Sejarah Dan Hukum Sambutan Hari Ibu

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

‘Hari Ibu’ disambut pada Ahad ke-2 bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk masyarakat di Malaysia. Secara umumnya umat Islam tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Tahukah anda sejarah bermulanya ‘Hari Ibu’?

.

Asal Usul Sambutan Hari Ibu

.

Eropah

Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.

Orang Rom Purba juga menyambut suatu perayaan yang bernama Matronalia bagi memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

Orang-orang Greece pula menganggap ‘Hari Ibu’ sebagai perayaan musim bunga dan penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai “Mothering Sunday”. Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Perayaan ini bersamaan hari kenduri Persembahan Nabi Isa di Kuil dalam mazhab Ortodoks Timur. Oleh sebab Theotokos (Ibu Tuhan) amat penting dalam perayaan ini kerana membawa Christ ke Kuil Jerusalem, perayaan ini dikaitkan dengan ibu. Namun begitu, kini ramai orang Greece cenderung menyambut Hari Ibu mengikut negara Barat yang lain.

Dalam tempoh tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

 .

.

Amerika Syarikat

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi “The Battle Hymn of The Republic” (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan “Hallelujah” dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother’s Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

 .

.

Asia

Hari Ibu juga disambut pada hari yang berbeza-beza di sebelah Asia kerana berbagai macam sumber asal-usulnya. Di China, Hari ibu disambut sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius. Di Thailand dirai sempena hari keputeraan Ratu Sirikit Kitiyakara pada 12 Ogos. Manakala 1 Jun di Mongolia adalah Hari Ibu dan pada Kanak-kanak Sedunia juga disambut serentak. Mongolia adalah satu-satunya negara yang menyambut Hari Ibu dua kali setahun.

.

.

.

Hari Ibu Haram?

.

Haram

Para ulama berselisih pandangan mengenai persoalan hukum meraikan ‘Hari Ibu’ ini. Sesetengah ulama mengatakan ianya bersifat bid’ah atau berdosa malahan ada yang ‘extreme’ sehingga mengharamkannya. Memang benar ianya bid’ah dan haram sekiranya itikad dan niat untuk meniru dan meraikan budaya-budaya di atas.

.

Harus

Manakala Profesor Tafsir dan Ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar, Dr Muhammad Bakar Ismail, berpandangan sambutan Hari Ibu adalah harus kerana meraikan serta memuliakan ibu seperti pada Hari Ibu adalah bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat.

Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kemurnian dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini.

.

Manakala jika adat ini lahir daripada perkara sebaliknya, dan melakukannya juga membabitkan perkara yang buruk dan dilarang Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.

Jika dilihat dari segi keharusan sambutan ini, ia lebih banyak membawa kebaikan. Pertamanya, sesuatu perbuatan itu mestilah disertakan dengan niat yang baik. Walaupun amalan itu pada asasnya harus, namun ia boleh menjadi haram apabila disertai niat yang bertentang syariat.

.

.

Doktrin Barat

Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi: “Hari Ibu ini timbul kerana pihak orientalis atau doktrin barat memikirkan inilah cara terbaik untuk menarik minat anak remaja barat menghormati orang tua mereka.” 

 

Umumnya kita tahu masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan dan mengkhususkan hari-hari tertentu dapat memupuk remaja mereka menyayangi dan menghormati orang tua mereka.

.

Di sini, ditakuti orang Islam mengikut budaya barat ini secara buta-tuli dari segi cara sambutan dan adab pergaulan ketika sambutan serta tidak mempedulikan nilai Islam dalam meraikannya.

.

.

Persoalan

Kenapa perlu diadakan atau diiktikadkan hanya satu hari untuk hari ibu??? Adakah satu hari itu  saja dia jadi ibu kita?  Adilkah kita perlakukan begitu kepada insan yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari, kemudian berjerit perih dan bertarung nyawa melahirkan kita, seterusnya berjaga malam menjaga ketika sakit kemudian memenuhi apa saja kehendak kita bagai menatang minyak yang penuh, tiba-tiba kita hanya meraikan kemulian mereka hanya sehari. Hari-hari lain, kita diam membisu, tidak menghubungi dan tidak ada lagi penghargaan buat ibu.

.

Firman Allah SWT :

17:23

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).  (Surah al-Isra’, ayat 23)

.

.

Solusi

.

Kedudukan ibu sangat mulia di sisi Islam. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh ibu demi membesarkan kita. Sepatutnya disambut hari ibu sekerap mungkin… setiap hari, minggu, setiap bulan dan tahun kerana hari ibu memang sewajibnya setiap hari… Raikanlah dengan setulus ikhlas terhadap insan mulia tersebut…

Dengan termaktubnya ‘Hari Ibu’. Seharusnya dijadikan hari peringatan atau perayaan terhadap peranan seorang ibu dalam keluarganya, baik untuk suami, anak-anak, mahupun sesama manusia.

Ada bagus dan baiknya diadakan sambutan hari ibu ini, sekurang-kurangnya boleh juga menyedarkan ‘Si Tanggang Moden’ yang sibuk dengan sahabat, rakan perniagaan atau tugas seharian dan orang ramai akan lebih mengenang dan menghargai jasa pengorbanan ibu..

.

.

Hak Ibu

Pengorbanan ibu kepada anak itu tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit dan kemewahan semata-mata. Oleh itu, wajib anak berbuat baik dan berbakti kepada ibu mereka terutama selepas meningkat dewasa dan bukannya menjadi anak yang ‘seperti kacang lupakan kulit’.

.

Firman Allah SWT:

31:14

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (supaya berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu.” (Surah Lukman, ayat 14)

.

Islam meletakkan ibu ditempat yang paling selayaknya, begitu juga dengan bapa. Jika Syurga Ibu/isteri di bawah kaki Ayah/suami, tetapi dengan keinsafan yang lebih menebal.. tanpa ibu, siapalah kita… ‘Syurga anak itu adalah di bawah tapak kaki Ibu’.

.

Seorang ibu berhak mengambil haknya terhadap anak-anaknya dan seseorang anak itu tidak boleh langsung mempertikaikan hak ibu dan bapa mereka terhadap dirinya. Jihad adalah perkara paling utama dalam Islam, namun kerana Ibu, jihad menjadi tempat kedua bagi seorang anak.

.

Perkara ini dikatakan sendiri oleh Rasulullah ketika ada seorang sahabat yang bernama Jahimah bertemu baginda untuk bertanyakan pandangan untuk ikut serta dalam ekspedisi jihad. Rasulullah bertanya, “Adakah kamu masih mempunyai ibu?” Jahimah menjawab:“Ya.” Lalu Rasulullah bersabda, “Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.” (Shahih Sunan al-Nasai, no: 3104)

.

.

.

Sambutan Hari Ibu

.

Sambutan Hari Ibu adalah tanda pengiktirafan anak terhadap pengorbanan ibu kepada mereka dan sambutan yang dianjurkan bertujuan membahagiakan ibu.

Firman Allah SWT :

  وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ

 “Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23) 

.

Peringatan dan perayaan boleh dilakukan dengan membebas atau meringankan tugas ibu dari kerja domestik harian yang dianggap kononnya merupakan kewajibannya, seperti mendidik, menghantar anak-anak ke sekolah, memasak, mengemas dan urusan rumah tangga lainnya.

.

Hari Ibu juga boleh menjadi wasilah untuk merapatkan hubungan anak dengan ibu bapa serta mengeratkan hubungan sesama adik-beradik. Sebagai hari istimewa, semua ahli keluarga berkumpul dan dari situ terbitlah ikatan erat dan melahirkan suasana penuh kasih sayang sejati, saling mencintai antara satu sama lain.

.

Sambutan Hari Ibu yang memenuhi tuntutan Islam antaranya, sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah SWT dan tidak bersifat membazir. Di samping itu, sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan solat berjemaah bersama ahli keluarga, mengadakan majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana mahabbah.

.

Oleh itu, penting bagi masyarakat Islam membetulkan niat terlebih dulu dalam meraikan sambutan Hari Ibu ini supaya sambutan dirahmati dan tidak terkeluar daripada landasan syariat Islam yang digariskan Allah SWT untuk hambaNya.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Berbaktilah Kepada Ibu Sebelum Ajal Menjemput  (Klik Di Sini)
  2. Si Gadis Mimpi Jumpa Ibu Dalam Neraka (Klik Di Sini)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Oleh: ‘shafiqolbu’

.

About these ads

27 responses to this post.

  1. Posted by hanie on 11/05/2012 at 2:27 pm

    minta izin share

    Reply

  2. Posted by faiz on 14/05/2012 at 9:42 am

    mohon copy utk mgurai permasalahan skrang

    Reply

  3. Posted by mr.F on 14/05/2012 at 11:27 am

    assalam, sy menghormati pandangan sesetengah pandangan alim ulamak yang mengharamkan hari ibu.. Ilmu agama sy amat sedikit kalau nak banding dgn alim ulama semua namun saya tak setuju meletakkan ia dalam kategori HARAM. berikut pandangan saya :

    1. islam mengajar umatnya menghargai/menyayangi ibu setiap masa sepanjang hayat..setiap hari sy mendoakan kan kesejahteraan, memohon diampunkan dosa ibubapa dan keluarga kepada Allah..itu cara kita menghargai mereka secara ‘rohani’.
    Tetapi dalam setahun, berapa kalikah kita menghargai nya secara ‘zahir’? yakni melalui perbuatan spt belanja makan, hadiah & etc..dan kalau ada sekalipun, adakah kita rasa betul2 ikhlas?
    Dalam setahun, berapa kalikah kita melukakan hati ibu kita secara sedar or tak sedar?

    2. saya rasa yang menjadi issue di sini ialah tarikh sambutan Hari Ibu yang dikatakan terdapat unsur2 kristian tetapi yang saya tahu, lain negara lain tarikh sambutan nya..lainlah April Fool or Christmas yang tarikhnya memang fix..

    3. Hari ibu, hari bapa, hari guru, earth day & sebagainya adakah semua ini ada unsur kristiniti?

    Yang penting di sini ialah NIAT. apa2 perkara yang kita buat kerana ‘Lillahi Ta’ala’ dan ikhlas. bagi sy, Takde salahnya menyambut asalkan tidak mengikut cara dan budaya barat, ikut cara kita, cara islam.

    assalamualaikum :)

    mr.f

    Reply

    • Waalaikumussalam..

      Alhamdulillah, seperti yang telah ana tuliskan dalam post ‘Hari Ibu’ tersebut..

      Reply

    • Posted by mrs.f on 16/05/2012 at 2:37 pm

      saya pun setuju dengan mr.f

      Reply

    • Posted by Putra Ferio on 09/05/2014 at 7:27 pm

      Mr.f on…dya dh nyatakan kt ats tu…yg extrem mengharam kn…dlm erti kata lain…xperlu tetapkn tarikh utk smbut hri ibu..hari2 pn boleh..TAPI jgn tiru gaya org barat seperti menyembah2 bagai…sbb sy rasa sy dh faham artikel yg dya tulis…ada benar nya dosa kita kalu kita utama kn ibu n membelakang yg mha esa…jd raikan dgn kadar yg sederhana…

      Reply

    • Posted by umar on 11/05/2014 at 12:42 pm

      Dlm islam tiada sambutan hari ibu.

      Reply

  4. izin share y,,sngat bermanfaat^^

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jangan lupa berikan juga backlink / kredit pada Blog Shafiqolbu…

      Reply

  5. Kita selaku manusia pada dasarnya harus banyak membaca. bukan mengikuti Bide’ah yang berbudaya pada hal-hal yang tidak patut untuk di perdebatkan. kita yang menganut faham Ahlusunah wal Jamaah dll. jika tidak sesuai dengan kita kenapa harus ikut-ikutan. berbicara peraturan yang di buat manusia tidak ada kebenaran yang mutlak tetapi hanya kebenaran Allah lah yang benar. bila dikaji dari sudut pandang Filsafat “tidak ada kebenaran pada manusia apa bila tidak ada kesepakatan” Sedangkan bagi Allah Kebenaran tidak perlu untuk kesepakatan fahamkan itu, kita umat Islam jangan pernah menjadi munafik dalam mejalani kehidupan selama di dunia yang pana ini, berbicara hari ibu haram atau tidak kenapa haru diperdebatkan sedangkan Aq-Quran dan Hadis tidak mengatakan Peringati hari ibu, yang ada saya baca Hormatilah kedua orang tuamu, bahkan Rasullullah saja tidak pernah merayakan Hari Ibu pada tanggal 22 desember. Perlu anda ketahui saudaraku yang seagama Bideah itu terjadi karna pintu kebodohan kita terbuka lebar untuk memberi peluang Setan menipudayakan pemikiran kita.

    Reply

  6. Posted by dani on 09/03/2013 at 6:49 pm

    boleh nk dapatkan senarai rujukan atau sumber?

    Reply

  7. Posted by Qiqah on 09/05/2013 at 3:10 pm

    mohon share kt fb

    Reply

  8. Posted by shahriza on 12/05/2013 at 6:59 am

    bagi saya tiada hari tertentu untuk sambut hari ibu..saya ingat dan sayang ibu saya setiap masa.

    Reply

  9. Posted by azam on 12/05/2013 at 10:55 am

    Minta izin untuk share kat fb..

    Reply

  10. […] « Sejarah Dan Hukum Sambutan Hari Ibu […]

    Reply

  11. Posted by Leo on 12/05/2013 at 9:45 pm

    mohon share ye ;)

    Reply

  12. Posted by hanirose79 on 10/05/2014 at 10:00 am

    Wahai penulis blog.. mohon share plak sejarah cerita hari bapa??

    Reply

  13. Posted by Norman on 10/05/2014 at 1:47 pm

    Masyarakat kita mudah terpengaruh dengan budaya luar. Semua sambutan nak di ikut. Kita boleh sentiasa mendoakan ibu kita tanpa mengira waktu dan tempat. Sambutan hari ibu yang ditetapkan pada hari minggu kedua dalam bulan mei itu tak wajar kita jadikan trend. Ada ulama dah kata bidaah dan juga haram, kenapa kita masih nak pertikaikan lagi. Doa kan je ibu kita. Itu yang lebih baik….jika kita benar-benar sayangkan ibu kita. Jangan pulak kita libatkan ibu kita dengan upucara yang dah pasti bukan dari tuntutan ajaran Islam. Wallahua’lam bissawab…..

    Reply

  14. Posted by anynomos on 10/05/2014 at 4:08 pm

    ni mst xbc abes..bc kc abes bru komen,,,mmg xslh nk smbut ari ibu,to smbut la slain dr ari yg dttapkn kaper laknatullah tu..klu dy kate smbut ari ibu pd bln mei ari ahd mggu k2,so kite smbut la pd ari isnin atau selain de ari ahd tu..aduh,,selain bln mei,pd bulan jun july ogos pn blh smbut..tp xpnh pn kn kite tgk org wish ari ibu pd bln nov or january..ye ke tidakkk..hahaha..klu da kate haram,,tetap la jd haram,jgn nk memandai nk tuko yek..

    Reply

  15. Posted by sofea@ebby on 11/05/2014 at 12:10 am

    Kdg2 kte lupe…
    Kdg2 kte bz…
    Kdg2 xde time…
    Kdg2 kte alpa…
    Kdg2 kte xmpu…
    Tpi yg kte sntiase mampu wat & xkn de kdg2nyer hnyelh 1 perkra iaitu “DOA” utk ibubpe kte…HANYE DOA…
    DaN…LaiN2nYeR SeKaDaR MeNgHiBuRKaN MeReKa…bgimnepn…
    ***MEREKA SENTIASE DHATI KTE***

    Reply

  16. Posted by hamba ALLAH on 11/05/2014 at 1:45 pm

    minta izin share ya sahabat. (^_^)

    Reply

  17. Posted by I3AD on 11/05/2014 at 1:53 pm

    mohon share..sgt bermanfaat.. :-)

    Reply

  18. Posted by cikgu zakaria on 11/05/2014 at 8:33 pm

    pada pandangan saya haram menyambut hari ibu ini kerana menyerupai amalan orang kristian seperti yang diterangkan.. marilah kita bersama-sama bertaubat

    Reply

  19. Posted by haikal on 12/05/2014 at 11:37 pm

    mohaon shaer kat fb ye

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,211 other followers

%d bloggers like this: