Sujud Sahwi

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Sahwi bererti lupa atau lalai terhadap sesuatu. Maka ‘Sujud Sahwi’ dilakukan oleh seseorang yang bersolat, apabila terlupa melakukan sunnah Ab’adh atau hal yang salah lainnya tanpa sengaja.

Namun demikian tidak semestinya mereka yang sujud sahwi kerana lupa sahaja, kerana mereka yang meninggalkan sesuatu sunat ab’ad  seperti meninggalkan ‘Doa Qunut’ dengan sengaja kerana tidak hafal adalah disunatkan melakukan ‘Sujud Sahwi’ juga. Maka bolehlah dikatakan dan dipernamakan sujud sahwi di atas qaedah باب الاكتفا  atau الاغلبية (kebiasaan pengunaannya).

.

‘Sujud Sahwi’ adalah sunat muakad yang dilakukan untuk menampung kekurangan atau kecacatan yang terjadi dalam pelaksanaan solat, baik kekurangan rakaat, kelebihan rakaat, atau kerana ragu-ragu yang disebabkan terlupa.

 .

Dari Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu anhu, dia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:

إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِـيْ صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى؟ ثَلاَثًا أَوْ أَرْبَعًـا؟ فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَـا اسْتَيْقَنَ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ. فَإِنْ كَـانَ صَلَّى خَمْسًا شَفِعْنَ لَهُ صَلاَتُهُ، وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا ِلأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيْمًا لِلشَّيْطَانِ.

“Jika salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa rakaat yang telah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah ia tepis keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini. Setelah itu, hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia mengerjakan lima rakaat, maka dia telah melengkapkan solatnya. Namun, jika dia mengerjakan empat rakaat, maka dua sujud tadi adalah penghinaan bagi syaitan.”

(Hadis Riwayat: Muslim, Abi Dawud, An-Nasa’I r.a.)

.

Menerangkan tentang lupa di dalam solat, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ أَنْسَى كَمَا تَنْسَوْنَ، فَإِذَا نَسِيْتُ فَذَكِّرُوْنِيْ.

“Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa seperti kamu. Aku lupa sebagaimana kamu juga lupa. Jika aku lupa, maka ingatkanlah aku.”

[Sahih: Shahiihul Jaami'ush Shaghiir (no. 2339), Irwaa'ul Ghaliil (no. 339).]

.

Hilkmah dilupakan Baginda SAW oleh Allah Ta’ala adalah untuk menjadi pengajaran dan panduan bagi umat Rasulullah SAW.

.

.

1.  Diharuskan Sujud Sahwi

Sujud Sahwidibolehkan apabila berlaku perkara seperti:

1.  Lupa mengerjakan duduk Tahiyyat Awal.

2.  Lupa membaca Tasyahud Awal.

3.  Tertinggal selawat untuk Nabi Muhammad SAW pada Tasyahud Awal.

4.  Terlupa membaca Surah Fatihah pada rakaat pertama atau kedua.

5.  Menambah rukuk atau sujud kerana kelupaan,

6.  Ragu atau menambah bilangan rakaat solat dan sebagainya.

7.  Tertinggal Doa Qunut (Qunut Solat Subuh atau Solat Witir Nisfu Ramadhan).

.

.

2.  Cara Melakukan Sujud Sahwi

 

Sujud Sahwiadalah melakukan dua kali sujud pada penghujung rakaat yang terakhir dan hendaklah berniat untuk melakukannya sebelum sujud;

  1. Sesudah Tahiyyat Akhir dan sebelum salam. Bersujudlah sambil mengucapkan takbir “Allaahu Akbar” dan dalam sujud membaca:

  2.  Duduk antara dua sujud semula dengan bacaan seperti solat biasa.

  3.  Sujud lagi sekali dengan mengucap takbir, lalu membaca tasbih sujud seperti no. 1.

  4.  Kemudian duduk semula dengan duduk ‘Iftirasy’ (Tahiyat Akhir).

  5.  Akhirnya beri salam ke kanan dan kiri.

.

.

3.  Permasalahan

  1. Apabila tertinggal atau terlupa sesuatu rukun solat, tidak boleh diganti dengan Sujud Sahwisahaja, malah sekiranya:

a)     Jika teringat ketika sedang dalam hampir menyempurnakan rukun solat seterusnya, maka diwajibkan membuat apa yang tertinggal itu dengan segera dan menyambung solat sehingga tamat. Kemudian sunat melakukan Sujud Sahwisebelum salam kerana perbuatan telah bertambah.

b)     Teringat ketika dalam proses kurang separuh daripada menyempurnakan rukun solat seterusnya, maka wajib juga membuat apa yang tertinggal itu dengan segera dan menyambung solat sehingga tamat dan tidak perlu melakukan Sujud Sahwisebelum salam, jika ia sujud juga maka batallah solatnya.

c)     Sekiranya teringat tidak lama sesudah memberi salam, kira-kira setengah minit, hendaklah berdiri semula, mengerjakan apa yang tertinggal lalu meneruskan perbuatan solat seterusnya sehingga tamat, kemudian sunat melakukan Sujud Sahwi.

d)      Disebabkan kesalahan rukun, jika tidak dilakukan antara dua perkara itu, maka tidak sah solat.

  1. Sekiranya tertinggal sunat-sunat ab’ad dan telah memberi salam sebelum sujud, sama ada dengan sengaja atau terlupa dan tempoh pemisah antara memberi salam dan selepasnya itu lama, maka luputlah tuntutan Sujud Sahwi.
  1. Sekiranya tempoh pemisah itu pendek, maka boleh melakukan semula sujud tersebut dengan dua kali sujud, sambil berniat melakukan Sujud Sahwi, kemudian memberi salam buat kali kedua.
  1. Bila di dalam solat timbul keraguan tentang jumlah rakaat maka ambillah jumlah rakaat yang sedikit lalu tambahkan rakaat yang kurang.
  1. Bila yang terlupa itu salah satu rukun solat, yang tidak dapat dibetulkan segera, maka solatnya tidak sah, dan solatnya wajib diulang semula.
  1. Jika imam terlupa Sujud Sahwi, makmum boleh Sujud Sahwiselepas imam memberi salam.

.

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Sesungguhnya Allah telah memaafkan kesalahan-kesalahan umat-Ku yang tidak disengaja, kerana lupa dan yang dipaksa melakukannya.” (Hadis Riwayat: Ibnu Majah, Baihaqi dll.)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Sujud Tilawah Sajadah (Klik Di Sini)
  2. Sujud Syukur (Klik Di Sini)
  3. Syaitan Takut Ayat Sajdah (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

By; shafiqolbu

.

 

About these ads

17 responses to this post.

  1. Posted by Black tulip on 25/09/2012 at 11:59 pm

    A’kum, … selama ini saya sangkakan sujud sahwi ni satu rakaat saja tapi rupa2nya 2 rakaat. Terima kasih atas info yang anda berikan.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sebenarnya Sujud Sahwi ni dilakukan sebanyak 2 kali sujud pada rakaat terakhir sebelum memberi salam.

      Reply

  2. Posted by fendy on 05/10/2012 at 11:14 pm

    Slm ustaz,,, sy ada brtanyakan sesuatu pada ustaz d dlm kolum sujud shukur… Tp masih tiada respon dari ustaz…. Tq.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Maaflah ana belum berkesempatan buatkan satu entry untuknya..

      Reply

  3. Posted by Mustika on 07/11/2012 at 10:10 am

    Terima kasih ustaz kongsi ilmu….

    Reply

  4. Posted by PlainDessert on 04/12/2012 at 7:32 pm

    Salam, selepas sujud kedua utk sujud sahwi – duduk dalam keadaam tahiyat akhir – adakah perlu membaca bacaan tahiyat akhir atau trus memberi salam?
    terima kasih
    Saya juga mohon copy info ini utk berkongsi di blog saya. terima kasih

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Tak perlu baca tahiyat akhir, terus saja memberi salam..

      Jangan lupa berikan juga kredit pada Blog Shafiqolbu…

      Reply

  5. Posted by Balqis on 05/05/2013 at 12:33 am

    Sekiranya waswas/terlupa sama ada kite baca atau tak selawat dlm tahiyat akhir kena buat sujud sahwi jugak ke?

    Reply

    • Bacaan tersebut adalah rukun wajib..Sekiranya baru teringat selepas beri salam dan masih berada di sejadah, teruslah baca tahiyat akhir tersebut kemudian diikuti sujud sahwi dan salam. Jika tempohnya telah lama baru teringat, maka perlu diulangi semula solat itu.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  6. Posted by profitless on 19/07/2013 at 3:43 pm

    Alhamdulillah…terima kasih

    Reply

  7. Posted by shahrulamin on 01/08/2013 at 8:09 am

    salam ustaz…bagaimana sekiranya seorang imam itu terlupa sujud yang kedua dalam rakaat kedua ketika solat isyak dan hanya menyedari setelah di beritahu seorang makmum pada keesokannya

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Perlu diulangi semula solat tersebut kerana telah menyalahi rukun… Sepatutnya makmum perlu memberi isyarat kepada imam ketika dalam solat lagi dan batal solatnya jika terus mengikut imam.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  8. Posted by khairul on 14/08/2013 at 5:04 pm

    assalamualaikum, macammana kalau kita terlupa untuk sujud sahwi, dan kita tersedar perkara tersebut lepas memberi salam thiyat akhir? mohon pencerahan

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Selepas salam terus lakukan sujud sahwi dan beri salam sekali lagi.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  9. Posted by hamba allah on 26/12/2013 at 10:02 pm

    assalamualaikum jika kita lupa baca surat al fatihah pada rakaat pertama jadi kita harus langsung melakukan sujud sahwi lalu berdiri lagi pada rakaat pertama.

    Reply

  10. Posted by Parkchinwye_exo on 29/06/2014 at 6:42 am

    Slm…..sye be rumor 13 tahun…sye igt klu telupe tahiyyatl jeee….alhamdulillah kpd yg x hafal lgi……

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,194 other followers

%d bloggers like this: