Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat

Solat Tarawih hanya dilakukan pada malam bulan Ramadhan sahaja. Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan (Qiyam Ramadhan) ialah solat Tahajjud atau ‘shalatullail’ (solat malam)yang dilakukan pada malam-malam bulan lainnya.

Tarawih ertinya beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’, Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.

Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT.

Jesteru itu Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan lapan rakaat sahaja.

.

.

Sunnah Rasulullah SAW

.

Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir. Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia.

.

Solat sunat Ramadhan lapan rakaat oleh Rasulullah SAW, seperti yang dilihat oleh Aisyah r.a. di rumah, adalah yang minimum kerana Baginda SAW memanjangkan rakaatnya.

.

Abu Salamah r.a pernah bertanya kepada Aisyah r.a tentang solat malam Rasulullah SAW di bulan Ramadhan. Aisyah menjawab: “Rasulullah SAW tidak pernah menambah rakaat solatnya di bulan Ramadan dan atau bulan lain melebihi sebelas rakaat. Baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat tiga rakaat (witir).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1147.

.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h menyatakan di dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa, mengenai solat qiyam Ramadan (solat Tarawih); “Nabi SAW tidak pernah menetapkan jumlah rakaatnya. Namun, baginda sendiri tidak pernah mengerjakannya melebihi 11 atau 13 rakaat sama ada pada bulan Ramadan atau bulan lain. Baginda melakukan solat qiyam dengan memanjangkan rakaatnya.”

.

Aishah r.a. meriwayatkan lagi; Rasulullah SAW solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: “Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?”

Baginda SAW menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?”

.

.

Cara Agihan Solat Lapan Rakaat

.

  1. Biasanya Solat SunatTarawih dilakukan sebanyak lapan rakaat yang dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam.
  2. Solat SunatTarawih ini juga boleh dikerjakan empat rakaat – empat rakaat (2 kali 4 rakaat), iaitu sebagaimana tatacara solat fardhu yang empat rakaat iaitu dengan dua tahiyat.
  3. Boleh juga dikerjakan sebanyak empat rakaat sekaligus dengan hanya satu tahiyat dan sekali salam sahaja. Sekiranya ingin dilaksanakan dengan hanya satu tahiyat maka setiap rakaat hendaklah dibaca surah-surah atau ayat-ayat dari al-Qur’an.

#  Setiap cara Solat Sunat Tarawih di atas, hendaklah di akhiri dengan tambahan 3 rakaat Solat Sunat Witir, boleh sama ada dilakukan dengan dua salam atau satu salam Witir sahaja.

.

Malah, ia juga boleh digabungkan dengan hanya satu rakaat Solat Sunat Witir.

Abdullah bin Umar r.a berkata: “Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah cara melakukan solat malam? Baginda bersabda: “Dua rakaat dua rakaat. Apabila engkau bimbang (waktu solat Subuh akan masuk), laksanakan terus solat witir sebanyak satu rakaat.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, no: 1137.

Aisyah r.a berkata: “Biasanya Nabi s.a.w solat di malam hari sebanyak 13 rakaat termasuk witir dan dua rakaat solat sunat fajar (solat sunat sebelum fardu Subuh). – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1140.

.

.

Bacaan Surah

.

Sesudah membaca Al Fatihah pada setiap rakaat, lalu membaca ayat-ayat atau surah daripada Al Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat.

.

  1. Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Hafiz).
  2. Setelah membaca surah Al-Fatihah, bacalah sebarang surah lazim yan diketahui. Pada raka’at kedua ada baiknya membaca surah al-Ikhlas 3 kali.
  3. Kebanyakan orang biasanya hanya membaca surah-surah lazim. Berikut adalah cara tersusun membaca surah lazim Solat Sunat Tarawih lapan rakaat;

.

Jadual Surah Solat Tarawih Lapan Rakaat

Rakaat

Surah

Pertama

At Takaatsur

Kedua

Al Ashry

Ketiga

Al Humazah

Keempat

Al Fiil

Kelima

Al Quraisy

Keenam

Al Ma’uun

Ketujuh

Al Kautsar

Kelapan

Al Kaafiruun

.

.

Cara Melakukan Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat

.

Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis: “Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.” (Riwayat Jamaah)

.

1.  Niat:

.

.

2.  Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih

.

1.  Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Ba’diah Isyak, maka Bilal memulakan Solat Tarawih dengan menyeru:

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَعْبُوْدِ

Maha Suci Tuhan Pemiliki (alam) yang disembah (dipatuhi),

 .

2.  Bilal dan jamaah sama-sama membaca:

.

.

3.  Bilal menyeru dengan lafaz bagi permulaan mendirikan solat sunat Tarawih;

.

.

4.  Imam dan jamaah sama-sama mendirikan 2 rakaat pertama solat sunat Tarawih;

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:

Raka’at pertama: Surah At Takaatsur

Raka’at kedua: Surah Al Ashry

.

5. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-2; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:

.

.

6.  Imam dan jamaah bersama-sama mendirikan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 3 dan 4;

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:

Raka’at ketiga: Surah Al Humazah

Raka’at keempat: Surah  Al Fiil

.

7.  Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-4; Bilal dan jama’ah membaca Tasbih dan Selawat:

.

.

8.  Diikuti dengan Imam membaca doa berikut:

.

.

9.  Sebelum mendirikan 4 rakaat lagi, bilal dan jamaah membaca kalimat:

.

.

10. Imam dan jamaah sama-sama meneruskan Solat Sunat Tarawih rakaat yang ke 5 dan 6;

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:

Raka’at kelima: Surah Al Quraisy

Raka’at keenam: Surah  Al Ma’uun

.

.

11. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-6; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:

.

.

12.  Imam dan jamaah bersama-sama meneruskan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 7 dan 8;

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:

Raka’at ketujuh: Surah Al Kautsar

Raka’at kelapan: Surah  Al Kaafiruun

.

.

13.  Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-8 (akhir); Bilal dan jama’ah membaca Tasbih dan Selawat:

.

.

14.  Apabila selesai mendirikan 8 raka’at Solat Tarawih, membaca doa berikut;

.

Doa Solat Tarawih

.

Doa Selepas Solat Sunat Tarawih

Maksud Erti Doa Selepas Solat Sunat Tarawih

.

Doa Tambahan Selepas Solat Sunat Tarawih 1

.

Doa Tambahan 10 Malam Terakhir Solat Sunat Tarawih

.

.

Solat Sunat Witir

.

Setelah selesai Solat Tarawih, teruslah dirikan solat sunat Witir. Bilal menyeru:

صَلاَةُ الْوِتْرِ اَثَابَكُمُ اللهُ.

Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!

.

.

Cara Melaksanakannya

      .

1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

.

.

2.  Bacaan selepas Fatihah:

Raka’at pertama: Surah Al-A’laa

Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun

.

.

3.   Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;

.

.

4.   Jemaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

.

.

5.   Selepas bacaan al-Fatihah, pada raka’at terakhir, dibaca pula surah;

Al-Ikhlas,

Al-Falaq dan

An-Naas.

.

.

6.   Bemula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca  Doa Qunut sebelum melakukan sujud petama.

.

.

7.   Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:

.

.

8.   Boleh dibaca doa-doa berikut:

.

.

والسلام

by;

shafiqolbu

.

.

234 responses to this post.

  1. Posted by yasmin on 03/07/2014 at 8:29 pm

    Salam.mohon copy entry ini. sgt membantu. terima kasih. moga saudara di berkati di dunia dan di akhirat. Salam Ramadhan

    Reply

  2. Posted by anuar mail on 04/07/2014 at 11:52 am

    saya nak tahu baca tahiyat awal ke tahiyat akhir bagi setiap salam

    Reply

  3. Posted by nurhidayah on 04/07/2014 at 10:02 pm

    Salam. ustaz,mohon copy..dan terima kasih atas perkongsian ilmu

    Reply

  4. Posted by Liza on 05/07/2014 at 5:09 pm

    Assalamualaikum.

    Saya mohon copy dan salin untuk kegunaan saya solat sendirian. Terima kasih

    Reply

  5. Posted by Asmara Amidin on 05/07/2014 at 8:28 pm

    Assalammualaikum ustaz. Minta izin untuk buat salinan.

    Reply

  6. Posted by Sukri on 06/07/2014 at 2:36 pm

    Assalammualaikum ustaz. Saya x berapa faham tentang solat terawih 4 rakaat.
    1. Lafaz niatnya
    2. Cara menunaikannya.

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Lakukan seperti solat Isyak, cuma berbeza pada niatnya di samping diselangi dengan zikir dan selawat sebelum didirikan 4 rakaat lagi.

      NIATNYA:-

      أُصَلِّي سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ لِلَّهِ تَعَالَى
      “Daku menunaikan solat sunat Terawih 4 rakaat kerana Allah Ta’ala.”

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  7. Posted by adlena hany abu adam on 07/07/2014 at 10:34 pm

    Terima kasih kerana blog ini membantu saya untuk mendirikan solat sunat terawih & witir dengan teratur.

    Moga Allah memberkati & membalas usaha tuan/puan dengan perkongsian ilmu ini.
    Aamiin…

    Reply

    • آمِيّنْ… آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
      جَزَاكِ اللهُ خَيْرًا

      Reply

  8. Posted by sukri bin sulaiman on 08/07/2014 at 11:12 am

    Salam ustaz, mohon untuk copy untuk panduan sendiri.
    Terima kasih

    Reply

  9. Posted by Amira on 09/07/2014 at 11:09 pm

    Assalamualaikum.
    Saya copy ye.

    Reply

  10. Posted by Anna on 10/07/2014 at 9:35 pm

    terima kc dgn sholat sunnat terawih

    Reply

  11. Assalamua’laikum ustaz. Saya nak tanya. Solat terawih boleh tak ditunaikan 12 atau 16 rakaat? Atau, solat terawih cuma boleh dilakukan 8 atau 20 rakaat je?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Solat Tarawih boleh dilakukan dengan gandaan 4 rakaat 2 salam, ia terpulang kepada kesanggupan… sesetengah tempat di Tanah Arab ada melakukannya sehingga ratusan rakaat.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  12. Posted by Firdausi on 17/07/2014 at 2:43 pm

    Assalamu’alaikum Wr. Wb. Izin copy dan share ustad apa yg ada di blog ini, moga jadi amal kebaikan……

    Reply

  13. Posted by Said Kechik on 17/07/2014 at 11:17 pm

    Saya melihat jemaah solat tarawih duduk membaca tahiyyat, duduknya seperti membaca tahiyyat awal dirakaat kedua & keenam tetapi duduk seperti biasa pada rakaat keempat & kelapan. Adakah itu cara yg betul dlm solat tarawih?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Berkemungkinan mereka sedang mengqadha solat 4 rakaat dan hanya menumpang pahala berjemaah saja. Inilah cara yang terbaik bagi mereka yang masih berhutang solat fardhu…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  14. Posted by matt azzray on 19/07/2014 at 6:01 pm

    assalamualaikum mhon cpy

    Reply

  15. Posted by Amin Al Fian on 19/07/2014 at 9:54 pm

    Assalamualaikum. Nak tanya doa qunut tu selepas malam 16 sehingga malam terakhir wajib ke dibaca dan bila wajib dibaca?

    wassalam…

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Sunat dibaca pada rakaat terakhir witir.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,211 other followers

%d bloggers like this: