Punca Masalah Mulut Atau Nafas Berbau

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Masalah mulut atau nafas berbau busuk walaupun telah diberus dan dicuci di awal pagi adalah masalah yang sangat berat kerana teman atau rakan-rakan kerap mengelak untuk berada berdekatan ketika sedang menjalani aktiviti mahupun ketika berbual. Tambah tidak menyenangkan jika profession pekerjaan antum banyak bercakap dan berurusan dengan orang ramai. Antum dan orang sekeliling pasti mengelak dan menjarakkan diri bagi menghindarkan perasaan tidak selesa kerana bau mulut yang memalukan itu.

 

Bau mulut dalam istilah perubatan disebut ‘halitosis’ atau dalam bahasa Inggeris dinamakan ‘Bad Breath’. Halitosis boleh berlaku pada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ini merupakan suatu masalah yang kerap mengganggu apatah lagi ketika sedang berkomunikasi dengan orang lain.

 

Hasil kajian yang dilakukan Persatuan Doktor Gigi Inggeris, mengatakan bahawa 20 peratus daripada pasangan mereka mempunyai mulut dan nafas yang ketara berbau. Dan tentu saja hal itu akan menjadi masalah ketika berbual, berkucup ataupun berdekatan dengan pasangan.

 

Ramai daripada mereka yang mempunyai masalah ini tetapi tidak tahu apa yang hendak dilakukan untuk menghilang dan mengatasinya. Kebanyakkannya berasa malu untuk bertanya dengan doktor gigi. Ada juga yang merasa rendah diri kerana mempunyai masalah ini dan tersinggung apabila ditegur oleh orang yang rapat dengan mereka.

 

 

Penyebab Bau Mulut / Halitosis

 

Apa penyebab mulut antum mengeluarkan bau yang kurang enak?

 

Jika antum ingin menghilangkan bau mulut, maka antum harus tahu pelbagai punca yang menimbulkan masalah tersebut. Dengan mengetahui hal ini, cara dan kaedah yang antum lakukan untuk mengatasi hal tersebut akan lebih tepat dan lebih efekif.

 

Beberapa penyebab yang paling umum di antaranya:

 

1. Bakteria

 

Punca utama mulut berbau adalah dari bakteria yang membiak di dalam mulut. Bakteria ini hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi. Bakteria bertahan hidup dan berkembang biak di rongga mulut tanpa oksigen yang menghasilkan asid amino dan bakteria ini kemudiannya merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds – VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak.

 

Kebanyakkan bakteria ini bersifat ‘anaerob’ (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi, pada karang-karang yang melekat di poket gusi dan juga di celah-celah rekahan lidah. Kawasan-kawasan terlindung ini juga susah mendapat bekalan oksigen.

 

Apabila antum mendapat selsema, alahan, ubatan atau perubahan hormon, hingus akan menjadi likat. Hingus yang pekat ini akan meleleh ke bahagian belakang lidah atau di tonsil dan melekat di situ (post-nasal drip). Ia juga menjadi tempat persembunyian yang ideal untuk bakteria bersembunyi.

 

Jika antum mempunyai masalah gusi dan tulang gigi yang kronik (periodontal disease), ia juga menyebabkan mulut antum berbau. Penyakit ini menyebabkan tulang gigi menurun dan mengakibatkan poket gusi menjadi dalam dan susah dibersihkan jika tanpa bantuan doktor gigi. Poket yang dalam ini juga memang tempat bagi bakteria anaerob membiak.

 

 

2. Kekurangan Air Liur

 

Sekiranya mulut antum kering atau ‘xerostomia’ kerana kekurangan air liur, selain menimbulkan bau busuk, ia juga menyebabkan pembiakan bakteria di dalam mulut. Maka itu, pastikan mulut antum selalu basah. Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia mencuci mulut antum sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi.

 

Kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat, susah untuk membilas mulut, menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut.

 

Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa. Semasa tidur juga prembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur.

 

Punca Kekurangan Air Liur

 

Antara sebab mengurangkan pengaliran air liur:

Ø  Tekanan perasaan (stress)

Ø  Pengambilan minuman alkohol

Ø  Kekurangan air dalam badan (dehydration)

Ø  Berpuasa, mengurangkan perembesan air liur

Ø  Penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol

Ø  Mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather): angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut.

Ø  Bercakap terlalu banyak (contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual dll): ini akan mengurangkan pengaliran/perembesan air liur.

Ø  Penyakit pada pencernaan, pernafasan, usus, buah pinggang serta jangkitan tekak dan paru-paru.

Ø  Kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, penghalang selera makan dll.

 .

.

Cara Mengetahui Mulut Dan Nafas Berbau

.

Bagaimana nak tahu yang antum mempunyai masalah mulut berbau?

 

Agak susah untuk diri sendiri mengetahui yang dirinya mempunyai masalah mulut berbau kerana diri telah terbiasa dengan bau mulut sendiri. Cuba hembuskan nafas pada cermin atau tekupkan tangan kemudian hidu. Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya atau hembus perlahan nafas antum pada mereka yang rapat seperti isteri, suami, teman rapat, ibu bapa atau anak-anak. Jika tiada tindak balas dari mereka, bermakna bau nafas antum normal.

 

Janganlah merasa kecil hati apabila di tegur oleh orang yang rapat dengan antum sebaliknya antum perlu berterima kasih kerana antum boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, ada juga sejenis alatan yang digunakan oleh doktor gigi (halimeter) untuk mengukur kadar sulfur di dalam nafas pesakit.

.

Bersambung….

Nantikan artikel seterusnya ~ “Cara Menghilangkan Nafas Berbau”

.

.

Artikel Berkaitan:

1.       Bersugi (Bersiwak)  (Klik Di Sini)

2.      7 Alasan Mengapa Perlu Siwak Bersihkan Gigi  (Klik Di Sini)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

.

About these ads

3 responses to this post.

  1. […] Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau. […]

    Reply

  2. […] Punca Masalah Mulut Atau Nafas Berbau  (Klik Di Sini)  […]

    Reply

  3. terima kasih infonya

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,145 other followers

%d bloggers like this: