Lafaz Ijab Dan Qabul Bayar Zakat Fitrah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

zakat

Kadar bayaran zakat fitrah setiap negeri di seluruh Malaysia telah sedia maklum di sini dan ramai juga yang ingin mengetahui bagaimanakah caranya pula Lafaz Ijab Dan Qabul Bayar Zakat Fitrah.

Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan, kerana ia diwajibkan oleh Allah سبحانه وتعالى bagi setiap individu Muslim tanpa mengira sama ada kecil, dewasa, lelaki, wanita, merdeka ataupun hamba. Selagi mana mereka berkesempatan hidup di dua masa iaitu pada bulan Ramadhan dan Syawal walaupun sebentar, maka wajiblah zakat fitrah ke atas mereka.

.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, bahawa: “Rasulullah memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah kepada anak kecil, orang dewasa, orang merdeka dan hamba sahaya daripada orang-orang yang kamu sediakan makanan mereka (tanggunganmu).” (Riwayat Daruquthni daripada Ibnu Umar r.a)

.

.

NIAT MEMBAYAR DAN MENERIMA ZAKAT FITRAH

.

1.  NIAT ZAKAT FITRAH DIRI SENDIRI

.

a)   Niat Mengeluarkan Zakat Fitrah Untuk Diri Sendiri

 Niat Membayar Zakat Fitrah Bagi Diri Sendiri

.

ATAU :~

.

Lafaz Ijab Bagi Pembayar Zakat :

.

 “INI ZAKAT FITRAH SEBANYAK RM ………… YANG WAJIB BAGI DIRI SAYA PADA TAHUN INI KERANA ALLAH TA’ALA.”

.

.

Lafaz Qabul Bagi Penerima Zakat/Amil :

.

“SAYA TERIMA ZAKAT SEBANYAK RM ………………… YANG WAJIB BAGI DIRI TUAN PADA TAHUN INI KERANA ALLAH TA’ALA.”

.

.

.

2.  NIAT ZAKAT FITRAH BERKELUARGA

.

b)   Niat Mengeluarkan Zakat Fitrah Untuk Diri Sendiri Dan Keluarga

 Niat Membayar Zakat Fitrah Bagi Diri Sendiri Dan Keluarga

.

ATAU :~

.

Lafaz Ijab Bagi Pembayar Zakat :

.

“INI ZAKAT FITRAH SAYA DAN TANGGUNGAN SAYA SERAMAI ….. ORANG, SEBANYAK RM ……………….. YANG WAJIB BAGI DIRI SAYA PADA TAHUN INI KERANA ALLAH TA’ALA.”

.

.

Lafaz Qabul Bagi Penerima Zakat/Amil :

.

“SAYA TERIMA ZAKAT TUAN DAN TANGGUNGAN TUAN SERAMAI ….. ORANG SEBANYAK RM ……………….. YANG WAJIB BAGI DIRI TUAN PADA TAHUN INI KERANA ALLAH TA’ALA.”

.

.

.

3.  NIAT ZAKAT FITRAH BERWAKIL

.

c)   Niat Mengeluarkan Zakat Fitrah Untuk Orang Lain

 Niat Membayar Zakat Fitrah Untuk Orang Lain

.

ATAU :~

.

Lafaz Ijab Bagi Pembayar Zakat/Wakil :

.

“INI ZAKAT FITRAH ………….. (Sebut Nama Orang Yang Berwakil) DAN TANGGUNGANNYA SERAMAI ……………. ORANG YANG WAJIB BAGI DIRINYA PADA TAHUN INI SEBANYAK RM ………………………… YANG BERWAKIL KEPADA SAYA KERANA ALLAH TA’ALA.”

.

.

Lafaz Qabul Bagi Penerima Zakat/Amil :

.

“SAYA TERIMA ZAKAT ….. (Sebut Nama Orang Yang Berwakil) DAN TANGGUNGANNYA SERAMAI …. ORANG YANG WAJIB BAGI DIRINYA PADA TAHUN INI SEBANYAK RM ………………………. YANG TELAH BERWAKIL KEPADA TUAN KERANA ALLAH TA’ALA.”

.

.

Ucapan Doa Ketika Menerima Zakat Fitrah

Doa Menerima Zakat

.

.

.

Panduan Pembayar

.

  • Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
  • Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri.
  • Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya.

.

.

5 Waktu Berzakat

5 Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan:

  1. Waktu Wajib :

Bermula terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya (1 Syawal).

  1. Waktu Paling Afdhal :

Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.

  1. Waktu Sunat :

Sepanjang bulan Ramadhan

  1. Waktu Makruh :

Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal.

  1. Waktu Haram :

Selepas terbenam matahari pada 1 Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu dan ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

.

Dalam menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini, lengkapkanlah juga puasa tersebut dengan menunaikan zakat fitrah. Ini kerana, zakat fitrah akan dapat menampung segala kelemahan dan kekurangan dalam menjalani ibadah puasa Ramadhan.

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan: “Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (riwayat Abu Daud).

Di samping kita berpuasa Ramadhan, marilah kita sama-sama memperkuatkan mental, fizikal dan spiritual dengan penerapan iman agar madrasah Ramadhan dilalui dengan cemerlang, sehingga menatijahkan darjat ketaqwaan kepada Allah سبحانه وتعالى.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Kadar Zakat Fitrah 2013/ 1434H Mengikut Negeri Di Seluruh Malaysia  (Klik Di Sini)
  2. Doa Ketika Berzakat  (Klik Di Sini)

.

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

About these ads

2 responses to this post.

  1. […] « Lafaz Ijab Dan Qabul Bayar Zakat Fitrah […]

    Reply

  2. […] Lafaz Ijab Dan Qabul Bagi Zakat Fitrah  (Klik Di Sini) […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,266 other followers

%d bloggers like this: