KJ: Bahaya Lidah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Awasi Lidah, Jaga Lidah

.

Khutbah Jumaat: Bahaya Lidah

 

http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2012/12/kj-pembuka-1.jpg?w=570

kj lidah 1kj polis 1a

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabdian diri kita kepada-Nya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan pada hari yang penuh berkat ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah: “BAHAYA LIDAH ”.

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Manusia dianugerahkan dengan kesempurnaan anggota tubuh badan oleh Allah SWT sebagai satu nikmat. Sudah tentu anugerah ini mempunyai nilai tertentu dan semestinya ia dipelihara dengan sebaiknya. Contohnya ketika berkomunikasi, samada melalui media massa, media cetak, internet, mahupun melalui ceramah secara terbuka. Antara anugerah yang besar ialah lidah, di mana manusia boleh bercakap dan berbicara sebagai alat komunikasi.

 .

Kadang kala dalam keghairahan ini, kita lupa akan batas batas agama serta dosa dan pahala sehingga kita sanggup menjatuhkan dan mendedahkan keaiban seseorang termasuklah melakukan fitnah. Dan yang lebih dasyat lagi, ada yang sanggup mencipta berita palsu, dokumen palsu dan disebarkan melalui internet dan media sosial hanya semata-mata untuk mencapai kemenangan. Mimbar yang mulia ini ingin berpesan kepada umat Islam sekalian bahawa sebagai seorang Islam yang takutkan Allah dan percayakan hari akhirat kita hendaklah menjaga akhlak dan adab adab kita ketika berkempen.

.

Ingatlah, niat kita tidak boleh menghalalkan cara sebagaimana yang disarankan dalam firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 11:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ‌ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرً‌ا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرً‌ا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ ﴿١١

Bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim.

.

Bagi mendepani kempen secara berhikmah, mimbar yang mulia ini ingin menyatakan beberapa prinsip-prinsip yang perlu ada pada diri seorang Islam antaranya ialah,

Pertama: Janganlah berkomunikasi dengan cara merendahkan dan mencaci maki orang lain, kerana Allah SWT lebih mengetahui siapa yang lebih baik antara kita

Kedua: Jangan mendedahkan keaiban seseorang atau menyebarkan keburukan seseorang atas alasan demi kebenaran, kerana perkara ini tidak dianjurkan oleh agama, malah Allah SWT menempelak golongan yang suka mendedahkan orang lain. Sabda Rasulullah SAW: kj lidah 3Bermaksud: Tidak menutup seseorang akan keaiban orang lain melainkan Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.” (Riwayat Muslim)

Ketiga: Janganlah mengelar seseorang dengan gelaran yang buruk terutamanya sesama umat Islam kerana ianya boleh mendatangkan dosa dan membawa kepada kefasikan.

Keempat: Jauhilah dari berprasangka buruk kerana ianya mendatangkan dosa, seandainya sesuatu berita itu sampai kepada kita, maka hendaklah ianya disemak terlebih dahulu tentang kesahihannya. Janganlah kita menjadi agen penyebar fitnah dan berita palsu kepada masyarakat.

Kelima: Janganlah kita mengintip dan mencari kesalahan orang lain. Ingatlah bahawa Islam menyuruh mencegah kemungkaran seiring dengan suruhan melakukan kebaikan.

Keenam: Menjaga lidah dan tutur bicara kita agar tidak mendatangkan kemarahan orang lain. Mimbar ingin mengingatkan bahawa segala tutur bicara kita di dunia ini di bawah perhitungan Allah SWT dan akan dibentangkan di akhirat.

Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat 49:

وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَ‌ى الْمُجْرِ‌مِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَـٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ‌ صَغِيرَ‌ةً وَلَا كَبِيرَ‌ةً إِلَّا أَحْصَاهَا ۚ وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرً‌ا ۗ وَلَا يَظْلِمُ رَ‌بُّكَ أَحَدًا ﴿٤٩

Maksudnya: Dan Kitab-kitab Amal dibentangkan, maka engkau akan melihat orang yang berdosa itu merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau besar, melainkan semua dihitungnya! Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu ada tertulis di dalamnya. dan ingatlah Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun.

.

Suatu hari seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata: “Ya Rasulullah! Sungguh si fulanah itu terkenal banyak sembahyang, puasa dan sedekahnya. Akan tetapi juga terkenal jahat lidahnya terhadap jiran tetangganya”. Maka berkatalah Rasulullah SAW kepadanya, “Sesungguhnya ia termasuk ahli neraka”. Kemudian lelaki itu berkata lagi, Kalau si fulanah yang satu lagi terkenal sedikit sembahyang, puasa dan sedekahnya, akan tetapi ia tidak pernah menyakiti jiran tetangganya. Maka Rasulullah SAW berkata: Sungguh ia termasuk ahli syurga . (Riwayat.Muslim)

.

Kisah dalam hadith ini memberi pengajaran tentang bahayanya lidah yang boleh menjerumuskan kita ke dalam neraka. Ingatlah, walaupun seseorang itu ahli ibadah, banyak solat dan puasa akan tetapi apabila ia tidak mampu menjaga lidahnya dari memfitnah, berbohong, mencaci maki, pastinya rosaklah amalannya. Fikirkanlah, bolehkah seseorang itu dianggap sebagai ilmuan atau pemimpin jika fitnah, umpatan dan caci maki menjadi mainan di bibir?.

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Ingatlah bahawa dalam banyak-banyak anggota, lidahlah yang paling banyak kesalahan yang melibatkan sesama manusia. Kenapa lidah kita amat mudah untuk melakukan kesalahan dan mendatangkan dosa?. Itulah persoalan yang perlu ditanya diri kita pada hari ini.

.

Imam al-Ghazali pernah berkata: “Menerusi lidah akan berlakulah pendustaan atau pembohongan, buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, bertelingkah, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan.”

Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.

 

Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh menghumban kita ke neraka.

.

Percayalah, untuk hidup dalam suasana yang tenteram, aman dan damai, hendaklah diawasi lidah kerana melalui lidah tutur kata akan menjadi lebih benar, beradab dan bahasanya lebih bersopan. Sikap tidak menjaga lidah bukan sahaja menimbulkan kemarahan orang yang mendengarnya, malah menimbulkan implikasi buruk kepada hubungan sesama manusia.

.

Mimbar ingin menegaskan gunakanlah lidah kita untuk berkata sesuatu yang baik dan benar serta tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita berdiam sahaja kerana itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa.

 .

Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud.: Siapa beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam. (Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

 .

Tariklah nafas keimanan. Bayangkanlah, apakah yang akan berlaku kepada agama Islam dan  negara tercinta jika amalan fitnah dan caci maki menjadi medium utama untuk berkempen?.

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar yang mulia ini ingin berpesan bahawa kehidupan bermasyarakat dan bernegara hendaklah berteraskan nilai nilai akhlak dan nilai budaya yang bertamadun. Renungkanlah, berapa ramaikah antara kita yang sentiasa bermuhasabah akan tutur katanya?

.

Ingatlah segala amalan kita akan diperhitungkan dan semuanya terserah kepada neraca keadilan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. lngatlah wahai muslimin sekalian bahawa setiap pergerakan dan ucapan kita sentiasa diawasi oleh dua malaikat iaitu Raqib dan Atid.

.

Elakkan daripada terjerumus ke dalam dosa termasuk melemparkan tuduhan, menyebarkan fitnah, prasangka buruk serta bercakap bohong. Setiap apa yang diucapkan pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Hanya perkataan-perkataan yang diredai Allah akan dicatat, manakala perkataan-perkataan yang mendatangkan kebencian Allah akan dicatat atas kemurkaan-Nya sampai hari kiamat.

.

Ingatlah nilai dunia tidak lebih seperti sebelah kepak nyamuk, kekuatan dunia tak lebih dari sarang labah-labah. Kampung akhirat jua la yang kekal selama-lamanya. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8:

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّ‌ةٍ خَيْرً‌ا يَرَ‌هُ ﴿٧﴾ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّ‌ةٍ شَرًّ‌ا يَرَ‌هُ ﴿٨

Bermaksud: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).

.

.

.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Bahaya Lidah

(19 April 2013 / 8 Jamadilakhir 1434H)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,818 other followers

%d bloggers like this: