Sukses Dunia Akhirat : Sahabat Bertanya, Rasulullah SAW Menjawab

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allah8.


Berjaya Di Dunia, Bahagia Di Akhirat!

.

Hadis Muthahharah

Dari Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu’anhu telah menceritakan bahawa :

“Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah yang mana dia menyatakan tujuannya;  “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatanganku ini adalah untuk bertanya kepada engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.”

 

Maka Baginda telah berkata kepadanya, “Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Dia berkata : “Aku mahu menjadi orang yang alim.”
Baginda menjawab : “Takutlah kepada Allah سبحانه وتعالى maka engkau akan jadi orang yang alim.” 

Dia berkata : “Aku mahu menjadi orang paling kaya.”
Baginda menjawab : “Jadilah orang yang yakin pada diri engkau maka engkau akan jadi orang paling kaya.”

Dia berkata : “Aku mahu menjadi orang yang adil.”
Baginda menjawab : “Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia.”

Dia berkata : “Aku mahu menjadi orang yang paling baik.”
Baginda menjawab : “Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.” 



Dia berkata : “Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah سبحانه وتعالى.” 
Baginda menjawab : “Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah سبحانه وتعالى.”

 

Dia berkata : “Aku mahu disempurnakan imanku.” 
Baginda menjawab : “Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna.”

Dia berkata : “Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).”
Baginda menjawab : “Beribadatlah kepada Allah سبحانه وتعالى seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin.” 

Dia berkata : “Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat.” 
Baginda menjawab : “Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.” 

 

Dia berkata : “Aku mahu berjumpa Allah سبحانه وتعالى dalam keadaan bersih daripada dosa.”

Baginda menjawab : “Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah سبحانه وتعالى dalam keadaan suci daripada dosa.”

Dia berkata : “Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya.” 
Baginda menjawab : “Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya.” 



Dia berkata : “Aku mahu dikasihi oleh Allah سبحانه وتعالى pada hari qiamat.” 
Baginda menjawab : “Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah سبحانه وتعالى akan mengasihanimu pada hari qiamat.” 

 

Dia berkata : “Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”
Baginda menjawab : “Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan( kurangkan ) segala dosamu.” 

 

Dia berkata : “Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia.
Baginda menjawab : “Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.” 



Dia berkata : “Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.
Baginda menjawab : “Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah  سبحانه وتعالى nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia.” 

 

Dia berkata : “Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah سبحانه وتعالى. 
Baginda menjawab : “Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah سبحانه وتعالى akan memurahkan rezeki kepadamu.” 

Dia berkata : “Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah سبحانه وتعالى dan rasulNya.”
Baginda menjawab : “Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah سبحانه وتعالى dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai.”

 

Dia berkata : “Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah سبحانه وتعالى pada hari qiamat.

Baginda menjawab : “Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah سبحانه وتعالى dan rasulNya.” 



Dia berkata : “Aku mahu diterima segala permohonanku.”
Baginda menjawab : “Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya.” 

Dia berkata : “Aku mahu agar Allah سبحانه وتعالى menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat.
Baginda menjawab : “Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah سبحانه وتعالى akan menutup keaibanmu pada hari qiamat.” 

 

Dia berkata : “Siapa yang terselamat daripada dosa? 
Baginda menjawab : “Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan.” 

Dia berkata : “Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah سبحانه وتعالى?
Baginda menjawab : “Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).” 



Dia berkata : “Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah سبحانه وتعالى?
Baginda menjawab : “Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.” 

Dia berkata : “Apakah yang meredakan kemurkaan Allah سبحانه وتعالى di dunia dan akhirat?

Baginda menjawab : “Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang.” 

Dia berkata : “Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?

Baginda menjawab : “Sabar di dunia dengan bala dan musibah.”

.

.

Berdasarkan kepada cerita di atas, semoga atum semua memperolehi sesuatu nilai positif dan betapa perlunya kita menanamkan sifat zuhud dalam kehidupan.

“Apabila Allah سبحانه وتعالى menghendaki kebajikan pada seorang hamba, nescaya dizuhudkannya di dunia, digemarkannya akan akhirat dan diperlihatkan akan kekurangan dirinya.” (Ad-Dailami)

.

Zuhud adalah memenuhi keperluan semasa iaitu mengambil dunia hanya sekadar rezeki yang cukup baginya (Qanaah). Tujuannya hanya untuk melepasinya sahaja dan mengambil akhirat sebagai tempat harapan dan kehidupan yang sebenar dan ia mengawal apa yang nafsu mahukan di dunia ini dengan tidak terkilan jika tidak dapat merasa kekayaan yang ditonjolkan di sini.

.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

لِّكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ ۗ وَاللَّـهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ ﴿٢٣

“(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah lenyap daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”  (Surah Al-Hadid 57: Ayat 23)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

 sign s

.

.

.

About these ads

2 responses to this post.

  1. Posted by Nazatul on 09/03/2013 at 12:51 pm

    Slm tuan,

    Nk tahu bole kah kite mohon syafaat nabi muhammad SAW dlm solat kite, dan adakah
    bole tuan nyatakan bagaimana doa2 tersebut.

    Sekian, terima kasih.

    Reply

  2. Assalam..
    Seronok baca blog saudara..
    Teima kasih..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,266 other followers

%d bloggers like this: