Sujud Rukun

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Sujud rukun adalah sujud yang dilakukan ketika mendirikan solat. Sujud ini wajib dan mesti dilakukan kerana ianya antara rukun yang mengesahkan sesuatu solat itu diterima atau tidak. Sujud pertama adalah sujud ketaatan, manakala sujud ke-dua sebagai tanda syukur kepada Allah SWT.

.

Firman Allah SWT:

فَاسْجُدُوا لِلَّـهِ وَاعْبُدُوا ۩ ﴿٦٢

“Maka hendaklah kamu sujud tunduk kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).”

(Surah Al-Najmi ayat 62)

 .

.

.

Bacaan Tasbih Sujud Rukun

 .

a)  Dalam bersujud diucapkan tasbih:

سُبْحًانَ رَبِّيَ اْلأعْلَى

Subhaana rabbiyal a’la

“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi!” (3x)

 .

b)  Atau:

سُبْحًانَ رَبِّيَ اْلأعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana rabbiyal a’la wa bihamdih

“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan dengan segala pujianNya.” (3x)

.

c)  Atau boleh juga membaca tasbih seperti:

 سبحانك اللهم ربنا وبحمدك اللهم اغفر لي

Subhaanakallaahumma rabbanaa wa bihamdika Allaahummaghfirlii

“Maha Suci Dikau, Ya Allah Tuhan kami dan dengan segala pujianNya, Ya Allah, ampunilah daku!”  (3x)

.

.

.

Bilangan Sujud Rukun

 

Dalam sehari semalam sujud rukun yang dilakukan adalah sebanyak 34 kali dalam solat-solat wajib yang didirikan, iaitu:

 

Solat

Bilangan Sujud Rukun

Subuh

4 kali

Zuhur

8 kali

Asar

8 kali

Maghrib

6 kali

Isyak

8 kali

Jumlah

34 kali

 

Sekiranya melakukan solat-solat sunat, maka bertambahlah lagi sujud rukun tersebut dan semakin dekatlah diri kepada Allah SWT.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Sujud Sahwi (Klik Di Sini)
  2. Sujud Tilawah Sajadah (Klik Di Sini)
  3. Sujud Syukur (Klik Di Sini)
  4. Syaitan Takut Ayat Sajdah (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

 

.

By; shafiqolbu

.

 

 

2 responses to this post.

  1. Tahniah.. terima kasih atas perkongsian ilmu.. minta izin untuk dikongsi

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sdr.Hisham berikanlah juga kredit Blog Shafiqolbu dan sampaikanlah pada sahabat2 lain..

      Reply

Leave a reply to Shafi-Q Cancel reply