Puasa Sunat Hari Asyura Dan Tasu’a Muharram

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.”   (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

.

Rasulullah SAW menggalakkan umatnya berpuasa pada hari Asyura. Sewaktu Nabi SAW berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.

 .

Rasulullah SAW bertanya: “Berpuasa apakah kamu  ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi SAW: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.”    (Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)

 .

Nabi SAW bersabda: Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.” (Musnad Baqi ibn Makhlad)

 .

Berpuasa sebaiknya didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 hb. Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja.

.

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن التاسع”…رواه مسلم

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan , pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).”  (Riwayat Imam Muslim)

.

Sabda Rasulullah SAW: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” Riwayat Al Baihaqi.

 .

Rasulullah SAW bersabda:  “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari setelahnya.”  (HR. Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)

.

Nabi SAW bersabda: “Tidak hanya manusia meraikan Asyura dengan puasa bahkan haiwan pun berpuasa. Di antara haiwan yang disebut berpuasa pada hari Asyura adalah burung ashurad, semut dan binatang buas.”   (Riwayat Abu Musa al-Madini, al-Fath dan al-Khatib).

.

.

 Niat Puasa

.

a.  Niat puasa hari kesembilan Muharam (Hari Tasu’a)  ialah:

 .

.

b.  Pada hari ke-10 Muharram (Hari Asyura) niat puasanya ialah:

.

.

.

Fadhilat Puasa Muharram

Kelebihan berpuasa pada bulan Muharam dapat dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.:

 .

1.  Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.”  (Hadis Riwayat Imam Muslim)

.

2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas)

.

3. Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.”  (Hadis Sahih)

.

4.  Sabda Rasulullah SAW lagi: “Siapa yang berpuasa tiga hari berturut-turut pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu pada bulan Muharam, nescaya Allah memberi pahala seperti beribadat 900 tahun.”  (Hadis Sahih)

.

5.  Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Berpuasa pada hari Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).

 .

6.  Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)

.

7.  Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat menampunkan dosa setahun yang lalu.”  (Riwayat Imam Muslim)

.

.

Zakat Puasa

.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:” لكل شيء زكاة ، وزكاة الجسد الصوم “…رواه ابن ماجه

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Setiap sesuatu itu ada zakatnya tersendiri, dan zakat badan kita ini adalah PUASA. ”  (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah )

.

وقال صلى الله عليه وسلم: صوموا تصحوا

Dan Rasulullah SAW pernah bersabda: “Berpuasalah kamu sekalian, nescaya kamu akan beroleh kesihatan.”

.

Maka marilah kita sama-sama berpuasa kerana ia adalah sunat muakkad (sangat dituntut), juga sebagai zakat badan dan menambahkan kesihatan tubuh.

.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

http://shafiqolbu.wordpress.com/

.

About these ads

38 responses to this post.

  1. Posted by shukor on 04/12/2011 at 8:18 pm

    minta izin untuk share yea..tq:)

    Reply

  2. Posted by Norhayati Derim on 16/10/2012 at 8:33 pm

    Assalamualaikum w.b.t…..Macam mana Niat puasa 1hb-8hb Zulhijjah ?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Berazam dan lintasan hati untuk berpuasa dalam hari2 awal Zulhijjah itu pun sudah memadai.

      Reply

  3. Posted by Aziz on 03/11/2012 at 9:53 pm

    Mohon utk saya copy artikel2 di blog utk amalan peribadi dan insyallah utk disebarkan. Terimakasih.

    Reply

  4. Posted by wanshah on 12/11/2012 at 10:09 am

    mohon untuk saya copy artikel2 di blog ini untuk saya mengamalkanya dan disebar kepada yang lain

    Reply

  5. Posted by Azian on 12/11/2012 at 11:50 am

    Terima kasih atas info.

    Reply

  6. Posted by eyana on 14/11/2012 at 4:24 pm

    salam,, mohon share.. ye sahabat..

    Reply

  7. Posted by mahani on 14/11/2012 at 7:26 pm

    Terima kasih, banyak yang saya pelajari melalui blog ini

    Reply

  8. Posted by azie on 15/11/2012 at 12:56 am

    kira esok boleh puasa la kan? guna niat puasa sunat Tasu’a :)

    Reply

  9. Mohon share di blog saya ya saudara :) Semoga kehidupan anda sentiasa diberkati Allah.

    Reply

  10. Posted by Norfarani on 15/11/2012 at 9:51 am

    Salam, saya copy ye..

    Reply

  11. assalamualaikum, boleh ke puasa 3 hari berturut-turut, pada hari jumaat,sabtu n ahad?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehhh… cuma elakkan berpuasa tunggal hari Jumaat sahaja, tanpa diiringi dengan hari sebelum atau selepasnya..

      Reply

  12. Posted by aizat on 19/11/2012 at 9:54 pm

    Contoh sy nak puasa hari ke 9 dan hari ke 10 utk tahun nie jatuh pada hari jumaat dan sabtu.. kalau sy puasa padaa khamis… dikira 3 hari berturut2 x?? Dan niatnya bagaimana??

    Reply

  13. Posted by LINDA on 21/11/2012 at 11:38 pm

    ASSALM ..MOHON SHARE..

    Reply

  14. Posted by roziaton on 22/11/2012 at 11:42 am

    Mohon share

    Reply

  15. Posted by Norain Binti Ramli on 22/11/2012 at 1:51 pm

    assalamualaikum
    nk tnye,sy dh trtinggal puase untuk hari khamis..boleh ke sy brpuase sunat Tasu’a dan Asyura?? sbb puase tasu’a jatuh ari jumaat..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Puasa sunat Tasu’a dan Asyura yang paling dituntut.. Norain puasalah pada hari Jumaat dan Sabtu.

      Reply

  16. Posted by rimayu on 23/11/2012 at 12:42 am

    Salam Ustaz … mohon share..

    Reply

  17. Assalamu’alaikum Wr Wb…
    Sangat bermanfaat tambahan ilmunya…
    saya minta izin untuk share..
    Makasih

    Reply

  18. Posted by redzuan afendi on 23/11/2012 at 9:37 am

    assalam ustaz ..ingin bertanya tentang artikel dibawah …..saya jadi keliru samada kita boleh berpuasa pada hari jumaat and sabtu atau tidak …..

    harap dapat membantu…

    http://abuaqif.blogspot.com/2011/11/hukum-puasa-hari-jumaat-dan-sabtu.html

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Diharuskan berpuasa pada hari Jumaat dan Sabtu..yang dilarang adalah pada hari JUMAAT sahaja.

      عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ” لا يَصُومَنَّ أَحَدَكُمْ يَوْمَ الجُمُعَةِ إلا أَنْ يَصُومَ يَوْمًا قَبْلَهُ أَوْ يَوْماً بَعْدَهُ “

      Daripada Abu Hurairah bahawasanya Nabi sallalahu alaihi wasallam bersabda, “Janganlah seseorang kamu berpuasa pada hari Jumaat kecuali dengan berpuasa sehari sebelum atau sehari selepasnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  19. Posted by ShaffAshraff on 23/11/2012 at 10:17 am

    Saya nak bertanya, kalau saya berniat puasa tasu’a pada 9 muharam jam 10.30 pagi (sebelum gelincir matahari), saya masih boleh berpuasa ke? Adakah sah puasa saya kerana saya baru tahu maklumat ni…. Terima kasih..

    Reply

    • Puasa sunat sah jika diniatkan sebelum masuknya waktu Solat Zuhur…maka eloklah Ashraff mula berniat puasa Tasu’a sekarang..

      Reply

  20. Posted by suria on 23/11/2012 at 10:44 am

    salam saudara…

    saya nak bertanya bolehkah puasa qadha ramadhan di niat kan sekali dalam puasa sunat2 yang lain.. spt contoh daku puasa qadha ramadhan serta sunat khamis kerana Allah Ta’ala…semuga mendapat jawapan kerana saya baru saja menemui blog saudara. t.kasih

    Reply

  21. Posted by Afifah on 23/11/2012 at 2:07 pm

    Assalamualaikum.
    Saya nak tanya, Saya selalu terlupa tarikh, jadi saya ingatkan hari ini 10 muharam oleh itu saya niatlah puasa hari asyura.
    Sekarang dah petang(pukul 2 ptg) dan baru saya tau harini 9 muharam, jadi saya cepat cepat niat tasu’a. Tapi puasa tasu’a saya ni sah ke? :\

    Reply

  22. Posted by yana on 23/11/2012 at 6:07 pm

    Assalamualaikum.nk tnya…mcm mna niat tuk posa shari slpas 10muharram.sbb,xnk bg sama ngn yahudi

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      NIAT PUASA BULAN MUHARRAM

      نويت الصوم في شهر محرم سنة لله تعالي
      Nawaitus shauma fi syahri Muharram sunnatan lillahi ta’ala.
      “Daku berpuasa sunat pada bulan Muharram kerana Allah Taala.”

      Reply

  23. Assalamualaikum….Ustaz…
    Mohon share

    Reply

  24. Posted by riza on 14/11/2013 at 12:17 am

    besok ya jangan lupa puasa… :-)

    Reply

  25. Posted by may jalil on 14/11/2013 at 1:00 am

    Assalamualaikum,mohon di izinkan share ya…

    Reply

  26. Assalamuallaikum,mohon izin share

    Reply

  27. Posted by murid sheikh google on 17/11/2013 at 11:04 am

    salam…blog ni bagus,saya banyak kemusykilan agama terutamanya berkaitan fekah…saya bnyk seach google untuk leraikan masalah saya..hampir setiap kali saya guna google untuk masalah fekah…akan muncul di result seach google blog syafiqolbu akan membantu.terima kasih…diharapkan syafiqolbu lebih giat dalam perjuang.1 nasihat saya…pastikan ilmu yg disampaikan benar2 sahih….satu cadangan saya,DIHARAPKAN SYAFIQOLBU BUAT SATU PAGE FACEBOOK.untuk memudahkan saya folow setiap post di blog ini. :D
    salam ukhwah

    Reply

  28. Posted by hanim on 30/10/2014 at 1:32 pm

    pada tahun ni asyura jatuh pada hari isnin 3/11,,, jadi adakah sy kena puasa 1,2 dan 3 /11/2013 mohon pencerahan

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,218 other followers

%d bloggers like this: