Warna Kegemaran Rasulullah SAW

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

warna rasulullah.

Selama ini kita mungkin hanya mengetahui bahawa warna hijau menjadi kegemaran Nabi Muhammad , sebagaimana tanggapan dan momokan sesetengah pihak bahawa hanya warna tersebut sahaja yang beridentitikan Islamik atau digemari Rasulullah .

 

Rasulullah  tidak pernah menetap dan menentukan sebarang warna untuk dipakai umatnya. Sebenarnya Baginda  turut menyukai warna hitam, putih (baidha’), kelabu dan pelbagai warna lain dalam urusan biasa.

Selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin berkata : Yang amat disukai oleh Nabi ﷺ ialah warna putih.”

Ketika beribadat Rasulullah  juga suka berpakaian putih, dan dalam urusan rasmi Baginda sering memakai pakaian hitam bagi menunjukkan kerendahan diri.

.

1.  Daripada Ja’far bin Amr bin Huraits r.a., dia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah  berpidato di hadapan umat, Baginda memakai serban hitam.” 

.

2.  Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: “Aku pernah melihat Nabi memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya…”

.

3.  Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah adalah hijau.”

.

4.  Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih.”

.

5.  Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata : “Pernah Nabi keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu.”

.

6.  Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya : “Pernah Rasulullah berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat.”

.

7.  Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, kelabu dan warna campuran.

.

8.  Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat : “Nabi menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya.

.

.

Semoga dapat dijadikan panduan dan manfaat bersama…

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Petikan oleh; shafiqolbu

sign s

.

.

About these ads

7 responses to this post.

  1. Posted by Aimee M on 22/01/2013 at 7:36 am

    AsSalam Tuan

    Mungkin tuan tersilap, gambar bunga mawar bewarna warni itu sering digunakan oleh pihak yang cenderong kepada cara hidup LGBT. Lebih molek kalau tidak dipaparkan langsung.

    Semoga diberkati sentiasa.

    Sent from my iPad

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Asalnya Ana berfikiran positif, bertujuan bagi menunjukkan multi colour pada bunga tersebut dan tidaklah berniat mempromosi LGBT….Walau bagaimanapun gambar itu telah didelete….

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  2. Reblogged this on refiyonyoggy.

    Reply

  3. assalamualaikum ustaz.. izinkan i share this post dalam my facebook…syukrann..

    Reply

  4. […] kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ﷺ pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan […]

    Reply

  5. Posted by hidayahfirdausi on 22/06/2013 at 11:16 pm

    Assalam ustaz..mohon share di akaun instagram ana.jazakallah:)

    Reply

  6. Posted by i am muslim on 27/07/2013 at 8:32 pm

    assalamualaikum ustaz.. izinkan sy share this post dalam my facebook..terima kasih

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,294 other followers

%d bloggers like this: