Cara Menukar Kalendar Masihi ke Tarikh Hijrah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Ramai yang masih tidak mengetahui bilakah tarikh sebenar mereka dilahirkan dalam bulan Islam / Hijrah kerana kebanyakan dari kita hanya mengambil tahu tentang hari kelahiran menggunakan kalendar masihi sahaja dan cuma segelintir dari kalangan kita sahaja yang tahu bila sebenarnya tarikh lahir mereka mengikut kalendar Hijrah Islam.

Tidak kurang juga ada yang bersedih dalam bulan Februari ini terutama mereka yang dilahirkan pada 29 Feb… kononnya hanya dapat meraikan ulang tahun kelahiran 4 tahun sekali. Masalah ini boleh di selesaikan melalui Takwim Islam iaitu kiraan tarikh berdasarkan peredaran bulan (Qamariah).

 .

Terdapat suatu perisian mudah dari web Islamicity bagi menukarkan sesuatu tarikh daripada Kalendar Masihi kepada Kalendar Hijrah. ‘Converter’ ini memboleh dan memudahkan antum ketahui tarikh lahir dan juga mengesan tarikh2 yang penting ke dalam bulan Islam / Hijrah. Antaranya :~

  • Tarikh kelahiran ahli keluarga
  • Tarikh kelahiran kenalan
  • Tarikh pertunangan
  • Tarikh pernikahan
  • Tarikh perkhwinan
  • Tarikh perkhwinan
  • Tarikh pindah rumah
  • Tarikh kematian dsb.

 .

.

 Cara Tukar Tarikh Masihi Ke Hijrah

 .

Bagaimana untuk mengetahui bilakah tarikh2 tersebut mengikut kalendar Hijrah? Jom kita tengok bersama. Antum cuma perlu klik pada link/pautan di bawah ini :~

Klik Di Sini atau pada gambar berikut:~

converter hijri SQ

.

 Bagi mengelakkan kekeliruan dengan nama-nama bulan, rajah berikut boeh dijadikan panduan:

 .

Bulan Hijriah

nama bulan hijrah SQ.

Selamat mencuba!!

 .

Berbeza

Ada kalanya terjumpa tarikh Hijrah yang berbeza atau berselisih satu hari di antara sesuatu laman web dan jangan terkeliru kerana ia dikira berdasarkan ‘Hilal’ di tempat masing-masing. Contohnya akhir Ramadhan di Malaysia jatuh pada 29 Ramadhan, tetapi bagi tahun tersebut jika disemak di internet kemungkinan di negara Asia Barat tarikhnya sehingga 30 Ramadhan dan kekadang terjadi sebaliknya.

 .

Tanggungjawab

Sesetengahnya begitu teruja kerana rupa-rupanya baru tahu mereka dilahirkan dalam bulan mulia iaitu pada bulan Syawal atau Ramadhan. Bagi yang menghargai, tentu rasa terharu bagaimana pengorbanan seorang ibu beraya di hospital atau dalam keadaan berpantang melahirkan antum…

Sekiranya terdapat ibu yang sedang uzur atau telah meninggal dunia, risik-risiklah pada saudara-mara kerabat terdekat sama ada sudah diqadha puasa dan di bayar fidyahnya. Jika belum, maka sebagai anak dan kini setelah besar panjang dengan kedudukan kerjaya dan ekonomi yang baik, adalah menjadi tanggung jawab antum semua melunaskannya bagi menyempurnakan amal ibadah mereka yang tertangguh.

 .

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad bersabda:

إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ

“Apabila meninggal seseorang anak Adam itu, maka akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak soleh yang mendoakan untuknya.”  (Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Sejarah Awal Takwim Dunia Islam (Klik Di Sini)
  2. Maksud Asal Nama Bulan-Bulan Islam  (Klik Di Sini)
  3. Sifat Anda Dalam Kalendar Hijrah  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Petikan oleh; shafiqolbu

sign s

.

.

About these ads

5 responses to this post.

  1. Posted by shamshana on 28/02/2013 at 9:54 am

    tq shafiqalbu…w/pun sblm nie sy dah tau tarikh lahir sy mgikut klendar islam tp dgn perkongsian ini lbh menyakinkn sya dgn tarikh tersebut..umo pown jd berbeza…pastu leh semak tarikh lahir utk family sy jgak…

    Reply

  2. Posted by iluvislam on 09/03/2013 at 5:21 pm

    salam , tq sbb sdia aplikasi ni. & ana nk kongsi sbenda… subhanallah. ana bru dapat tahu trikh kelahiran ayah ana menurut islam adalah 1 ramadhan 1368H. jatuh pula hari isnin.. 1 tarikh yg sungguh barakah!

    Reply

  3. Posted by nur on 12/05/2014 at 11:02 pm

    terima kasih. :)

    Reply

  4. Posted by haziq on 29/07/2014 at 1:22 am

    assalamualaikum shafiqolbu ..
    sy nk tanya,tarikh lahir sy yg sebenarnya 1 sha’aban atau 2 sha’ban ??
    sy lahir 5/2/1992.. keliru skit la.. hihi

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Inilah antara masalah yang sering dihadapi disebabkan perbezaan kenampakan hilal di setiap negara pada setiap awal bulan… maka antara penyelesaian untuk mendapatkan tarikh tepatnya boleh rujuk kepada arkib akhbar tempatan.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,294 other followers

%d bloggers like this: