “Apa hukumnya mengucapkan, “Syukran (terimakasih)” bagi seseorang yang telah berbuat baik kepada kita?”

Beliau menjawab: “Yang melakukan hal tersebut sudah meninggalkan perkara yang lebih utama, iaitu mengatakan, ‘Jazaakallahu Khairan’ (semoga Allah membalas kebaikanmu).” Dan pada Allah-lah terdapat kemenangan.”

.

4.  Al-Allamah Asy Syaikh Abdul Muhsin hafizhahullah menyatakan; Sebahagian ikhwan ada yang menambah pada ucapannya dengan mengatakan “Jazakallah Khairan Wa Zawwajaka Bikran” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan dan menikahkanmu dengan seorang gadis dara), dan yang seumpamanya.

.

5.  Dan yang utama dalam menjawab kalimah yang bagus ini adalah dengan mengulangi kalimah tersebut iaitu membalasnya dengan mengatakan: “Wa Anta Fajazaakallaahu Khairan” atau yang seumpamanya. Walaupun membalasnya dengan ucapan “Wa Iyyakum” dan yang seumpamanya adalah boleh, tetapi yang lebih afdhal adalah membalas dengan mengulang lafaz doa tersebut.

Sebagaimana difatwakan oleh Syaikh Abdul Muhsin al-Abbad al-Badr hafidzahullah:

 السؤال: هل هناك دليل على أن الرد يكون بصيغة (وإياكم)?

.

Soalan: Apakah ada dalil bahawa membalasnya (ucapan jazaakallaahu khairan) adalah dengan ucapan “wa iyyaakum”?

 فأجاب: لا, الذي ينبغي أن يقول: (وجزاكم الله خيرا) يعنى يدعى كما دعا, وإن قال (وإياكم) مثلا عطف على جزاكم, يعني قول (وإياكم) يعني كما يحصل لنا يحصل لكم. لكن إذا قال: أنتم جزاكم الله خيرا ونص على الدعاء هذا لا شك أنها أوضح وأولى (مفرغ من شريط دروس شرح سنن الترمذي, كتاب البر والصلة, رقم: 222)

Beliau menjawab: “Tidak, selayaknya dia juga mengatakan “Wa Jazaakallaahu Khairan” (dan semoga Allah juga membalasmu dengan kebaikan), iaitu didoakan sebagaimana dia mendoakan, dan seandainya ia mengucapkan “Wa Iyyakum” sebagai athof (mengikuti) atas ucapan “Jazakum”, yakni ucapan “Wa Iyyakum” bermakna “sebagaimana kami mendapat kebaikan, semoga kamu juga”. Akan tetapi jika ia membalasnya dengan ucapan “Antum Jazaakumullaahu Khairan” dan mengucapkan dengan lafaz doa tersebut, tidak diragukan lagi bahawa ini lebih jelas dan lebih utama.”  (Fatwa Syaikh Abdul Muhsin hafidzohulloh).

.

.

6.  Menjawab dengan “Wafiika barakallah”

.

Apabila ada seseorang yang telah mengucapkan doa: “Barakallahu fiikum atau Barakallahu fiika” kepada kita, maka kita menjawabnya: “Wafiika barakallah” (Semoga Allah juga melimpahkan berkah kepadamu). (Ibnu Sunni hal, Al-Waabilush Shayyib Ibnil Qayyim, Tahqiq Muhammad Uyun)

.

.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak melarang dengan adanya tambahan doa. Tidak mengapa jika dia mendoakan dan berkata: “Jazakallahu Khair Wabarakallahu Fiik Wa ‘Awwadhaka Khairan” (semoga Allah membalas kebaikanmu dan sentiasa memberkatimu dan menggantikan dengan kebaikan juga).

.

.

Islam mengajar kita saling doa mendoakan. Jika masuk ke blog seseorang dan membaca isinya sudah semestinya membalasnya dengan doa ini ‘jazakallahu khair’, kalau tidak kita tidak melahirkan ucapan rasa syukur kita.

Seharusnya kita saling mendoakan seperti juga orang yang bersin, jika dia mengatakan ‘Alhamdulillah’, yang  mendengar akan mengucapkan ‘Yarhamukallah’, orang yang bersin tadi membalaw ‘Yahdi kumullah’.

.

.

Artikel Berkaitan:

.

1.  Assalamualaikum   (Klik Di Sini)

2.  Adab Memberi Salam  (Klik Di Sini)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

About these ads

14 responses to this post.

  1. Posted by azian on 12/06/2012 at 4:43 pm

    jazakallahu khair

    Reply

  2. Posted by kamarudin on 14/07/2012 at 8:49 pm

    Assalamualaikum…..jazakallahu khair’

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Selamat berkunjung ke blog shafiqolbu…

      Jazaakamullah Khairan Katsiran!

      Reply

  3. Posted by siti on 31/07/2012 at 12:53 pm

    salam alaik. “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza” ayat ini boleh ke digunakan untuk akhwat?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh digunakan untuk semua kaum muslim (ikhwan dan akhwat) yang baik dan menjalankan ajaran agama Islam serta kepada mereka yang mendapat hidayah.

      Reply

  4. Alhamdulillah disini aku mendapatkan jawaban atas persoalanku yang kucari melalui google. Teruslah berdakwah melalui tulisan antum. Semoga ilmunya bermanfaat di dunia dan akhirat. Jazaakallahu khairan katsiron wa jazaakallah ahsanal jazaa.

    Reply

  5. Jazakallahu khair antum

    Reply

  6. Posted by Safwan on 28/06/2013 at 3:46 pm

    Assalamualaikum..jazakallahu khair

    Reply

  7. jazakumullah ahsanal jaza

    Reply

  8. Posted by Dewi on 06/09/2013 at 1:05 pm

    jazaakallahu khairan katsiran..

    Reply

  9. ‘Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’

    Reply

  10. Posted by hendisubardja on 23/07/2014 at 9:00 am

    Jazaakumullah khairan katsiran wa jazaakumullah ahsanal jaza

    Reply

  11. Posted by fina on 14/08/2014 at 10:16 pm

    jazakallahu khair

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,098 other followers

%d bloggers like this: