Solat Sunat Tahiyatul Masjid

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

 .

  Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu’akkad ‘selamat datang’ bagi menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain.

.

  Sabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim)

.

Dalam sebuah riwayat yang lain disebutkan, “Jika salah seorang di antara kamu memasuki masjid, hendaklah dia tidak duduk hingga mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

.

Sekiranya sampai ke masjid hanya beberapa minit sahaja akan didirikan solat fardhu, maka memadailah seseorang itu mendirikan solat sunat sebelum fardu dan ia sudah dikira sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid. Boleh juga untuk menyatukan dua niat antara mana-mana solat sunat qabliyah dan Solat Tahiyatul Masjid.

.

Jika seseorang itu meninggalkan Solat Sunat Tahiyatul Masjid tetapi terus menunaikan solat sunat qabliyah atau solat wuduk, maka ia juga memadai kerana hadis di atas berbentuk umum, iaitu ‘mendirikan solat dua rakaat’.

.

Apabila berkelapangan dan ada kesempatan, maka adalah sewajarnya seseorang itu melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid berasingan yang natijahnya akan memberatkan lagi timbangan amal di akhirat.

.

.

Tujuan

1.  Sebagai cara memuliakan masjid yang merupakan rumah Allah.

2.  Memupuk sifat rendah diri dan beradab semasa berada di dalam masjid.

3.  Menggalakkan umat Islam mendapat pahala berganda ketika di masjid.

.

.

Tertib

Sebaik-baik sahaja sampai di dalam masjid hendaklah lakukan pekara2 berikut:

 .

1.   Bila seseorang jemaah hendak masuk sesebuah masjid disunatkan membaca doa:

.

.

2.   Berniat iktikaf.

.

.

3.   Dan apabila sampai di tempat hendak duduk, bagi menambahkan kecekalan hati dalam menghadapi syaitan eloklah dibaca:

.

.

.

 Cara Melakukan Solat Tahiyatul Masjid

Sebelum duduk, boleh terus mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid dua raka’at. Caranya sama dengan solat sunat yang lain, hanya niatnya saja yang berbeza.

.

1.  Niatnya :

.

.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

      Raka’at pertama – Al-Kafirun.

      Raka’at kedua – Al-Ikhlas.

.

.

3.  Zikir Selepas Solat Sunat Tahiyatul Masjid

a.  Kemudian selepas selesai Solat Sunat Tahiyatul Masjid itu bacalah 100 kali;

.

 .

b.  Selepas itu berzikirlah lagi dengan lain-lain Istighfar, tasbih, tahmid, tahlil atau sesuatu zikir sehingga sampai mendengar azan.

.

.

.

Fadhilat Solat Sunat Tahiyatul Masjid

1.  Melatih masyarakat ke arah meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

2.  Menyuburkan perasaan menghormati segala makhluk Allah SWT.

3.  Dapat meningkatkan ketenangan jiwa dan perasaan.

4.  Mendidik diri lebih berperatuan dan berdisplin.

5.  Memperolehi pahala yang berlipat kali ganda.

.

Ulama hadis terkemuka, Sufyan at-Tsauri menyatakan, di antara perkara yang termasuk dalam pekara sia-sia ialah apabila seseorang itu masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

.

.

.

Permasalahan Solat Sunat Tahiyatul Masjid

.

1. Jika seseorang itu telah masuk masjid dan terus duduk dengan sengaja, maka tiada lagi Solat Sunat Tahiyatul Masjid baginya.

.

2. Jika duduk itu dengan terlupa ada 2 keadaan.

a. Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan terus solat.

b.  Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat, tiadalah lagi dibolehkan bangun bersolat.

.

3  Sekiranya masuk masjid dan didapati azan sedang berkumandang, maka perlulah menjawab azan tersebut sambil berdiri, kemudian melakukan solat sunat Rawatib yang  dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

.

4. Apabila masuk masjid, khatib sedang berkhutbah atau majlis ilmu sedang dijalankan, hendaklah mengerjakan solat Tahiyatul Masjid dua rakaat, sebelum duduk. Solat tersebut hendaklah dilakukan secara ringkas dengan mengambil yang wajib sahaja. Malah Rasulullah SAW pernah menegur orang yang masuk ke masjid kerana tidak Solat Sunat Tahiyatul Masjid sewaktu khutbah Jumaat dijalankan.

.

Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a., dia menyatakan: Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari Jumaat ketika Rasulullah SAW sedang menyampaikan khutbah lalu dia terus duduk. Beliau SAW pun berkata kepadanya:

“Wahai Sulaik, berdiri dan ruku’lah dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksanakannya.” Kemudian beliau bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

.

5. Orang yang tidak dapat mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid disebabkan sudah dimulakan solat jemaah atau dia telah duduk atau dia sekadar masuk sebentar untuk sesuatu keperluan, maka dianjurkan membaca 3 kali:  ‘Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar.’

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAWbersabda: “Jika iqamah solat sudah dikumandangkan, tidak ada solat lagi, kecuali solat wajib.” (Hadis Riwayat Muslim)

.

6.  Sekiranya seseorang itu sedang dalam rakaat pertama Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan para jemaah pun mendirikan solat fardhu, maka wajib baginya membatalkan solat tersebut dan menyertai solat fardhu kerana ada tegahan daripada Rasulullah SAW: “Apabia didirikan solat fardhu, maka tiada solat ketika itu melainkan solat fardhu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Tetapi jika dia berada di rakaat kedua, maka hendaklah dia mempercepatkan dan sempurnakan rukun-rukun yang berbaki sehingga salam sebelum menyertai jemaah solat fardhu.

.

7. Tiada tuntutan untuk Solat Sunat Tahiyatul Masjid di luar masjid, contohnya di padang atau kaki lima.  Sekiranya datang sewaktu imam berkhutbah, kena duduk diam mendengar khutbah. Jika tiba sebelum imam memberi khutbah dan selepas azan pertama, maka boleh Solat Sunat Qabliyah Jumaat.

.

8.  Bagi mereka yang menunaikan haji atau umrah, apabila memasuki Masjidilharam hendaklah melakukan Tawaf sebagaimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan bukannya Solat Tahiyatul Masjid. Kata Ibn Abbas r.a. “Tahiyat Kaabah ialah Tawaf”.

.

9.  Mereka yang telah bermukim di Makkah dan datang ke masjid untuk solat, menuntut ilmu dan seumpamanya, sebaik-baiknya mereka hendaklah melaksanakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid bukannya mengerjakan Tawaf.

.

.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

By

Shafiqolbu

.

93 responses to this post.

  1. Posted by samri sayful ansar on 02/03/2012 at 1:54 pm

    Asslamaualaikum, hari ini hari jumaat dan saya mengucapkan ribuan terima kasih pada saudara sudi berkongsi maklumat mengenai solat sunat tahiyatul masjid….sebelum ini saya xpernah melakukannya…dan baru saya sedar selama solat saya ini sia-sia seperti yang diucpkan oleh ulama itu tanpa solat sunat masjid ini…….namun dengan berkat ALLAH SWT mempertemukan blog anda kepada saya untuk saya pelajari insyaallah saya akan lakukannya sepanjang solat jumaat…

    Reply

  2. Posted by Leya on 25/04/2012 at 11:11 am

    Assalammualaikum….saya ingin bertanya sekiranya telah habis sembahyang berjemaah di masjid dan kita baru saja masuk untuk mendirikan solat fardu berseorangan bolehkah kita mendirikan solat sunat tahiyatul masjid?

    Reply

  3. Posted by ingin belajar on 03/05/2012 at 10:45 pm

    assalamualaikum.. bolehkah solat tahiyatul masjid selepas solat fardhu?

    Reply

    • Waalaikumussalam..
      Sekiranya telah melakukan solat fardhu, tidak perlulah lagi mendirikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid kerana dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan solat tersebut.

      Reply

      • Posted by pelajar jahil yg sdg belajar on 23/11/2014 at 9:22 am

        salam, sy dah solat asar berjemaah tapi selepas itu buat pula solat sunat masjid juga, haram atau makruh kerana masuk masjid terus berjemaah solat asar? jika dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan solat seperti yg tuan katakan itu, maka tak perlu buat sunat masjid. Tapi, jika nak buat juga bagaimana, haram atau makruh? Soalan pertama : haram atau makruh dari segi tertib solat sebelum duduk? Soalan kedua : haram atau makruh dari segi waktu larangan solat sunat? Soalan ketiga : jika sudah solat asar tapi mahu buat juga solat sunat masjid selepas itu adakah haram atau makruh? (semua ini situasi di dalam masjid dari sy yg jahil masih menuntut ilmu ini, terima kasih dan salam)

      • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

        Solat Sunat Tahiyatul Masjid tiada waktu larangan dan dalam kes di atas ianya sudah tertampung dalam solat jemaah, tidak perlu dilakukan lagi.. jika ingin melakukan juga..adalah dibolehkan tidak sampai kepada hukum haram tapi makruh sekiranya masih ada solat fardhu yang tertunggak… perlu diutama dan diselesaikan segala solat qadha sebelum memperbanyakkan solat2 sunat.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  4. Posted by Adek wahab on 25/06/2012 at 3:51 pm

    Kalau dah dtg ke masjid tersebut utk solat zohor, dah solat tahayyatul masjid, kemudian keluar tuk smbung bekerja…dtg untuk solat asar di masjid yg sama, ada kah boleh lakukan solat tahiyyatul masjid lagi..?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Adalah sunnah melakukan solat Tahiyyatul Masjid setiap kali mendatanginya dan lebih pahala dan afdal jika Adek dapat setakan dengan berniat i’tikaf.

      Reply

  5. Posted by atan on 28/06/2012 at 1:32 pm

    boleh tak kita sembahyag solat tahiyyatul Masjid di surau yg buat solat jumaat atau di masa-masa surau.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat ini hanya dilakukan dimasjid-masjid dan surau-surau besar yang mengadakan solat Jumaat sahaja.

      Reply

      • Solat tahiyatul masjid hanya dilakukan di masjid sahaja, tidak disyaratkan dilakukan solat Jumaat ataupun tidak. Di Malaysia, ada juga surau yang dilakukan solat Jumaat, contohnya surau di jalan Bulatan Pahang KL, ianya tidak boleh dilakukan solat tahiyatul masjid kerana tidak dinamakan masjid. Perlu dibezakan antara masjid dan surau. Masjid ialah tanah atau bangunan yang diwaqafkan kepada orang awam untuk melakukan solat. ianya sudah menjadi harta waqaf (hak orang awam). Adapun surau masih dimiliki oleh individu tertentu atau organisasi tertentu.
        Oleh itu, tidak boleh melakukan solat sunat tahiyatul masjid di tempat yang dinamakan surau, walaupun dilakukan solat Jumaat.

  6. Posted by puteri on 21/07/2012 at 8:43 am

    Assalamualaikum ustaz

    sy nk tya, jika saya ingin solat sunat wuduk dan tahiyatul masjid, yg mana dulu sy mesti dahulukan?ataupun sy hya perlu buat salah 1 je?

    syukran..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Puteri boleh lakukan Solat Sunat Wudhuk dahulu dan diikuti Solat Tahiyatul Masjid, jika kesempitan waktu boleh dipilih salah satu daripadanya..

      والله أعلم بالصواب

      Reply

  7. Posted by mutalib manap on 21/07/2012 at 1:23 pm

    boleh atau tidak kalau kita baca lain dari surah Al Kafirun dan Al ikhlas?

    Reply

    • InsyaAllah, bolehh..

      Reply

      • Posted by aidil on 04/08/2012 at 6:16 pm

        salam uztaz.nie aidil nak tanya skit,klau waktu orang sujud sudah bh,kita terlambat memasuki masjid,apakh kita patut terus ikut bersama2x sujud?

      • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Sebaik Aidil sampai ke saf terus berniat dan ikut sujud bagi mendapatkan pahala berjamaah..

  8. Posted by Sarul pinrang on 05/08/2012 at 5:57 am

    Assalamu alaikum….bolekah kita solat sunat tayyatul masjid hanya bembaca surah al-fateha tampa membaca surah2 lain?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah al-Fatihah), maka itu mencukupi baginya. Dan sesiapa yang menambah (dengan membaca ayat atau surah lain), maka ia adalah paling baik.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-).

      Walaupun sunat, akan tetapi Sarul tidak digalakkan meninggalkannya dengan sengaja kerana akan mengurangkan pahala solat.

      Reply

  9. Posted by syeed saifulazry on 11/08/2012 at 10:16 pm

    Assalamua’laikum wbt ustaz….sekiranya sya masuk masjid ketika sembahyang terawih telah dimulakan (solat isyak telah dilakukan dirumah), adakah perlu untuk saya melakukan solat tahiyatul masjid terlebih dahulu atau memadai terus mengikuti solat terawih tersebut?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Terus saja mengikut jemaah bersolat Tarawih…dan adalah sayang Sdr.Syeed melepaskan solat Isyak berjemaah yang lebih besar fadhilatnya..

      Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

      Reply

  10. Posted by syeed saifulazry on 13/08/2012 at 9:43 am

    Terima kasih atas peringatan dan jawapan tersebut ustaz

    Reply

  11. Posted by kfendi on 22/08/2012 at 10:51 am

    assalamualaikum ustaz,,
    jika kita sampai di masjid selepas azan… yang mana lebih utama kita buat.. solat sunat wuduk, sunat rawabin atau tahiyatul masjid?
    minta pencerahan.. wassalam

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Seperti pada no.3 dalam tajuk ‘Permasalahan Solat Sunat Tahiyatul Masjid’ di entery di atas… solat sunat Rawatib dikira sudah memadai bagi memenuhi tuntutan Solat Sunat Wuduk dan Tahiyatul Masjid.

      Reply

  12. Posted by Zol on 25/08/2012 at 11:59 pm

    Assalamualaikum,

    Dalam bulan puasa baru2 ni saya masuk Masjid Subang untuk solat zohor, selepas masuk saya buat sunat tahiyatul masjid dan terus duduk, semasa tu ada seseorang sedang memberi tazkirah tentang masaalah negeri Selangor, sebelum mengakhiri tazkirah, dia memberi teguran kepada yang lain2 termasuk saya supaya terus duduk dan tidak membuat tahiyatul masjid kerana mendengar tazkirah lebih afdal katanya, setahu saya apa yang Ustaz terangkan diatas itulah yang lebih afdal kerana nabi pernah menegur Sulaik semasa khutbah. Saya ingin penjelasan dari Ustaz.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ikutlah seperti apa yang Rasulullah SAW sunnahkan..
      Allah berfirman; “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”
      (Surah Al-Ahzab : Ayat 21)

      Reply

  13. Posted by Shofi on 30/08/2012 at 3:12 pm

    Assalammualaikum,

    Off topik sedikit, dalam solat berjemaah, semasa tahiyat akhir, imam telah memberi semalam, namun saya masih belum habis lagi membaca tahiyat akhir, manakah lebih baik, adakah saya putuskan bacaan dan terus memberi salam mengikut imam atau boleh proceed menghabiskan bacaan tahiyat akhir dan kemudiannya baru memberi salam

    Terima kasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sdr.Shofi habiskanlah membaca tahiyat akhir tersebut, tak perlu terburu2 kerana imam telah selesai solatnya.

      Reply

      • Posted by Shofi on 03/09/2012 at 11:23 am

        Terima kasih Tuan, mohon sedikit pendapat Tuan tentang Isbal, terutama ketika kita memakai seluar, terlalu banyak pendapat, buat masa ini saya singkatkan seluar sehingga betul betul di mata kaki (buku lali), mohon pendapat

      • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Tepatlah seperti apa yang Sdr.Shofi lakukan itu kerana had kain/seluar adalah antara setengah betis hingga ke tepat paras buku lali.

        Berkata Abu Juray Jabir bin Salim radhiallahu’anhu, kepada Rasulullah SAW : “Berikanlah kepadaku sebuah wasiat.” Baginda bersabda: “Janganlah engkau cela sesiapa.” Dia berkata: “Maka mulai saat itu tidak ada seorang pun yang aku cela baik orang merdeka, budak, unta mahupun kambing.” Baginda bersabda:

        (( وَلاَ تَحْقِرَنَّ شَيْئًا مِنَ الْمَعْرُوفِ وَأَنْ تُكَلِّمَ أَخَاكَ وَأَنْتَ مُنْبَسِطٌ إِلَيْهِ وَجْهُكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنَ الْمَعْرُوفِ وَارْفَعْ إِزَارَكَ إِلَى نِصْفِ السَّاقِ فَإِنْ أَبَيْتَ فَإِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِيَّاكَ وَإِسْبَالَ الإِزَارِ فَإِنَّهَا مِنَ الْمَخِيلَةِ وَإِنَّ اللهَ لاَ يُحِبُّ الْمَخِيلَةَ وَإِنِ امْرُؤٌ شَتَمَكَ وَعَيَّرَكَ بِمَا يَعْلَمُ فِيكَ فَلاَ تُعَيِّرْهُ بِمَا تَعْلَمُ فِيهِ فَإِنَّمَا وَبَالُ ذَلِكَ عَلَيْهِ.))
        “Jangan engkau lepaskan kenikmatan perbuatan baik walaupun sedikit. Bercakaplah kepada saudaramu dengan wajah yang berseri-seri sebab hal itu juga sebuah kebaikan. Angkat kain sarungmu hingga setengah betis. Jika engkau enggan maka julurkan tepat di atas mata kaki. Janganlah kamu melakukan isbal, sebab isbal itu termasuk perbuatan sombong dan Allah tidak menyukai sifat sombong. Apabila ada seseorang yang mencela dan mencacimu dengan sesuatu yang ia ketahui dari dirimu, maka jangan engkau balas mencercanya dengan sesuatu yang engkau ketahui dari dirinya, sebab bencana tersebut hanya akan menimpa dirinya sendiri.” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud, at-Tirmidzi, Ahmad r.a.)

        ‘Isbal’ (melabuhkan pakaian bagi lelaki) itu bukan pada kain sarung saja tetapi juga pada serban, jubah dan baju lengan panjang. Oleh kerana itu janganlah sampai lengan bajunya melepasi pergelangan tangan dan serban jangan sampai hujungnya menjulur hingga kedua-dua pinggul, berdasarkan hadis Ibnu ‘Umar radhiallahu’anhu dari Nabi Shalallahu’ alaihi wa sallam, Baginda bersabda:

        (( الإِسْبَالُ فِي الإِزَارِ وَالْقَمِيصِ وَالْعِمَامَةِ مَنْ جَرَّ مِنْهَا شَيْئًا خُيَلاَءَ لاَ يَنْظُرُ اللهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.))
        “Isbal itu ada pada kain sarung, baju panjang dan serban. Sesiapa memanjangkannya kerana sombong, maka Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat kelak.” (Hadis riwayatkan oleh Abu Dawud, An-Nasa-i dan Ibnu Majah r.a.)

        Para ulama telah sepakat bahawa Isbal itu haram jika dilakukan atas dasar sombong dan mereka juga berselisih pendapat jika isbal dilakukan bukan kerana sombong. Dalam pada itu kebanyakan daripada mereka tidak mengharamkan bagi isbal tanpa kesombongan dan para ulama sepakat jika isbal tanpa kesombongan, maka hukumnya adalah makruh.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  14. Posted by apik on 31/08/2012 at 10:39 am

    assalammualaikum… solat sunat tahyatul masjid boleh x dilakukan di surau????

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh dilakukan di surau2 besar dan yang mengadakan solat Jumaat.

      Reply

  15. Posted by adif on 20/09/2012 at 11:57 am

    Assalammualaikum, bolehkan solat tahiyatul masjid dilakukan sebelum azan jumaat, maksudnya diantara 5-10 minit sebelum azan pertama jumaat.. Bukankah tempoh tersebut waktu syuruk diharamkan solat.. Sbb ini berlaku jika datang awal ke masjid menunggu azan pertama jumaat? Sekiranya sy tersilap harap perbetulkan..

    Reply

    • Posted by adif on 20/09/2012 at 12:29 pm

      Maaf ustaz, rasanya sy sudah mendapat jawapanya daripada blog ni dalam page solat sunat.. Sbb sy masih baru dsini.. Blog ini sgt berguna untuk org seperti sy.. Terima kasih 🙂

      Reply

      • Alhamdulillah… Yang baik dan baik tu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk dari diri ana jua…

        Selamat berkunjung ke sini… Semoga Blog Shafiqolbu dapat terus membantu… InsyaAllah…

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1. Solat Tahiyatul Masjid boleh dilakukan pada bila-bila masa walaupun pada waktu yang terlarang kerana ia adalah solat sunat bersebab.
      2. Tempoh waktu larangan solat sebelum azan pertama adalah terbatal kerana keistimewaan Jumaat, penghulu segala hari.
      3. Syuruk adalah waktu sebaik munculnya matahari dan diharam solat hanya dalam tempoh 12 minit selepasnya. Jadual waktu syuruk ini Sdr.Adif boleh rujuk pada akhbar atau Takwin Islam.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  16. Posted by asha on 23/10/2012 at 1:18 am

    Assalamualaikum ustaz,sy tgl brdekatan masjid..adakah stiap kali masuk ke masjid sebelum setiap solat fardhu pd stiap hari sy perlu solat sunat masjid dahulu?atau hanya perlu melakukan solat sunat masjid pd kali pertama masuk ke masjid pd hari tersebut?mohon pnjelasan ustaz..terima kasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Melakukan Solat Sunat Tahatul Masjid amatlah dituntut setiap kali memasukinya… walaupun Asha ke masjid pada setiap solat fardhu. Ia sebagai suatu cara menghormatinya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  17. Posted by Abdul Ghani Pindek on 03/11/2012 at 11:08 pm

    Assalamualaikum.ingin tahu,apa solat solat sunat yg perlu dilaksanakan selepas solat Jumaat

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat Sunat Ba’diyah Jumaat 2 atau 4 rakaat.

      Reply

  18. Posted by Sham on 08/11/2012 at 6:29 pm

    Assalamualaikum Ustaz… Biasanya ramai jemaah mengerjakan solat Tahiyatul Masjid sebelum sembahyang fardhu, setelah selesai sembahyang fardhu secara berjemaah pula mereka terus solat sunat sekali lagi, itu adakah solat Tahiyatul Masjid Ustaz? Dan bagaimana dengan niatnya jika solat sunat itu bukan Tahiyatul Masjid?

    Reply

  19. Posted by shariff on 18/11/2012 at 11:11 pm

    Assalamualaikum w.w.

    Saya ada terbaca suatu artikel berkenaan solat jumaat, yang mengatakan bahawa semasa pada solat jumaat tidak ada solat qiblyah dan bahdiyah (rawatib). Makmum hanya disarankan untuk solat sunat tahyatul masjid sahaja. Selepas itu mendengar kutbah. Harap perbetulkan pendapat ini. Terima kasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Tiada pada yang lewat hadir ke masjid… Solat Rawatib adalah solat sunat mengiringi solat fardhu dan pada hari Jumaat solat Jemaah inilah yang menjadi kefardhuan bagi setiap lelaki Muslim.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  20. Posted by mohd kamarul ariffin bin ismail on 15/02/2013 at 8:42 am

    Assalamualaikum..mohon share untuk perkongsian ilmu..assalamualaikum..

    Reply

  21. Posted by Mohd Aizat on 15/03/2013 at 9:08 am

    Assalamualaikum ustaz,,boleh off topik sedikit,,semasa sedang sembahyang berjemaah,imam sudah rukuk manakala saya masih membaca al-fatihah,adakah perlu saya putuskan bacaan al-fatihah itu untuk mengikut imam rukuk ataupun saya perlu teruskan saja bacaan al-fatihah itu sehingga selesai??,,mohon penjelasan daripada ustaz…

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Habiskan bacaan Fatihah tersebut dan sekiranya masih belum selesai setelah imam bangkit dari rukuk, maka barulah diputuskan bacaan Fatihah dan teruskan rukuk kerana solat Akhi Aizat akan terbatal sekiraya ketinggalan lebih dari 2 rukun Fi’li daripada imam.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  22. Posted by Bula on 20/03/2013 at 2:06 pm

    Assallamualaikum, apakah solat
    sunat yang dilakukan selepas solat fardhu?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat Rawatib – Solat Sunat Ba’diyyah.

      Reply

  23. Posted by amin nur iman on 29/03/2013 at 12:33 pm

    USTAZ. SALAM JUMAAT SAYA UCAPKAN. SAYA NAK BERTANYA PADA USTAZ. APE HUKUM KALAU SEORANG WANITA KELUAR DENGAN 2 LELAKI PADA SUATU MASA ?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Diharuskan bagi keperluan mendesak seperti belajar dan bekerja…tetapi jika mereka berdua bukan mahram dan untuk saja2/maksiat adalah haram hukumnya.

      Firman Allah SWT:

      وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
      “Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk.”
      (al-Israa’:32)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  24. Posted by amier on 12/04/2013 at 11:01 pm

    Assalamualaikum ustaz… apa hukumnya solat sunat tahiyatul masjid sebelum beberapa minit sebelum azan maghrib berkumandang…

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Makruh ketika azan berkumandang… selain dari waktu itu sunnah dilakukan sebaik setiap kali datang/memasuki ke masjid..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  25. sholat manakah yang di dahulukan antara sholat sunah wuduk dan sholat sunah tahiyatul masjid?

    Reply

    • Solat Sunat Wudhuk dan diikuti solat Tahiyatul Masjid…walau bagaimanapun Akhi Pian boleh dirikan mana-mana jua jenis solat sebelum duduk di dalam masjid..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  26. Posted by roslan bin ahmad on 21/06/2013 at 3:08 pm

    Assalammualaikum,,saya nak tanya,,kalau mcm waktu syuruk diharamkan solat sunat kan,,kalau hari jumaat,,sbb penghulu segala hari,,tapi kalau isnin sampai khamis pulak boleh x solat sunat??

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Akhi Roslan boleh melakukan solat selepas 12-15 minit dari waktu Syuruk (mula terbit matahari) iaitu sebaik saja sfera matahari melepasi garisan ufuk sehinggalah 7-10 minit sebelum masuk waktu Zuhur kecuali hari Jumaat.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  27. Posted by Harith on 09/07/2013 at 10:47 am

    Alhamdulillah…hari ini saya terjumpa blog yang berguna untuk saya memperbaiki, menambah dan menguatkan lagi amalan saya bukan saja pada bulan yang mulia yang bakal mendatang esok tetapi juga pada masa-masa yang lain…terima kasih

    Reply

  28. terima kasih atas perkongsian..

    Reply

  29. Posted by roslan bin ahmad on 12/07/2013 at 3:38 pm

    Assalamualaikum,,maksud ustaz solat tahiyatul boleh dibuat pada waktu terlarang pon??contoh:kalau saya kew masjid saya buat tahiyatul masjid dulu lepas saya bagi salam lepas tu saya bangun terus dan buat solat sunat qabliyah boleh x ustaz?maknanya selepas azan pertama maksud saya hari jumaat…time saya nak pg solat jumaat..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1) Ya, sebaik melangkah masuk dan sebelum dalam masjid, lakukanlah Solat Tahiyyatul Masjid.
      2) Azan pertama adalah memanggil para jemaah dan setelah azan ke2 barulah boleh didirikan Solat Sunat Qabliyah.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  30. Posted by roslan bin ahmad on 17/07/2013 at 3:15 am

    Maksud ustaz selepas azan pertama tu xboleh buat solat qabliyah jumaat??contoh saya dtg masjid buat tahiyatul masjid lepas tu saya bangun terus buat solat qabliyah jumaat maksud saya selepas azan la..

    Reply

  31. Posted by Azzif on 21/07/2013 at 8:29 am

    Assalamualaikum, perlukah mengulangi solat sunat Tahiyatul Masjid sekiranya kita ke tandas sewaktu beriktikaf di masjid? contohnya sesudah solat subuh dan duduk mendengar ceramah.kemudian ke tandas utuk qada hajat. kemudian masuk semula ke masjid untuk menyambung dengar ceramah. perlukah berwuduk semula dan menunaikan solat Tahiyatul Masjid (atau solat sunat wudhuk lebih afdal?) sebelum duduk semula?. Mohon penjelasan Ustaz. Jazakallah.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Tidak perlu selagi belum meninggalkan kawasan masjid…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  32. Posted by Azzif Ismail on 28/07/2013 at 12:47 am

    Assalamualaikum Tuan Ustaz dan selamat menjalani ibadat puasa, izinkan saya untuk mengemukakan satu soalan untuk pencerahan. Soalannya ialah perlukah mengulangi solat sunat Tahiyatul Masjid sekiranya kita ke tandas sewaktu beriktikaf di masjid?
    Contohnya sesudah solat Subuh dan duduk mendengar ceramah.kemudian perlu ke tandas utuk qada hajat. kemudian masuk semula ke masjid untuk menyambung dengar ceramah. Jadi perlukah berwuduk semula dan menunaikan solat Tahiyatul Masjid (atau solat sunat wudhuk lebih afdal?) sebelum duduk semula?. Mohon penjelasan Ustaz. Jazakallah.

    Mohon perkongsian ilmu tuan.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Cukup sekali saja selagi Akhi Azzif masih berada di kawasan masjid..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  33. Posted by tri wulandhari on 28/07/2013 at 8:23 am

    assalmmualaikum ustadz..

    saya mau tanya, wktu yg baik untuk melakukan solat tahiyatul masjid kapan yah?
    kalau 1/3 malam trus lngsung di lnjut kan solat lain ny spperti solat tahajut,istiqkhoro,hajat,dsb sambil mnunggu adzan subuh apa boleh di barengi hari itu jga??

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1) Setiap kali mendatangi masjid dan sejurus melangkah masuk ke dalam binaannya…
      2) Boleh…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  34. Posted by sofian on 30/07/2013 at 4:00 pm

    assalam ustaz..
    Boleh kah dibuat solat sunat tahiyatul Masjid di surau( Asal dulu surau ini di buat solat Jumaat) tapi sekarang hanya untuk solat 5 waktu sahaja.
    Solat jumaat di buat di masjid yang baru di bina.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  35. Posted by abc on 05/08/2013 at 1:50 am

    assalam,after solat asar tak boleh solat sunat kan?boleh
    ke kalau nak solat tahiyatul masjid ni after solat asar?

    Reply

  36. Posted by fadhillah on 07/08/2013 at 1:24 am

    Assalamualaikum ustaz.. seperti penerangan di’atas “Apabila berkelapangan dan ada
    kesempatan, maka adalah sewajarnya
    seseorang itu melakukan Solat Sunat
    Tahiyatul Masjid berasingan yang
    natijahnya akan memberatkan lagi
    timbangan amal di akhirat.”

    persoalan saya, bila kah waktu nya? adakah selepas qabliyah? selapas fardhu? selepas baqdiah?

    Reply

  37. Posted by rosfarizam on 13/08/2013 at 4:59 pm

    assalammualaikum ustaz… solat sunat tahiyatul masjid boleh x dilakukan di surau yang tidak melakukan solat jumaat. minta penjelasan

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Menurut sesetengah ulama’, boleh dilakukan pada surau2 yang mengadakan solat berjemaah 5 waktu.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  38. Posted by heh on 29/11/2013 at 11:48 am

    salam . nak tnya . klu da tunai solat sunat rawatib . kena tunaikan tahiyaul masjid ke ?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Sebaik melangkah masuk, lakukanlah solat Tahiyatul Masjid terlebih dahulu dan sekiranya hanya ada satu saja pilihan sebelum solat berjemaah, lakukanlah solat Qobliyah dan InsyaAllah tuntutan solat Tahiyatul Masjid tertampung di dalamnya..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  39. Posted by Khairul on 09/05/2014 at 6:27 am

    Boleh tak sembahyang tahiyyatul masjid secara berjemaah?

    Reply

  40. Posted by amin on 07/07/2014 at 5:57 am

    Assalamualikum.. Ustaz moga mendapat rahmat Daripada Allah krana menyebarkan ilmu yg sangat berguna kpada masyarakat. Disini saya memohon kebenaran untuk mempelajari ilmu Allah yg mana tidak tahu.

    Reply

  41. Posted by wak on 24/07/2014 at 12:00 am

    Assalamualaikum….boleh x solat sunat lain selain solat tahiyyatul masjid sebelum solat fardhu…

    Reply

  42. Posted by amir on 24/07/2014 at 2:01 am

    Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Saya ingin bertanya kepada ustaz mengenai solat sunat tahiyatul masjid selepas solat fardhu asar.

    Jika saya telah berniat untuk menunaikan solat sunat itu, tapi setelah saya masuk kedalam masjid, iqamah dilaungkan, saya terus solat fardhu asar dan selepas itu saya solat sunat tahiyatul masjid.

    Apakah solat sunat tahiyatul masjid itu boleh ditunaikan ataupun ia haram ditunaikan?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Tak perlu dilakukan lagi kerana telah tertmpung oleh solat fardhu.. dan untuk pengetahuan Akhi Amir, Solat Tahiyatul Masjid tiada waktu haram.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by zainuddin on 29/07/2014 at 6:54 am

        Assalamualaikum Ustaz

        Apakah yg perlu di lakukan sekiranya seseorang itu melakukan solat sunat setelah selesai solat subuh? Sedangkan waktu itu adalah waktu yg diharamkan solat?

      • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
        وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

        Dilarang melakukan solat sunat yang tanpa bersebab atau sebabnya datang kemudian.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  43. Posted by noornazzlan on 27/07/2014 at 4:35 pm

    Assalammualaikum ustaz , saya ingin bertanya sebab berlaku kekeliruan sewaktu saya ingin mengerja kan solat jumaat. Waktu solat jumaat ada ke kita perlu sembayang solat zohor sebelum solat jumaat…bab ada yang kate solat zohor tak perlu kerana solat jumaat tu solat zohor…ada yang kate solat zohor perlu….tolong terang secara terperinci takut bila terpesong dari jalan Allah

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini, semua muslim/muslimat yang telah melakukan Solat Fardhu Jumaat tidak perlu lagi mendirikan Solat Fardhu Zuhur pada hari tersebut.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  44. Posted by Mohd Shahrul Nizam on 03/08/2014 at 11:27 pm

    Assalamualaikum..bagaimana cara untuk membatalkan solat sunat rawatib/tahiyatul masjid kerana hendak menyertai solat fardu (iqamat susah dilaungkan)?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Akhi Shahrul boleh meringkas dan selesaikan solat tersebut sebelum Imam rukuk. Jangan sesekali membatalkan solat jika tiada keperluan darurat kerana kita sedang berbicara dengan Allah SWT.

      Sebagai peringatan bersama…
      1. Jangan lewat melakukan solat Rawatib/Tahyatul Masjid sebaik selesai azan dikumandang.
      2. Elak melakukan solat sunat ketika solat jemaah hendak dimulakan.
      3. Bilal usah terburu2 melafazkan Iqamah sebelum jemaah selesaikan solat mereka.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  45. Posted by Hamba Allah on 08/07/2015 at 11:43 am

    Izinkan saya mengambil dan mengamalkan segala yang ustas berikan di dalam blog ini.. Semoga Allah S.W.T merahmati ustas.

    Reply

Leave a reply to Sham Cancel reply