Tarikh Melihat Anak Bulan Puasa 1433H / 2012M

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Tarikh melihat anak bulan puasa 1433H akan tiba beberapa hari saja lagi. Ramadhan yang kian menghampiri sememangnya dinanti dan ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam yang beriman.

.

.

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 1433H/2012M

.

Majlis Raja-Raja telah menetapkan bahawa tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi semua umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Khamis, 19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaaban 1433 Hijrah.

.

Sebuah hadis menyebut:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ رَمَضَانَ فَقَالَ لَا تَصُومُوا حَتَّى تَرَوْا الْهِلَالَ وَلَا تُفْطِرُوا حَتَّى تَرَوْهُ فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدُرُوا لَهُ. (رواه البخاري ومسلم)

Dari Abdullah bin Umar r.a., bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah menyebutkan perihal bulan Ramadhan lalu bersabda: “Jangan kamu berpuasa hingga kamu melihat anak bulan Ramadhan dan jangan kamu berhari raya hingga kamu melihat anak bulan Syawal,  kalau kamu tidak dapat melihatnya disebabkan awan maka kirakanlah baginya.”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

.

.

Tempat-Tempat Melihat Anak Bulan

.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah di:

.

1.     Sabah;

    • Balai Cerap Al-Biruni, Putatan.

2.     Labuan;

    • Menara Universiti Malaysia Sabah.

3.     Sarawak;

    • Tanjung Lubang, Miri,
    • Teluk Bandung, Kuching,
    • Tanjung Batu, Bintulu.

4.     Johor;

    • Pontian Kecil, Pontian.

5.     Pahang;

    • Bukit Tanjung Batu, Nenasi,
    • Bukit Pelindong, Kuantan,
    • Gunung Berincang, Cameron Highlands.

6.     Melaka;

    • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara.

7.     Negeri Sembilan;

    • Kompleks Baitul Hilal, Teluk Kemang, Port Dickson.

8.     Kuala Lumpur;

    • Menara Petronas, KLCC,
    • Menara Kuala Lumpur.

9.     Putrajaya:

    • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

10.  Selangor;

    • Bukit Jugra,
    • Bukit Melawati Pulau Angsa,
    • Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam.

11.  Terengganu;

    • Pulau Perhentian,
    • Bukit Kemuning, Kemaman,
    • Bukit Besar, Kuala Terengganu,
    • Balai Cerap KUSZA, Setiu.

12.  Kelantan;

    • Bukit Peraksi, Pasir Puteh,
    • Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai,
    • Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu.

13.  Perak;

    • Pantai Pasir Panjang

14.  Pulau Pinang;

    • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh.

15.  Kedah;

    • Menara Alor Setar,
    • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda,
    • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi.

16.  Perlis.

    • Kuala Sungai Baru, Simpang Empat.

.

.

Pengumuman Tarikh Mula Puasa Dan Bulan Ramadhan

.

Daripada Imam Muslim rahimahullah dari Abdullah bin Umar:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُبِّيَ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا عِدَّةَ شَعْبَانَ ثَلَاثِينَ. (رواه البخاري ومسلم).

Dari Abu Hurairah r.a., katanya, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Berpuasalah kamu setelah melihat anak bulan Ramadhan dan berhari-rayalah kamu setelah melihat anak bulan Syawal,  sekiranya ia terlindung dari penglihatan kamu maka sempurnakanlah bilangan bulan Sya’ban tiga puluh hari.”

(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim).

.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia juga akan membuat pengumuman dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen pada malam itu juga selepas Maghrib.

.

.

Firman Allah Ta’ala:

فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ..

“ .. Sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu ..”

(Ayat 185, Surah Al-Baqarah).

.

Berdoalah kepada Allah SWT semoga kita dipilih menjadi salah seorang yang dapat beribadah dalam bulan mulia, bulan Ramadhan al-Mubarak.. kerana pasti ramai yang akan ambil nyawanya oleh Allah SWT menjelang Ramadhan. Berdoalah semoga kita bukan di antara yang Allah SWT dicabut nyawanya.

.

Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam juga biasanya berdoa semasa melihat anak bulan Rejab dan Sya’ban secara khusus, seperti berikut:

.

Doa-Doa Lain Semasa Melihat Anak Bulan  (Klik Di Sini)

.

.

Penutup

.

Ramadhan ini bulan kita, umat Rasulullah SAW yang sangat ditunggu untuk mereka yang mengejar Allah SWT kerana berbagai ganjaran disediakan. Ramadhan adalah ‘Madrasah Realiti’ yang mendidik jiwa manusia untuk jadi lebih dekat dengan Allah SWT. Tapi jangan tak percaya Ramadhan juga menjadi ‘Neraka’ kepada yang jauh dengan Allah SWT kerana kebebasan untuk makan terhalang.

Bagi mereka Ramadhan ini sangat menyusahkan, mungkinkah mereka ini ada disekeliling kita, teman dan rakan rapat kita. Apa yang perlu kita buat? Berdoalah semoga Allah SWT berikan hidayah kepada mereka ini.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

About these ads

4 responses to this post.

  1. bolehkah kita berpuasa ketika melihat anak bulan???

    Reply

  2. Posted by noremira on 02/08/2012 at 10:18 pm

    nak tanya soalan,,,melihat anak bulan dan syawal bagi menetukan tarikh berpuasa dan berhari raya namanye ap??

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,824 other followers

%d bloggers like this: