Solat Sunat Isyraq

.

Solat Sunat Isyraq dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan pada hamba-Nya sehari lagi mengecapi alam ini walaupun dalam hari-hari berlalu kita banyak melakukan dosa.

.

.

Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit matahari.

.

Diberi tempoh jarak masa sebegini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah supaya  ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari.  Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

.

Dari Abdullah bin ‘Umar r.a.,katanya Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda: “Waktu Subuh adalah sejak terbit fajar hingga terbit matahari. Apabila matahari terbit, berhentilah solat kerana dia terbit antara dua tanduk syaitan.”  (Hadis Riwayat, Muslim r.a.)

.

Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha. Oleh itu wajarlah seseorang itu berikhtikaf sebentar selepas solat jemaah Subuh dengan berzikir dan membaca al-Quran sementara menunggu tibanya waktu Isyraq agar tidak terlepas memperolehi fadhilat besarnya.

.

.

Keutamaan Solat Isyraq

.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda:

 مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِى جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ

 “Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah  sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.”  (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi dan , ath-Thabrani r.a.)

.

Betapa besarnya keutamaan duduk/menetap di tempat solat sesudah Solat Fardhu Subuh berjemaah untuk berzikir kepada Allah SWT sehingga matahari terbit, kemudian itu melakukan solat dua rakaat, sebagaimana ditunjukkan pada hadis agung di atas yang terdapat dalam kitab ‘Tuhfatul ahwadzi’ dan ‘at-Targhib wat tarhib’.

.

.

Keterangan Hadis

Keterangan lanjut tentang hadis di atas:

 .

  • Dalam kitab ‘Bughyatul Mutathawwi’ mencatatkan solat dua rakaat ini sebagai Solat Isyraq (terbitnya matahari) oleh Ibnu Abbas yang waktunya di awal waktu (sebelum) solat dhuha.

.

  • Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’ “… sampai matahari terbit“. diistilah sebagai sehingga matahari terbit dan agak naik setinggi satu tombak. Manakala Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin dalam “asy-Syarhul mumti’”  menyatakan masanya sekitar 12-15 minit selepas matahari terbit kerana Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam melarang melakukan solat ketika matahari terbit, terbenam dan ketika tegak di tengah-tengah langit. (HR Muslim)

.

  • Keutamaan dalam hadis ini lebih dikuatkan dengan perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri, dari Jabir bin Samurah radhiyallahu anhu: “Bahawa Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam jika selesai melakukan solat subuh, beliau duduk (berzikir) di tempat beliau solat sampai matahari terbit dan meninggi.”  (HR Muslim dan at-Tirmidzi)

.

  • Keutamaan dalam hadis ini adalah bagi orang yang berzikir kepada Allah SWT di masjid tempat dia bersolat sampai matahari terbit dan tidak bercakap atau melakukan hal-hal yang tidak termasuk zikir kecuali kalau wuduknya batal, maka dia boleh keluar masjid untuk berwuduk dan akan kembali ke masjid.

.

  • Maksud “berzikir kepada Allah” dalam hadis ini adalah umum, termasuk membaca al-Quran, membaca zikir di waktu pagi, mahupun zikir-zikir lain yang disyariatkan.

.

  • Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’, pengulangan kata “sempurna” dalam hadis ini adalah sebagai penguat dan penegas, dan bukan bererti mendapat tiga kali pahala haji dan umrah.

.

  • Makna “mendapatkan (pahala) seperti pahala haji dan umrah” adalah hanya dalam pahala dan balasan, dan bukan bererti orang yang telah melakukannya tidak wajib lagi untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah jika dia mampu.

.

.

.

Cara Melakukan Solat Isyraq

.

1.    Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut:

        

.

2.     Solat sunat Isyraq dilaksanakan sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain.

.

3.     Lafaz niatnya:-

“Daku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

.

4.     Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

      Rakaat pertama, bacalah Al-A’la.

      Rakaat ke-dua, baca Al-Fil.

                    Atau;

      Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun.

      Rakaat ke-dua, baca Al-Ikhlas.

.

5.     Selepas salam bacalah doa ini;

.

.

6.     Atau boleh dibaca doa ini;

.

~shafiqolbu~

.

35 responses to this post.

  1. Posted by eren on 24/07/2012 at 10:09 am

    assalamualaikum,
    saya nak penjelasan mengenai waktu solat israq sebab ada yg mengatakan watu solat sunat ini pagi sebelum terbit matahari tapi suasana telah terang. Yang mana satu yang betul.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Terdapat hanya 2 solat sebelum terbit matahari, solat fardhu Subuh dan solat rawatibnya iaitu solat sunat Fajar…manakala solat sunat Isyraq hanya dilakukan 12 minit selepas waktu syuruk (terbit matahari).

      Reply

      • Posted by Anis Faridah Md Nor on 16/07/2014 at 7:49 pm

        Assalamualaikum, saya tak berapa jelas disini, solat sunat fajar adakah ini solat sunat sebelum subuh? Saya pernah mendengar solat sunat fajar adalah solat sunat yang dibuat sebelum solat sunat subuh? Yang mana satu sebenarnya. Terima kasih.

      • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

        solat sunat fajar adalah nama lain bagi solat sunat sebelum subuh yang dilakukan sebelum solat fardhu subuh.

  2. assalamualaikum..admin, boleh tak saya nak minta untuk share ,post yang ada dalam shafiqolbu untuk msuk kedlam laman web saya., bagi memudahkan rujukan student saya..link asal saya akan kekalkan..wassalam. mawarsufiku.blogspot.com

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Perkara yang baik apa salahnya…Sebagai menghargai ilmu, membudaya dan mensejahterakan ummah, Nuratul hadiahkanlah bacaan al-Fatihah dan doakan agar ana sentiasa beroleh kesihatan berpanjangan dan keredhaanNya.

      Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Tidaklah berdoa seorang Muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

      Reply

  3. Posted by abdullah on 23/08/2012 at 10:09 pm

    subhanallah syukron ya akhi

    Reply

  4. Posted by orang pontian on 28/08/2012 at 6:50 pm

    Assalam… mohon share

    Reply

  5. Posted by oja on 08/09/2012 at 7:25 am

    Alhamdulillah. Terima kasih diatas perkongsian ilmu ini.

    Reply

  6. Posted by suria on 20/11/2012 at 3:59 pm

    salam saudara…
    Alhamdulillah banyak ilmu yang saya dapat dari blog saudara ini…dan saya tercari2 waktu solat sebenar solat isyraq ..t.kasih

    Reply

  7. Posted by Salimun on 23/11/2012 at 6:39 pm

    Assalamu’alaikum wrwb,
    Terima kasih atas ilmu yang bermanfaat ini. izinkan saya copas untuk disampaikan pada sahabat muslim. Jazakallohubilkhoir

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jangan lupa kredit juga pada Blog Shafiqolbu…

      Reply

  8. Posted by noor diana on 27/11/2012 at 2:40 pm

    assalamualaikum…mohon share n syukran:)

    Reply

  9. Posted by Norhayati binti Zambri on 09/01/2013 at 5:03 am

    Salam saudara.

    Alhamdulillah bersyukur sy pd Allah kerana ditakdirkan oleh Nya berjumpa dgn blog saudara. Semoga Allah merahmati saudara.

    Boleh saudara jelaskan berkenaan Solat Sunat Fajar?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Aminnn…

      Selamat berkunjung ke Blog Shafiqolbu… Insya-Allah ana akan buat entry khas untunya..

      Reply

      • Posted by Norhayati binti Zambri on 01/02/2013 at 4:11 am

        Terima kasih. Dengan perkongsian ini saudara telah membantu ramai org yg inginkan panduan untuk beramal di waktu malam.Semoga Allah merahmati saudara dan seluruh ahli keluarga saudara. Amin.

  10. as salam.. ada panduan solat jamak tak… sume dapat diamalkan dengan lengkap disini

    Reply

  11. Posted by SHAH7273 on 05/03/2013 at 3:06 am

    Alhamdunillah… sangat bermanafaat perkongsian ilmu yang anta berikan kepada pengunjung bolg anta…. mudah-mudahan mendapat kerahmatan Allah SWT hendaknya… mohon ana share maklumat ni.. terima kasih….

    Reply

    • Amiiin…

      Akhi Shah sebarkanlah juga pada sahabat2 lain mengenai Blog Shafiqolbu ini… Selamat beramal…

      Jazaakallaahu Khair..

      Reply

  12. Posted by nanotech17 on 25/03/2013 at 7:21 am

    Assalamualaikum – Mohon share – terima kasih tuan.

    Reply

  13. Posted by zuraidah ismail on 12/05/2013 at 11:52 am

    asalamualaikum,saya selalu buat solat ishrak sebelum solat dhuha ,dalam pukol 10 pagi ,kerana masa itu masa rehat waktu kerja ,maknanya solat saya itu tak sah

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      InsyaAllah soleh tersebut diterima atas kekhilafan masa lalu.
      Waktu sebenarnya adalah 12 minit selepas terbit matahari (Syuruk) sehingga matahari tinggi anggaran setombak (26 minit selepas terbit matahari/Syuruk).

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  14. Posted by HMalin on 20/06/2013 at 1:49 pm

    Assalammualaikum Tuan,
    Mohon izinkan saya copy save page utk panduan dan amalan.
    Terima kasih.

    Reply

  15. Salam…,

    Pohon syare ilmu didada tuan. Mudahan2 tuan dan seluruh pencinta ilmu Allah sentiasa dalam pemeliharaanNya. Al Fatihah…, Jakallah Khairan Kthiran.

    Reply

  16. Posted by suharsi on 03/08/2013 at 7:15 am

    mohon di perkenankan mengcopy untuk referensi

    Reply

  17. Posted by amarul hanif on 19/08/2013 at 10:13 am

    salam izinkan saya share ke dalam page rayhar travels sebagai perkongsian segala ilmu bermanfaat ini tuan..semoga Allah memberkati usaha murni tuan

    Reply

  18. Posted by yati on 03/10/2013 at 8:05 pm

    mohon share dan copy untuk rujukan masa depan terima kasih semoga Allah memberkati tuan dan keluarga amin…..

    Reply

  19. assalamualaikum tuan. mohon save the document untuk print out.. ada link on every pages..ok ker ?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Jazaakillaahu Khair…Khabarkanlah juga pada sahabat2 lain mengenai Blog Shafiqolbu ini…

      Reply

  20. Posted by prasetyo on 08/12/2013 at 5:30 am

    Assalamu’alaikum.
    Saya ingin bertanya, apakah sholat isyraq itu hanya bagi mereka yang mengerjakan sholat subuh secara berjama’ah saja ?
    # bagaimana dengan yang munfarid ?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Solat Isyraq boleh dilakukan oleh semua mukmin walaupun tidak berkesempatan solat berjemaah. Manakala Solat Munfarid adalah Solat Fardhu dan Sunat yang dilakukan sendirian baik di masjid, surau/musala, rumah, dan sebagainya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  21. Assalamualaikum. Blog ini sgt membantu saya dlm usaha menjadi muslim yang lebih baik. Moga tuan sentiasa diberiNya kesihatan dan dirahmati olehNya. Amin. Mohon tuan beri keizinan untuk saya copy dan amalkannya.

    Reply

  22. Posted by motivasi5k on 20/07/2014 at 7:43 am

    Assalamualaikum.
    Alhamdulillah. TK di atas panduan solat israk. Inilah pertama kali dalam hidup ana dapat melakukannya…Tk

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,053 other followers

%d bloggers like this: