Waktu-Waktu Yang Dilarang Melaksanakan Solat

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

waktu larangan solat SQ.

Ramai di kalangan kita terkeliru dan salah faham tentang waktu-waktu yang diharamkan, ditegah atau dilarang melaksanakan solat. Sering juga ditanyakan bilakah waktu haram solat? Dan di manakah batasannya antara waktu yang diharamkan dengan yang dibolehkan atau dengan kata lain dari pukul berapa sampai pukul berapakah tempoh masanya waktu yang diharamkan itu?

Setelah sekian lama tertangguh, tiba juga topik bagi menghuraikan tentang waktu-waktu yang dilarang menunaikan solat. Dalam masa 24 jam yang dikurniakan Allah سبحانه وتعالى kepada kita, tidak semua waktu boleh digunakan untuk melaksanakan solat2 sunat.

.

.

A.  Waktu-Waktu Yang Ditegahkan Solat

.

Selain umat muslim diwajibkan untuk menjalankan solat lima waktu, ternyata ada lima waktu juga yang dimakruhkan (walaupun menghampiri haram) untuk melaksanakan solat. Sebenarnya ada dua pendapat mengenai hukum lima waktu yang tidak dibenarkan untuk menjalankan solat ini. Iaitu Makruh-Tahrim (makruh yang mendekati haram) dan Makruh-Tanzih (suatu perbuatan yang apabila dilakukan akan mendatangkan murka Allah / pekerjaan yang sangat dibenci Allah سبحانه وتعالى).

.

Perkara ini ada disebutkan di dalam hadis :

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صلاة بعد العصر حتى تغرب الشمس ، وبعد الصبح حتى تطلع الشمس

Daripada Abi Hurairah r.a : “Sesungguhnya Rasulullah melarang dari mengerjakan solat selepas Asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas Subuh sehingga terbit matahari.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad.)

.

Sebahagian As-Sayafieah mengiktibar sebagai (waktu2 yang dimakruhkan untuk solat) iaitu tegahan ‘Karahah Tahrim’ [Karahah tahrim adalah apa yang di sabitkan haramnya itu dengan dalil yang ihtimal dan perlu kepada takwil].

.

.

B.  Lima Waktu Ditegah Melakukan Solat

.

Dalam banyak waktu solat yang perlu diwaspada adalah mengenai lima masa yang dilarang melakukan solat sunat. Bilakah lima waktu tersebut?

.

1)      Sesudah menunaikan Solat Fardhu Subuh sehingga terbit matahari.

2)      Semasa terbit matahari sehingga ia meninggi kadar setombak.

3)      Ketika matahari tegak di atas kepala sehingga ia condong ke barat.

4)      Selepas menunaikan Solat Fardhu Asar sehingga terbenam matahari.

5)      Semasa matahari hampir terbenam sehingga tenggelam seluruh bulatannya.

.

Kesemua 5 waktu di atas dikecualikan bagi mereka yang berada di Tanah Haram, Makkah al-Mukarramah.

.

.

C.  Tiga Berhubung Dengan Waktu Dan Dua Berhubung Dengan Perbuatan

 

Berpandu daripada hadis-hadis, ulama menjelaskan terdapat lima waktu yang dilarang bersolat, iaitu tiga berkenaan dengan waktu atau masa manakala dua lagi berkaitan dengan perbuatan:

1.  Tiga Waktu Haram Berhubung Dengan Waktu

.

Tiga waktu yang diharamkan solat yang berhubung dengan masa:

.

1) Dari ketika terbit matahari di ufuk timur sehingga naik dengan kadar satu tombak atau 7 hasta pada pandangan mata iaitu kira-kira 3 darjah bersamaan 12-15 minit (dalam tempoh 12-15 minit setelah terbit matahari).

2) Ketika matahari tegak di atas kepala iaitu dari ‘Istiwa’ (matahari berada di tengah2 langit) matahari sehingga ‘Zawal’ (gelincir/condong matahari ke barat). Tempohnya terlalu singkat, ditegah solat ketika ini kecuali pada hari Jumaat.

3) Semasa matahari kemerahan di waktu senja dan hampir terbenam matahari di ufuk Barat sehingga tenggelam seluruh bulatannya iaitu masanya berakhir sejurus saja masuknya waktu Maghrib.

.

Daripada Uqbah bin Amir Al Juhani r.a., katanya:


ثَلَاثُ سَاعَاتٍ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْهَانَا أَنْ نُصَلِّيَ فِيهِنَّ أَوْ أَنْ نَقْبُرَ فِيهِنَّ مَوْتَانَا حِينَ تَطْلُعُ الشَّمْسُ بَازِغَةً حَتَّى تَرْتَفِعَ وَحِينَ يَقُومُ قَائِمُ الظَّهِيرَةِ حَتَّى تَمِيلَ الشَّمْسُ وَحِينَ تَضَيَّفُ الشَّمْسُ لِلْغُرُوبِ حَتَّى تَغْرُبَ

“Ada tiga waktu yang Rasulullah melarang kita solat  atau menguburkan jenazah pada waktu-waktu tersebut. Pertama, ketika matahari terbit hingga ia agak meninggi. Kedua ketika matahari tepat berada di pertengahan langit (tengah hari tepat) hingga dia telah condong ke barat. Ketiga, ketika matahari hampir terbenam sehingga dia telah tenggelam sama sekali.”

.

.

2.  Dua Waktu Haram Berhubung Dengan Perbuatan

.

Dua waktu yang ditegah atau dilaranguntuk solat yang berhubung dengan perbuatan

.

1)      Selepas melaksanakan Solat Fardhu Subuh sehingga terbit matahari.

2)      Selepas melaksanakan Solat Fardhu Asar sehingga terbenam matahari.

.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ وَعَنْ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

“Bahawasanya Rasulullah melarang solat sesudah solat Asar hingga matahari terbenam, dan sesudah solat Subuh hingga matahari terbit.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)

 

Dari Abu Said al-Kudri r.a. bahawa Rasulullah bersabda: “Tidak ada solat setelah solat Subuh sampai naik matahari dan tidak ada solat setelah Asar sehingga matahari terbenam.”

 

Dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah bersabda: “Jika hijab matahari telah terlihat, tangguhlah solat sehingga benar-benar nampak. Jika matahari menghilang, tangguhlah solat sampai matahari benar-benar terbenam.”  (Muttafaq ‘alaih).

.

.

D.  Dua Kategori Waktu Ditegah Solat

.

Pada lima waktu yang ditegah dan dilarang melakukan solat-solat sunat, ianya boleh dibahagikan kepada dua kategori:

 

1) Solat2 sunat yang tidak bersebab dan tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya, seperti:

                              a)  Solat Sunat Mutlak,

                              b)  Solat Sunat Tasbih dan sebagainya.

.

2) Solat2 sunat yang bersebab tetapi sebabnya itu datang terkemudian (asbab muta’akkhir), seperti:

a)      Solat Sunat Istikharah

b)      Solat Sunat Musafir

c)      Solat Sunat Ihram

d)      Solat Sunat Hajat

.

Sebab Solat Sunat Musafir itu adalah kerana hendak keluar memulakan safar atau perjalanan, ia hanya berlaku setelah melaksanakan solat Musafir manakala Istikharah itu pula kerana membuat suatu perkara itu dimulakan selepas melaksanakan solat Istikharah. 

.

.

E.  Pengecualian Solat Pada Waktu-Waktu Larangan

.

Dalam mazhab Syafi‘ larangan solat pada waktu-waktu tersebut dikecualikan dalam keadaan berhubung dengan tempat dan waktu.

.

1) TempatTanah Haram Makkah: Kesemua lima waktu yang diharamkan solat tersebut ‘Tidak Terpakai’ dan dikecualikan di Masjidil Haram dan kawasan2 tanah haram di persekitaran Makkah, maka solat di semua kawasan ini dibolehkan dan bebas pada bila2 masa, tanpa ada waktu yang diharamkan.

Dibenar melaksanakan apa saja jenis solat di tanah suci Makkah tanpa mengira sebarang waktu sekalipun pada waktu yang terlarang. Pendapat ini adalah yang shahih di dalam mazhab Syafi‘ie dan disokong dengan hadis Rasulullah , sabda Baginda : “Wahai Bani Abdi Manaf, jangan kamu melarang seseorang Tawaf di rumah ini (Baitullah) dan solat pada bila2 waktu yang dia sukai, malam atau siang.” (Hadis riwayat At-Tirmidzi)

.

2) Waktu : Di waktu Istiwa sehingga Zawal pada hari Jumaat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa melaksanakan solat ketika matahari tegak (rembang panas) adalah ‘Makruh Tahrim’. Bagaimanapun ia dikecualikan pada hari Jumaat.

Perkara ini dijelaskan di dalam sebuah hadis daripada Qatadah daripada Nabi , katanya: “Bahawasanya Baginda membenci solat pada tengahari (rembang) kecuali pada hari Jumaat.dan Baginda bersabda: “Sesunguhnya neraka Jahannam dimarakkan (pada ketika itu) melainkan pada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Abu Daud)

.

.

F.  Tambahan Pengecualian

.

Lima waktu di atas memang tidak dibenarkan untuk mendirikan solat. Tetapi, jika ada suatu sebab yang munasabah, maka DIBENARKAN, contohnya seperti tiga perkara berikut:

 

1)  Sewaktu kesiangan untuk bangun Solat Subuh dan ketika itu matahari sudah terbit, maka tetap diwajibkan untuk Solat Subuh.

2)  Begitu juga dengan Solat Asar, sekiranya kita terlambat untuk melakukan solat tersebut dan ketika itu bersamaan dengan masa tenggelamnya matahari, kita tetap diwajibkan untuk melaksanakan solat Asar.

3)   Ketika baru tersedar dari pengsan atau baru pulih dari penyakit gila, maka tetap dituntut untuk melaksanakan solat yang tertinggal.

.

.

G.  Hukum Solat Ketika Khutbah Jumaat

.

Apabila khatib telah naik ke atas mimbar atau sedang berkhutbah, maka para jemaah dituntut untuk mendengar dan menumpukan perhatian kepada khutbah yang disampaikan. Dilarang melaksanakan solat walaupun solat itu adalah Solat Qadha kecuali boleh melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid atau yang lebih afdhalnya dengan melakukan Solat Sunat Rawatib (Solat Sunat Qabliyah Jumaat) sebagai gantinya serta diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) Solat Sunat Tahiyatul Masjid tersebut.

.

.

H.  Kesimpulannya,

.

Meskipun solat merupakan ibadat yang terunggul di sisi Allah سبحانه وتعالى, namun ibadat tersebut mesti mengikut cara peraturan yang dikehendaki-Nya. Walau bagaimana indah dan baiknya sesuatu ibadat mengikut pandangan sendiri, akan tertolak ibadah itu sekiranya tidak menepati kehendak Allah سبحانه وتعالى.

Firman Allah سبحانه وتعالى :

فَأَقِيْمُوا الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ كِتَابًا مَوْقُوْتًا.

“Maka dirikanlah olehmu akan solat sesungguhnya solat itu difardhukan ke atas orang mukmin pada waktu yang ditetapkan.” (Surah An-Nisa’ : Ayat 103)

.

Kalau ditelti hadis-hadis tersebut, cuma solat sunat sahaja tidak boleh dilakukan selepas Solat Subuh atau selepas Solat Asar. Ada pun lebih afdal solat di awal waktu, larangan ini bukan untuk solat fardhu yang misalnya dihujung waktu Asar hingga masuknya waktu Maghrib, atau di penghujung Subuh hingga terbit matahari.

.

Cubalah sedaya upaya untuk melaksanakan solat di awal waktu kerana solat adalah suatu kewajipan yang telah ditentukan waktunya bagi orang2 yang beriman. Sahnya solat bergantung kepada syarat sah solat dan rukun2 solat yang 13. Adapun antara syarat sah solat adalah hendaklah yakin telah masuk waktu solat. bagi mereka yang solat, kemudian ketika sedang solat tiba2 masuk waktu solat seterusnya, semoga Allah سبحانه وتعالى terima solat yang kita lewatkan secara sengaja ataupun tidak itu.

.

Berkaitan dengan waktu tahrim, mereka yang melanggar larangan solat dalam waktu itu dikira melanggar larangan Allah سبحانه وتعالى dan Rasulullah , jadi maksudnya berdosa atau solat itu tidak sempurna. Sedangkan solat itu adalah perkara pertama yang akan dihitung; sempurna solat kita, maka amalan yang lain pun akan Allah سبحانه وتعالى terima, kalau solat kita dah sangkut, bagaimana dengan amalan2 kita yang lain? Jadi, marilah kita muhasabah diri kita, adakah solat kita selama ini sudah sempurna untuk layak dikemukakan di Padang Mahsyar untuk dihisab kelak?

 

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah yang Maha Mengetahui)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Mengapa Ada Larangan Waktu Solat? (Klik Di Sini)
  2. Ganjaran Hadir Awal Solat Jumaat  (Klik Di Sini)

 

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

 

 

3 responses to this post.

  1. […] Waktu-Waktu Yang Dilarang Melaksanakan Solat (Klik Di Sini) […]

    Reply

  2. Posted by larren on 07/07/2014 at 12:46 pm

    salam saya selalu buat solat sunat taubat dan istikharah selepas solat subuh,,,adakah ianya berdosa…saya baru tahu bila saya membaca aretikal ini…

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Insya’Allah dimaafkan atas kekhilafan dan kejahilan masa lalu…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,295 other followers

%d bloggers like this: