Tugas Guru Tanggungjawab Mulia

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Tugas guru adalah suatu tanggungjawab mulia. 16 Mei merupakan tarikh sinonim dengan Sambutan Hari Guru yang diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf khidmat dan jasa bakti para pendidik dari dahulu sehingga kini yang merupakan tulang belakang dan penggerak modal insan dalam pembinaan sesebuah negara sejahtera.

Perayaan hari guru sewajarnya disambut dengan penuh kesedaran dan keinsafan bagi mengenang pengorbanan dan keluhuran akal budi para guru. Masyarakat yang berilmu meletakkan guru atau pendidik sebagai insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi muslim yang beriman dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup bekorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan insan lain.

.

.

Tanggungjawab Mulia

Islam amat menitik beratkan pencarian ilmu. Justeru itu, kedudukan seorang guru amat tinggi di sisi Islam. Firman Allah سبحانه وتعالى di dalam Al-Quran :

يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ دَرَجَٰتٍۢ

“Supaya Allah ta’ala meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.” (Surah Al-Mujaadalah: Ayat 11)

.

Rasulullah  juga memperakui bahawa sebaik-baik manusia adalah mereka yang menuntut ilmu terlebih dahulu dengan tujuan kemudiannya untuk menjadi guru. Sabda Rasulullah  :

(خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ- رواه البخاري (5027

“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari – 5027)

.

Di dalam Hadis yang lain Rasulullah  bersabda:

إن الله وملائكته وأهل السماوات والأرض حتى النملة في جحرها ، وحتى الحوت ، ليصلون على معلم الناس الخير. رواه الترمذي (3685

Seseungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) berselawat ke atas guru yang mengajar kebaikan kepada manusia.” (Hadis Riwayat Tirmizi (3685) disahihkan Al-Albani.)

.

.

Penyampai Ilmu

Mari kita imbas kembali sirah Rasulullah menerima wahyu daripada Allah سبحانه وتعالى yang disampaikan oleh Malaikat Jibril. Jibril a.s adalah guru kepada Rasulullah . Dalam sebuah hadis ada diceritakan sahabat-sahabat baginda pernah melihat Jibril datang menyampaikan wahyu kepada baginda. Ketika itu Jibril datang dalam keadaan menyerupai seorang tua.

Selepas beredarnya Jibril, barulah baginda memberitahu orang tua yang datang itu adalah Jibril. Rasulullah telah menunjukan sikap baginda pada sahabat-sahabatnya ketika itu bagaimana sopan dan tertibnya baginda menerima wahyu daripada Jibril a.s.

Rasulullah adalah guru yang terbaik, tidak ada yang boleh menandingi sikap sabar, lemah lembut, tabah dan segalanya ketika baginda berhadapan dengan berbagai-bagai makhluk di atas muka bumi ini. Rasulullah menyampaikan amanah Allah سبحانه وتعالى dengan penuh jujur, walau dicaci, dilempar dengan tahi, dicop sebagai orang gila dan sebagainya, Rasulullah tetap tidak berganjak atas usaha untuk melihat umatnya mentaati perintah Allah سبحانه وتعالى.

Hikmah Allah سبحانه وتعالى menentukan setiap nabi-nabinya memelihara kambing kerana sifat degil kambing ada pada manusia dan menjadikan nabi-nabinya sabar, kuat, tabah, cekal sebelum menghadapi manusia yang punya nafsu, akal dan bermacam-macam ragam perangai manusia.

Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar.

.

.

4 Martabat Guru

Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:

1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.

2- Mu’allim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.

3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.

4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.

.

Guru Mesti ada sikap mengajar (mu’allim) dan mendidik (murabbi).

Satu contoh yang cukup baik telah Rasulullah tunjukkan berkenaan dengan seorang Arab Badawi yang kencing di dalam masjid. Ramai dari para sahabat baginda naik marah pada ketika itu. Tapi Rasulullah dengan tenangnya membiarkan Arab Badawi itu kencing sampai selesai.

.

Ulama telah membahaskan tentang hadis ini dengan menyebut tiga hikmah Rasulullah telah tunjukkan pada kejadian itu:-

1. Rasulullah membiarkan arab badawi itu kencing sampai habis kerana kalau ditegur arab badawi itu, tentu dia terkejut dan akan terus lari, tentu saja air kencingnya akan terkena diseluruh masjid itu. Jadi baginda biarkan dia kencing setempat dan najis itu tidak kena pada seluruh masjid.

2. Kalau ditegur akan menyebabkan arab badawi itu terkejut dan akan terhenti dari terus kencing, Jadi akan menyebabkan kerosakan pada pundi kencing.

3. Rasulullah mahu menunjukan pada semua sahabat ketika itu cara membasuh air kencing (najis) itu tadi.

Jadi di sini jelas sikap Rasulullah antaranya :-

1. Sabar dengan kerenah manusia dan baginda berjaya mententeramkan keadaan ketika itu.

2. Rasulullah mendidik sahabat supaya sabar dan jangan terlalu gopoh didalam apa-apa tindakan.

3. Kemudian Rasulullah mengajar ilmu fekah pada semua sahabat pada ketika itu.

.

.

Apabila Matinya Anak Adam

Satu lagi tentang hadis Rasulullah untuk guru-guru dan bakal guru boleh amalkan.

Maksud hadis :

“Apabila matinya anak adam akan terputus amalannya kecuali tiga perkara :-

1. Sedekah jariah.

2. Ilmu yang manfaat.

3. Anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”

.

Hikmahnya ketiga-tiga perkara ini ada pada seorang guru.

1. Sedekah bukan sahaja hanya pada wang semata-mata, tetapi seorang guru setiap hari menyalurkan sedekah ilmunya, masanya, wang ringgitnya, pengorbanannya dan sebagainya.

2. Guru-guru yang menyampaikan ilmunya, anak-anak muridnya akan bertambah dan akan terus menyampaikan ilmu yang diajarnya, walaupun dia telah meninggal ilmunya tetap kekal.

3. Guru-guru sentiasa mendapat doa daripada anak-anak muridnya dan seluruh insan yang sayang padanya.

Lihatlah begitu besar pahala seorong guru yang ikhlas, pahalanya sentiasa mengalir dan menjadi bekal dialam barzah serta menjadi hujah pendiding menyelamatkannya dari api neraka.

.

.

Tugas Mendidik Jangan Dipersia

Tugas mengajar  dan mendidik berkait rapat dengan peranan dan tanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak dan para remaja yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kerenah. Di bahu gurulah terpikul beban bagi menghindari anak muda daripada terjebak kepada penyakit sosial yang melanda remaja Islam hari ini.

Sabda Rasulullah :

كلكم راع وكلكم مسؤل عن رعيت

“Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu ditanya berkaitan dengan tanggungjawabnya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

.

Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulum Ad-Diin menjelaskan supaya kita mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak, dengan mengajar Al-Quran, Hadis-hadis Nabi , sejarah para Sahabat RA dan para Solehin, hukum-hukum agama dan termasuk juga pendidikan jasmani.

.

Antara perkara asas yang mesti diberi perhatian dan penekanan ialah:

1- Mendidik anak dan remaja menunaikan solat secara berterusan. Sabda Rasulullah :

مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين واضربوهم عليها وهم أبناء عشر وفرقوا فى المضاجع

Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila mereka mencapai umur 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka mencapai umur 10 tahun serta pisahkan di antara mereka tempat tidur.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)

Berkata Sayyidina Ali Karramallahu wajhah:

علموا أولادكم وأهليكم الخير وأدبوهم

“Ajarlah anak-anak kamu dan ahli rumahtanggamu kebaikan dan perbaikilah adab sopan mereka.”

2- Mempamerkan tingkah laku dan tauladan yang baik.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌۭ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلْيَوْمَ ٱلْءَاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا

“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang terbaik iaitu bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah ta’ala dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia juga menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (di dalam masa sedih dan senang).” (Surah Al-Ahzab:Ayat 21)

.

.

Penutup

Hari ini, bersyukurlah kerana Allah سبحانه وتعالى telah mengangkat martabat seorang guru yang benar-benar ikhlas menyampai ilmu Allah سبحانه وتعالى dan penyambung tugas para nabi.

Oleh itu guru perlulah melaksanakan tugas yang mulia ini dengan ikhlas dan seamanah mungkin sesuai dengan kemulian yang diberikan oleh Islam. Bukan melaksana tanggungjawab tersebut  sekadar untuk mendapatkan gaji semata-mata. Al-Mawardi di dalam Kitab Adab Ad-Dunia wa Ad-Din (m/s:99)  menyebut:

ومن آدابهم : أن يقصدوا وجه الله بتعليم من علَّموا ، ويطلبوا ثوابه بإرشاد من أرشدوا ، مِن غير أن يعتاضوا عليه عوضا ، ولا يلتمسوا عليه رزقا

“Antara adab-adab mereka (guru) adalah menjadikan matlamat mendapat keredhaan Allah dengan mengajar sesiapa yang mereka ajar, mengharapkan ganjaran Allah dengan memberi tujuk ajar kepada mereka yang diberi tunjuk ajar tanpa mengharapkan gantian (daripada orang) dan mengharapkan rezeki daripadanya.”

.

Didiklah diri sebelum mendidik orang lain kearah ketaqwaan kepada Allah سبحانه وتعالى. Peganglah prinsip boleh ditarbiah dan mampu mentarbiah orang lain. Berusahalah menjayakan matlamat pendidikan untuk melahirkan pelajar dan masyarakat yang beriman, berilmu dan berketerampilan, yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Para pendidik perlu bersatu membina masyarakat yang berwawasan, bercita-cita luhur dan murni, bekerjasama, adil dan bertanggungjawab sesama insan tanpa mengira bangsa, budaya dan keturunan. Seterusnya martabatkanlah profesyen keguruan, sekaligus melaksanakan konsep amar ma’ruf dan nahi munkar.

.

Akhir kata; Jadilah seorang guru yang dengan hadirnya ditunggu, hilangnya dirindu, ilmunya diburu, nasihatnya diseru, tingkahlakunya ditiru…… Selamat Hari Guru!

 .

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,214 other followers

%d bloggers like this: