Kadar Zakat Fitrah 2013/ 1434H Mengikut Negeri Di Seluruh Malaysia

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

20120815ami004_Pejabat_Balikpapan_Bayar_Zakat_TribunKaltim1

.

Kadar bayaran zakat fitrah Tahun 2013/1434H yang telah ditentukan mengikut negeri di seluruh Malaysia masih sama sebagaimana kadar zakat fitrah pada tahun lalu (2012/1433H). Kadar zakat fitrah Tahun 2013/1434H tersebut boleh dilihat pada jadual berikut:

 .

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2013

*Bagi negeri Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenis dan gred beras.
*Kadar yang ditetapkan adalah berdasarkan harga beras gred super tempatan 15%, 10% dan 5% hancur (Beras Nasional)

Umat Islam yang mahu membayar fitrah dengan beras pula, kadar yang ditetapkan ialah 2.97 cupak Malaysia atau 2.60kg bagi tiap seorang,

.

.

Zakat Fitrah

.

Zakat Fitrah mempunyai maksud dan hikmah yang tersendiri. Islam mensyariatkan zakat fitrah, agar setiap orang yang berpuasa dapat menghayati watak sebenar manusia yang mahu kembali kepada fitrah.

.

Apabila berpuasa, maka umat Islam dididik untuk menghayati erti kesusahan, kelaparan dan menginsafi kehidupan dan zakat fitrah seolah-olah menjadi kemuncak kepada menghayati kesusahan dan erti kelaparan itu.

.

Ramadhan wajib dilunasi dengan memberikan sedikit kekayaan yang dimiliki kepada orang miskin yang hakikatnya sentiasa merasai keperitan, dan itulah namanya zakat fitrah.

.

Sebab itulah, orang yang berpuasa dengan sepenuh hati, maka mereka akan benar-benar memahami kewajipan zakat fitrah ini dan akan segera menunaikannya, demi mendapat ganjaran besar di sisi Allah سبحانه وتعالى.

.

Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (riwayat Abu Daud).

.

Selamat menunaikan tanggungjawab wajib kepada Allah سبحانه وتعالى dan sesama insan. Semoga entery dan info ini dapat membantu dan memudahkan antum untuk menunaikan kewajipan membayar zakat tahun  ini.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

 Lafaz Ijab Dan Qabul Bagi Zakat Fitrah  (Klik Di Sini)

Doa Ketika Berzakat  (Klik Di Sini)

 

.

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

About these ads

5 responses to this post.

  1. Posted by mohd asri bin zainal abiddin on 16/07/2013 at 11:50 pm

    alhamdulilah dapat belajar sama,terima kasih atas info

    Reply

  2. […] Kadar bayaran zakat fitrah setiap negeri di seluruh Malaysia telah sedia maklum di sini dan ramai juga yang ingin mengetahui bagaimanakah caranya pula Lafaz Ijab Dan Qabul Bayar Zakat Fitrah. […]

    Reply

  3. […] Kadar Zakat Fitrah 2013/ 1434H Mengikut Negeri Di Seluruh Malaysia  (Klik Di Sini) […]

    Reply

  4. Posted by abc on 10/08/2013 at 2:32 am

    assalam,zakat fitrah dgn zakat pendapatan lain ke?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Berbeza…

      1. Zakat Fitrah adalah zakat tubuh badan yang wajib dikeluarkan oleh diri seseorang dalam bulan Ramadhan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan nyawa dan kenikmatan lainnya.

      2. Zakat Pendapatan pula adalah sejumlah kecil bayaran yang dikenakan atas keseluruhan gaji atau sesuatu pendapatan di sepanjang tahun tersebut bagi mendapatkan keberkatan kerana di dalamnya terdapat hak orang lain.

      Selain daripada itu terdapat juga zakat ternakan, pertanian, harta simpanan, saham, emas dan perak yang wajib dikenakan setelah menepati syarat nisab dan haulnya. Orang yang sentiasa beristiqamah dan ikhlas mengeluarkan zakat, pasti hidupnya bahagia, gembira, berwajah ceria dan tidak ditimpa masalah yang membebankan serta sentiasa berasa cukup dengan harta yang mereka ada.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,816 other followers

%d bloggers like this: