Solat Jenazah Ghaib

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

pusara.

Solat Ghaib adalah solat terhadap jenazah ahli keluarga atau saudara seagama yang meninggal di tempat yang jauh atau kepada jenazah yang telah dikebumikan tetapi tiada kesempatan bagi ahli keluarga si mati untuk menyembahyangkannya.

Solat Ghaib sunah dilakukan ketika mendengar berita kematian seseorang walaupun masa meninggal dunia sudah berlalu sehingga sebulan. “Sesungguhnya Nabi telah melaksanakan solat di atas (berhampiran) kubur, sesudah sebulan lamanya.”

.

.

Solat Ghaib Berhampiran Kubur

.

Jika kematian seseorang hanya diketahui selepas dikebumikan jenazahnya, maka diharuskan dilaksanakan Solat Ghaib berhampiran kubur si mati.

Hadis riwayat Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu :

“Bahawa seorang wanita berkulit hitam yang biasa menyapu masjid, suatu hari Rasulullah merasa kehilangannya (tidak melihatnya). Lalu Baginda bertanya kabarnya, para sahabat menjawab: “Dia sudah meninggal dunia.” Rasulullah menegur: “Kenapa kamu tidak memberitahu kepadaku?” Seakan-akan para sahabat menganggap kecil urusannya atau urusan kematian. Kemudian Rasulullah bersabda: “Tunjukkan aku kuburnya.” Setelah ditunjukkan, Baginda mensolatkannya kemudian bersabda: “Sungguh pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab solatku atas mereka.” (Shahih Muslim No.1588)

.

Ibnu Abbas r.a. mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ melalui sebuah kubur yang baru semalam dikuburkan, “(dan Baginda bertanya tentang orang itu, “Siapakah ini?” Mereka menjawab, “Fulan.” 2/93). Lalu Baginda bertanya lagi, “Bila mayat ini dikuburkan?” Mereka menjawab, “(Dikuburkan 2/90) tadi malam.” Nabi bertanya, “Mengapa kamu tidak memberitahukan kepadaku?” Mereka menjawab, “Kami kuburkan ia tengah malam yang sangat gelap. Kerana itu, kami tidak mahu membangunkan kamu.” Nabi berdiri, dan kami berbaris di belakang Baginda untuk solat. Ibnu Abbas berkata, “Aku ketika itu berada di antara mereka lalu Baginda mensolatinya, (dan bertakbir empat kali).”

.

.

Niat Solat Ghaib

.

Lafaz-lafaz niatnya ialah sebagai berikut:

 

1.  Niat jenazah yang diketahui namanya:

niat solat ghaib 1

.

2.  Niat jenazah yang dikenali jantinanya:

niat solat ghaib 2j

.

3.  Jika mayat yang ada itu ramai, lafaz niatnya adalah:

niat solat ghaib 3r

.

.

.

Cara Melaksanakan Solat Ghaib

.

Solat Ghaib boleh dilaksanakan secara bersendirian atau berjemaah. Cara melakukan solat ghaib sama seperti solat jenazah biasa, Cuma berbeza pada niatnya saja. Di dalam solat jenazah ghaib ini tidak terdapat rukuk, sujud, dan duduk tahiyyat hanya terdapat takbir dan salam. Iaitu semuanya dilaksanakan dalam keadaan berdiri, bermula dengan ‘Takbiratul Ihram’ dan berakhir dengan salam.

.

1.  Niat Dan Takbir Pertama

Niat solat Jenazah, hendaklah dilintaskan dalam hati sewaktu ‘Takbiratul Ihram’ (Takbir Pertama):

takbir solat jenazah ghaib.

.

2.  Baca Surah Al-Fatihah

al-fatihah.

.

3.  Takbir Kedua.

takbir solat jenazah ghaib.

.

4. Membaca Selawat;

 

Berselawat ke atas Nabi ﷺ. Lebih afdhal jika dapat dibaca Selawat Ibrahimiyah (Klik Di Sini).

selawat solat ghaib.

.

5. Takbir Ketiga.

takbir solat jenazah ghaib.

.

6. Membaca Doa:

 

Contohnya seperti doa ringkas berikut:

Doa Ringkas Solat Jenazah.

.

7. Takbir Keempat.

takbir solat jenazah ghaib.

.

8. Doa untuk si mati ialah:

 

Sebelum memberi salam, boleh juga dibaca doa berikut:

Doa Jenazah Ringkas 2.

.

9. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ 

Salam sejahtera ke atas kamu dan Rahmat Allah serta Keberkatan-Nya.

.
.

10. Doa Selepas Solat Jenazah:

Doa Selepas Solat Jenazah.

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad , penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur si mati ini sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga. Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi si mati, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah  yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami semua hadir atas tujuan memohon syafaat kepada-Mu untuk si mati. Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh si mati, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat! Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad . dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.

.

  • Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Bila kamu solat atas mayat, maka ikhlaskan doa untuknya.” (Riwayat Abu Dawud dan dianggap shahih oleh Ibnu Hibban.)

.

.

PERHATIAN:

.

1.  Boleh juga dilintaskan dalam hati  dengan niat ringkas berikut;

a)      Daku solat ke atas (ibuku /bapaku /anakku) yang ghaib

b)      Daku solat ke atas (…… bin /binti ……) yang ghaib

c)      Daku solat ke atas (mayat-mayat) yang ghaib di Mesir.

.

2.  Tidak diwajibkan sebut nama tetapi sekiranya tersalah nama, maka Solat jenazah /ghaib tersebut menjadi tidak sah

.

3.  Solat jenazah /ghaib boleh dilaksanakan dengan cara 4 hingga 7 takbir bergantung kepada hubungan, keadaan atau taraf si mati.

    1. Orang biasa – 4 takbir
    2. Saudara terdekat/pemimpin – 5 takbir
    3. Syahid – 6 -7 takbir.

Dari Ali Radliyallaahu ‘anhu bahawa Baginda ﷺ bertakbir atas jenazah Sahal Ibnu Huzaif enam kali, dan Baginda ﷺ berkata: “Sesungguhnya dia adalah pahlawan perang Badar.” (Riwayat Said Ibnu Manshur dan asalnya dalam riwayat Bukhari.)

.

4.  Bagi si mati yang tidak ditemui jasadnya seperti tertimbus atau hilang, maka tidak diharuskan solat ke atasnya kerana jasad tidak dapat dimandikan. Tetapi sekiranya jasad itu cedera, melecur atau rosak seperti disebabkan kemalangan, kebakaran dan tidak dapat dimandikan, maka mayat akan ditayamumkan dan disolatkan seperti jenazah biasa.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

About these ads

5 responses to this post.

  1. Assalamualaikum,
    terima kasih atas posting ini..secara kebetulan saya baru dpt berita sedih dr kg..makcik sy br meninggal dunia jam 1:40pg tadi..
    alhamdulillah Allah tunjukkan jln dan berikan peluang kepada saya untuk mengerjakan solat ghaib untuk allahyarhamah kerana saya pasti hanya berjumpa dgn kubur shj apabila sampai ke kg tengah hari ini

    Reply

    • بِسۡــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

      Salam takziah…
      Ana pun tak sempat menziarahi allahyarham bapa mertua yang kembali ke rahmatullah pada 8 Ramadhan lalu…
      Semoga Allah SWT tempatkan mereka bersama kalangan ahli syurga.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  2. Posted by Ajax Shams on 22/09/2013 at 10:31 pm

    Assalamualaikum…terima kasih atas infor yang berguna. Saya baru kehilangan nenek lewat Jumaat lalu dan saya masih di Iraq atas urusan tugasan kerja. Dan insyaAllah malam ni, pihak syarikat akan menganjurkan solat jenazah ghaib. T. kasih.

    Reply

  3. […] Solat Jenazah Ghaib  (Klik Di Sini) […]

    Reply

  4. Assalamuaalaikum…. pagi yang mulia ini 22aug2014 seluruh rakyat Malaysia menantikan kepulangan 20 jenazah dari MH017…Dan sama2 akan diadakan solat jenazah / ghaib diseluruh Malaysia…Al-Fatihah..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,215 other followers

%d bloggers like this: