Al-Fatihah: Dr.Azli Paat Pakar IT Malaysia Meninggal Dunia

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

dr. azli paat.

Berita sedih menyelubungi dunia IT kerana Negara kehilangan seorang tokoh keusahawanan, pakar inovasi dan pakar teknologi maklumat  (IT), Dr. Azli Paat 46 tahun yang meninggal dunia di Segambut, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 7.00 malam tadi.

Menurut anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim Azli, 23 tahun, arwah mengalami demam panas sejak beberapa hari lalu telah menghembuskan nafas yang terakhir di samping keluarga di rumah mereka. Allahyarham juga meninggalkan seorang balu dan 10 anak, 6 lelaki dan 4 perempuan.

.

Kehilangan tanpa diduga Dr. Azli Paat yang digelar ‘Saintis IT’ itu amat memeranjatkan dan sangat dirasai ramai pihak. Secara peribadi, keistimewaan dimiliki Allahyarham telah berjaya menarik minat ana mengenali dan mempelajari dunia maya… Namun semua ini ketentuan dari Allah سبحانه وتعالى

إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un

“Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali.”

.

Al-Fatihah… Semoga roh arwah tenang bersemadi dan dicucuri rahmat Allah سبحانه وتعالى .

.

.

.

Sumbangan Allahyarham

.

Pemergian Allahyarham Dr. Azli Paat amat dirasai. Beliau merupakan sifu yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada masyarakat dalam selok belok dunia ICT. Beliau sering ember ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat di media massa, baik media cetak mahupun elektronik.

.

1.  Dr. Azli Paat merupakan pakar rujuk bagi beberapa rancangan IT di hampir kesemua stesen radio dan televisyen terutama dalam segmen yang membincangkan perihal ICT yang menyentuh tentang komputer, telefon bimbit, radio dan semua topik yang berkaitan ICT.

2.  Dr. Azli Paat adalah penggerak sistem pesanan ringkas (SMS) di negara ini dan juga merupakan individu yang memperkenalkan Kod DAPAT (32728) yang digunakan dalam ribuan perkhidmatan.

3.  Beliau juga merupakan pembangun dan pencipta serta yang menggerakan sistem Rakan Cop untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta system informasi ‘GOV’ yang lain.

4.  Beliau juga merupakan individu yang terbabit dalam pengwujudan sistem bersepadu mySMS 15888 untuk kerajaan Malaysia yang membolehkan pesanan tanpa sempadan di antara pelbagai syarikat telekomunikasi untuk perkhidmatan awam di Malaysia.

5.  Dr. Azli Paat adalah seorang ahli aktif Bulan Sabit Merah Malaysia, komponen tempatan Palang Merah Antarabangsa berkhidmat sebagai ketua unit sukarelawan pasukan CORE comms untuk kontinjen Malaysia. Beliau turut melibatkan diri membantu menyelaras mangsa-mangsa Bencana Tsunami di Aceh.

6.  Sejak 2009, beliau adalah pengasas dan penaja Hamfest Malaysia (kini dalam tahun ke-3), perhimpunan tahunan peminat Radio Amatur yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.

7.  Dr. Azli Paat juga merupakan ahli lembaga dan Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah-Alih Malaysia serta Timbalan Presiden Dapat Vista yang mengasas sistem DAPAT bagi mengendali meja mengelolakan soalan dan aduan melalui sistem Rakancop.

8.  Terkini Dr. Azli Paat giat memperkenalkan produk/perkhidmatan terbaru beliau yang di panggil ADACODE. Adacode System Sdn Bhd juga telah diumumkan sebagai penerima ‘Anugerah Yang Terbaik Antara Yang Terbaik’ (Best Of The Best) Perdana Menteri MSC Malaysia Asia Pasifik ICT Alliance (APICTA) 2012.

azli paat

.

Allahyarham Dr. Azli Paat mula dikenali ramai sebagai pakar rujuk bidang IT melalui pembabitannya dalam rancangan IT di KLFM sekitar tahun 90an. Kebolehannya untuk memberi ulasan dan penjelasan tentang IT dalam bahasa yang mudah difahami telah menjadikan Allahyarham seorang pakar rujuk yang mempunyai ramai pengikut. Ditambah pula beliau tidak sombong, senang diajak berbicara dan sempoi. Dikalangan rakan-rakanya, Azli merupakan seorang yang kurang tidur kerana sering ke udara melalui corong radio sama ada di tengah malam, dinihari mahupun tengahari.

.

Jenazah Allahyarham Dr. Azli Paat akan dibawa dan dikebumikan setelah selesai bedah siasat di Hospital Selayang di kampong halamannya, Pedada Kuning, di Batu Pahat, Johor hari ini (Khamis).

.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah… moga mereka semua dirahmati dan Semoga Allah سبحانه وتعالى menempatkan roh arwah di kalangan orang-orang yang beriman dan golongan solehin…. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Azli Paat…

Al-Fatihah…

Aminnn..

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

About these ads

3 responses to this post.

  1. Posted by amoba1331 on 07/02/2013 at 4:51 pm

    Al-fatihah..

    Reply

  2. Posted by Ward on 24/02/2013 at 10:27 am

    Mula mengenali Allahyarham semasa bekerja sebumbung di Television Airtime Services, Glenmarie pd 2001. Tidak sombong, bongkak dsbnya. Tak lekang dgn senyuman. Manusia Super Creative!! Kalau tak silap saya, beliau merupakan SATU-SATUNYA ANAK MELAYU yg pernah bekerja dgn NASA di Amerika Syarikat. Dulu, pernah seorang pakar IT Mat Salleh berkata kpd saya “HE’S AMONG THE WORLD GENIUS IN IT” sambil menudingkan jari di belakang arwah Azli Paat. System Administrator UNIX dsbnya. Al-Fatihah utk arwah Azli Paat.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah atas info Akhi Ward…

      Memang benar.. insan segenius dan semulia arwah Azli Paat amat sukar dicari ganti…

      إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

      Allah SWT Maha Mengaturkan segalanya agar menjadi cabaran kepada kita bagi menggali dan menuntut segala ilmuNya yang ada..

      Jazakallahu Khairan Kathiran

      Al-Fatihah…

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,054 other followers

%d bloggers like this: