Archive for the ‘DOA’ Category

Doa Ramadhan Hari Ke – 20

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Doa Hari Ke Dua Puluh Ramadhan… Bulan Ramadhan semakin meninggalkan kita yang mana pada 10 hari awalnya Allah سبحانه وتعالى menurunkan rahmat dan 10 hari pertengahannya Allah سبحانه وتعالى memberikan maghfirahNya (keampunanNya), manakala kini tibalah fasa terakhir, dimana Allah سبحانه وتعالى bakal membebaskan hamba-Nya daripada seksaan api neraka jahanam.

Adalah sunnah dalam 10 hari terakhir ini kita memperbanyakkan memohon keredhaan-Nya dan dihindarkan dari neraka serta dibukakan pintu-pintu syurga… Continue reading

Doa Selepas Solat Sunat Tarawih

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Bagi mereka yang telah biasa melakukan Solat Sunat Tarawih di masjid atau surau, tentunya antum sudah biasa mengaminkan bacaan doa imam sahaja. Tetapi adalah lebih baik, jika antum dapat hafal dan memahami makna doa Solat Sunat Tarawih yang selalu dibaca oleh imam tersebut. Atau jika kebetulan antum sendiri yang dikehendaki menjadi imam atau terpaksa solat sendirian, maka membaca doa selepas solat Tarawih ini sudah tentu menjadi suatu kemestian untuk dihafal ataupun sekurang2nya dapat membacanya sambil melihat gejet/buku/kertas.

  Continue reading

Doa Ketika Berbuka Puasa Yang Sahih

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Umat Isam dituntut untuk berdoa ketika berbuka puasa atau selepasnya. Sabda Rasulullah ﷺ : “Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” (Hadis riwayat Ibn Majah). Dan di antara doa sahih yang dibaca oleh Baginda Nabi ﷺ ketika berbuka ialah;

.

Doa-Ketika-Berbuka-SQ

.

Continue reading

Doa Ramadhan Hari Ke–10

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Doa Ramadhan hari ke sepuluh… Mengharapkan Allah سبحانه وتعالى yang Maha Belas Ihsan supaya digolongkan kita di kalangan orang yang bertawakal, berjaya dan dekat padaNya.

Continue reading

Doa Harian Ramadhan

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Doa yang dibaca oleh Rasulullah SAW dalam bulan mulia ini berbeza pada 3 peringkat:

Awal Ramadhan ~ Rasulullah memohon rahmat daripada Allah SWT,

Pertengahan Ramadhan ~ Baginda SAW memohon keampunan dan pada

Peringkat akhir Ramadhan ~ Rasulullah SAW meminta dijauhkan daripada seksaan neraka.

Continue reading

DOA ARWAH UNTUK BAPA

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Pemberian yang paling berharga dan ditunggu-tunggu dari anak-anak oleh roh arwah ibu bapa yang telah pulang ke rahmatullah adalah doa yang berterusan daripada mereka. Oleh kerana itu, jangan sesekali meninggalkan doa dan sedekahkan kepada mereka berdua.

Doa seorang anak soleh kepada arwah bapanya adalah amalan yang dapat membantu dan boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh.

Berikut adalah doa untuk arwah bapa. Dibaca dan diamalkan selalu oleh mereka yang bapanya telah meninggal dunia sebagai amalan harian terutama pada setiap kali selepas solat 5 waktu :

Continue reading

Doa Pendinding Nabi Muhammad SAW

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Doa Pendinding ini dibaca oleh Nabi Muhammad ﷺ ketika Baginda ﷺ diekori Jin Ifrit semasa Peristiwa Israk sebagaimana yang diriwayatkan oleh Yahya ibn Said.

Peristiwa tersebut memberi pengajaran kepada kita sekalian, bahawa sewaktu kita sedang melaksanakan sesuatu tugas dan urusan, kadang-kadang datang gangguan daripada makhluk jin yang muncul dengan tiba-tiba, mahupun yang disuruh oleh seseorang untuk menggagalkan usaha kita. Oleh kerana itu supaya kita selamat dari gangguan tersebut, maka doa yang diajarkan oleh Malaikat Jibril berikut perlu kita baca setiap kali kita akan melakukan tugas.

  Continue reading

Khalimah / Doa Taubat

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Sebagai manusia yang serba lemah, kita memang pernah melakukan dosa dan amat berharap Allah سبحانه وتعالى mengampunkan segala dosa kita. Maka dengan melalui Solat Taubat dan doa ini, kita terus berharap pada rahmat Allah agar dosa tersebut diampunkan.

Khalimah Doa Taubat ini sangat baik dihafal dan dibaca pada bila-bila masa sahaja terutama pada setiap kali lepas solat. Mari kita sama-sama amalkan doa taubat ini.

Continue reading

DOA ARWAH UNTUK IBU

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Tiada pemberian yang paling berharga dan ditunggu-tunggu oleh ibu bapa yang telah pulang ke rahmatullah selain daripada doa yang berterusan dari anak-anak. Oleh kerana itu, jangan sesekali meninggalkan doa dan sedekahkan kepada mereka berdua.

Berikut adalah doa untuk arwah ibu. Dibaca dan diamalkan selalu oleh mereka yang ibunya telah meninggal dunia sebagai amalan harian terutama pada setiap kali selepas solat 5 waktu:

.

Doa Arwah Ibu

.

Continue reading

DOA SELEPAS AZAN

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Doa Selepas Azan adalah suatu sunnah dan apabila telah selesai azan yang dikumandangkan oleh mu’azzin, setiap Muslim yang mendengar azan tersebut hendaklah berdoa dengan penuh penghayatan.

 

Waktu selepas azan juga adalah masa mustajab berdoa, maka lebih afdhal dan ada baiknya jika setiap kali lepas doa azan kita tambahkan dengan Asmaul Husna dan doa untuk ibu bapa. Terlebih dahulu hendaklah dibaca 1 – 3 kali selawat sebelum membaca doa selepas azan:

Continue reading

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,295 other followers