Cara Masukkan Ayat Al-Quran Ke Dalam Power Point

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

.

Selamat bertemu kembali dalam segmen IT blog shafiqolbu

Sebelum ini ramai yang bertanya dan menghadapi masalah menyiapkan tugasan bagi memasukkan ayat-ayat atau surah al-Quran ke dalam ‘Microsoft Power Point’. Terutama kepada yang ingin membuat Assignment, persembahan, pembentangan dan ABM (alat bantuan mengajar) berkaitan ‘font Arabic’ terutama ayat-ayat al-Quran.

Sekiranya digunakan kaedah ‘copy dan paste’ dari ‘Microsoft Word’ ke ‘Microsoft Power Point’, susunan ayat al-Quran akan menjadi pening dan terbalik.. yang hujung pergi ke pangkal dan yang pangkal lepas ke hujung…

Tiada cara dan pilihan lain, selalunya ramai yang terpaksa menaip ayat-ayat al-Quran tersebut secara manual yang menyusahkan dan memakan masa.

Maka bagi mengatasi perkara tersebut, kali ini ana akan tunjukkan bagaimana untuk memasukkan ayat-ayat al-Quran ke dalam ‘Microsoft Power Point’ dengan cara lebih mudah.

.

.

Cara Dan Langkah-Langkahnya

.

Pertamanya kita ambil petikan ayat atau surah dari ‘Quran In Word’. Jika ada yang belum ‘install software’ ini bolehlah lihat dan ‘download’ dari entry terdahulu  (klik di sini).

.

Kemudian ikuti langkah-langkah berikut:-

.

1.  Buka ‘Microsoft Word’:

.

.

.

2.  Klik pada bahagian ‘Add-Ins’ > al-Quran:

.

.

3.  Pilih surah dan ayat yang hendak dipaparkan:

.

  • Get Arabic + Translation: Ayat al-Quran dan Terjemahan akan dipaparkan.
  • Get Arabic: Ayat al-Quran sahaja akan dipaparkan.
  • Get Translation: Terjemahan sahaja akan dipaparkan.

.

.

4.  Katakan ana pilih hanya ayat pertama (1) dari surah al-Fatihah yang hendak dipaparkan.

Pastikan:

Surat ~ 001 Al-Fatihah

Ayat ~ 1 ,   s/d ~ 1  (Jika mahu seluruh Surah al-Fatihah: s/d ~ 7 )

Font Saiz ~ 14

.

.

5.  ‘Copy’ ayat yang terpapar. > Klik ruangan ‘Home’ > klik pada ‘Center text’:

.

.

.

6.  Buka ‘Microsoft Power Point’.

.

.

.

7.  Klik ruangan ‘Home’ > klik pada tanda anak panah di bawah fungsi ‘Paste’ > pilih ‘Paste Special’. Pada kotak pop-up, pilih ‘Picture (Enhanced Metafile)’:

.

.

.

8.  Untuk mengubah suai saiz ayat yang dikehendaki, ‘Crop’ pada gambar menggunakan menu ‘Picture Tools’ yang terletak di bahagian ‘Format’:

.

No.4 adalah hasil setelah fungsi ‘Crop’ digunakan.

.

.

9.  Manakala untuk mengubah warna ayat al-Quran, pilih ‘Recolor’. Pilih warna yang dikehendaki supaya sesuai dengan ‘design Power Point’ antum…

.

Untuk mengubahsuai size ayat, drag pada bucu hujung gambar tersebut.

.

.

Mahu Lebih Cantik Dan Kreatif ?

.

10.  Bagi mendapatkan lebih bervariasi, selepas no.6 di atas ; Pada kotak ‘Paste Special’ pilih dan klik bahagian ‘Formatted Text (RTF)’.

.

.

.

11. Boleh diubah kesemuanya menggunakan ‘Font, Size dan Theme Colour’. Mengikut kehendak antum…

.

  • Tulisan Arab

Font ~ 60

Theme Colour ~ Dark Green

Text ~ Bold

.

  • Tulisan Rumi

Font ~ Lucida Handwriting

Size ~24

Theme Colour ~ Red

.

.

12.  Bagi lebih kreatif dan untuk bebas mengubah, cubalah terokai setiap aplikasi pada ‘menu dan tool bar’…

.

.

.

SYUKUR ALHAMDULILLAH… SELAMAT BERKREATIVITI DAN MAJU JAYA !

.

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Cara Sisipkan Ayat Al-Quran Dalam Microsoft Word  (Klik Di Sini)
  2. Cara Install Font Arab Dan Aktifkan Keyboard Arabic Pada Windows  (Klik Di Sini)
  3. Bagaimana Cara Menaipkan Menggunakan Huruf Arab (Klik Di Sini)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

 

About these ads

6 responses to this post.

  1. Reblogged this on Quest for change.

    Reply

  2. Posted by salleh on 09/08/2012 at 1:48 am

    SEMOGA ALLAH MEMBERI GANJARAN DAN PAHALA KEPADA ANDA. AMIN..

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      AMIN…

      Jazaakumullah Khairan Katsiran..

      Reply

  3. Posted by masturah mohamad on 03/10/2012 at 11:52 pm

    salam..kalo tak dak add in mcmana..laptop saya kena format len..abis suma hilang

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Software tersebut hanya sesuai bagi Wins.2000 dan ke atas…

      والله أعلم بالصواب

      Reply

  4. JZK… sungguh bermenafaat…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,271 other followers

%d bloggers like this: