Kaifiat Bacaan Yaasin Bagi Mengembalikan Barang Hilang

 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.

Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.

 .

.

Kaedah Mengamalkannya

.

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

.

1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.

3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;

  • Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
  • Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

.

4. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.

5. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.

Sumber :  Darussyifa’

About these ads

10 responses to this post.

  1. Posted by el mohd on 15/09/2012 at 10:02 am

    terima kasih. kawan saya pernah amalkan ini alhamdulillah dompet yang di curi di jumpai esok harinya di pulangkan oleh pencuri ke balai polis. dia baca yassin dan mnggunakan garam kasar. selepas selesai solat isya dan baca yassin, garam tu di goreng sehingga meleyup2 bunyinya. wallaualam.

    Reply

  2. Posted by shafim on 27/10/2012 at 12:02 am

    salam saya nak tanya….boleh tak yasin 7 Mubin ni dibaca dgn hajat sakit yang dihadapi cepat sembuh…

    Reply

  3. Posted by nurafzan on 20/11/2012 at 3:53 pm

    assalamualaikum….boleh tak kiranya dibacakan dgn hajat supaya org yg meminjam wang dpd kita dpt pulangkan wang semula….

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      InsyaAllah.. begitulah sebaiknya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  4. Posted by Sabar Rahman on 13/01/2013 at 3:35 pm

    Bagaimana dgn hutang lama dan brg yg telah lama hilang?lebih kurang 4 atau 5 tabun?

    Reply

  5. Posted by Fify on 28/03/2013 at 9:14 pm

    Assalamualaikum,boleh tak bacaan ini saya amalkan dgn hajat orang yang menghantar sihir mengaku dan insaf???

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Cukuplah sekadar orang tersebut menghentikan dan menginsafi perbuatan tersebut…tak perlulah diharapkan pengakuan daripadanya… InsyaAllah Ukhti Fify akan memperolehi kebahagiaan dan keredhaan yang tidak ternilai jika sentiasa memaafkan insan lain.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  6. Posted by Rejabnisa Rasulkhan on 14/08/2013 at 1:50 pm

    Salam, tuan..
    Mohon izin untuk berkongsi dengan rakan facebook.
    terima kasih..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,053 other followers

%d bloggers like this: