Solat Sunat Witir

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan melakukannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa melakukan solat Witir dan solat sunat Fajar, baik ketika Baginda bermukim ataupun ketika bermusafir.

.

Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah:  “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.”  (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.”  (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)

.

Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’ kerana bilangan rakaatnya ganjil.  Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam“Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.”   (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim).

Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau  berakhir  3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).

.

.

Witir Penutup Solat

.

Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.”   (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)

.

Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isyak.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.”  (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)

.

.

 Fadhilat Solat Witir

1.     Orang yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat.

2.     Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.

3.     Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di akhirat kelak.

.

.

Cara Melaksanakannya:

.

1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Witir dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

.

2.  Bacaan selepas Fatihah:

Raka’at pertama: Surah Al-A’laa

Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun

.

3.  Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir.

.

4.  Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Witir satu raka’at, kerana Allah Ta’ala.

.

5.  Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu:

a) Al-Ikhlas,

b) Al-Falaq dan

c) An-Naas.

.

Al-Nasa’i meriwayatkan daripada Ka’ab r.a., ia berkata: “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membaca dalam solat Witir dengan Surah Al-A’laa, Al-Kafiruun dan Al-Ikhlas.”

.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0461.

Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Syahid Al Bushri menceritakan kepada kami, Muhammad bin Salamah Al Harrani memberitahukan kepada kami dari Khusaif dari Abdul Aziz bin Juraij berkata: “Saya bertanya kepada Aisyah, membaca surat apa ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengerjakan solat witir?” Aisyah menjawab: “Baginda membaca pada rakaat pertama dengan: ‘Sabbihisma Rabbikal A’laa’, ‘Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun’ pada rakaat kedua, dan ‘Qul Huwallaahu Ahad’ dan ‘Muawwidzatain’ pada rakaat ketiga.”

.

.

WIRID DAN DOA SELEPAS SOLAT WITIR

.

1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:

.

Zikir ini dibaca tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suara. “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam setelah salam dari solat witir berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya pada zikir yang ketiga.” (Hadis dari Ubay bin Ka’ab)

.

2. Kemudian dibaca 1 kali kalimah berikut:

3.  Seterusnya boleh dibaca doa-doa berikut:

 

4. Adakalanya Rasulullah SAW membaca doa:

.

5.  Diakhiri dengan Doa Solat Sunat Witir

.

.

Hukum Tangguh Witir ~ Harus

.

  1. Harus seseorang itu melakukan solat witir sebanyak dua rakaat saja dan simpan satu rakaat lagi untuk dilakukan selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  2. Harus juga menangguhkan Solat Witir untuk dijadikan penutup selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  3. Jika seseorang itu melakukan solat Witir selepas Tarawih kerana mahu mendapatkan pahala jemaah, dibolehkan baginya untuk solat sunat lain ketika bangun tengah malam, tetapi dilarang mengulangi solat witir lagi. Sabda  Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Tidak ada dua witir pada satu malam.”
.

Imam Ahmad berkata: “Sesiapa meninggalkan solat witir, maka dia seorang lelaki yang buruk dan tidak wajar untuk menerima persaksiannya.”

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ.

Daripada Abu Hurairah, katanya, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) tiga pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan  solat Witir sebelum tidur.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

~ shafiqolbu.

.

242 responses to this post.

  1. Posted by norashikin on 29/08/2013 at 10:35 pm

    Assalamuailaikum,boleh tolong jelaskan satu persoalan,solat sunat witir yg d lakukan tghmlm itu dilakukan setelah solat sunat tahajud @ selepas solat sunat tahajud?saya keliru…

    Reply

    • بِسۡــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

      Setelah atau selepas membawa maksud yang sama iaitu lakukan Tahajjud dahulu kemudian baru Witir.
      Jika di bulan Ramadhan, Solat Sunat Witir boleh dilakukan selepas selesai Solat Tarawih.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  2. Posted by Norhayati binti Zambri on 09/09/2013 at 5:05 am

    Assalamualaikum. Sekiranya sy selesai solat sunat tahajud dan witir lebih kurang jam 5 pagi, adakah boleh saya terus sambung solat sunat fajar setelah selesai witir? Mohon saudara share cara2 solat sunat fajar memandangkan Nabi Muhammad s.a.w pun tidak pernah meninggalkan solat sunat fajar…. Terima kasih saudara, semoga Allah merahmati saudara dan seluruh keluarga. Amin.

    Reply

  3. Posted by khairul on 08/10/2013 at 3:05 am

    Salam..terima kasih ustaz berkongsikan ilmu yg penuh manfaat ini, semoga Allah SWT melimpahkan berkat dan rahmat buat ustaz dan keluarga. Saya melakukan solat witir ini secara bersendirian sebanyak 3 rakaat dan ingin menyuarakan soalan, iaitu 3 rakaat dan 1 salam,bagaimana itu ustaz? Pada 2 rakaat pertama selesai, Adakah selepas tahyatul (fil a’lamin na in na ka hamidul majid) beri salam seperti solat biasa atau terus bagun? Kemudian diteruskan pada satu lg rakaat(rakaat yg akhir) selepas tahyatul akhir di beri salam seperti biasa. Kelihatan disitu seperti 2 kali salam. Agak mushkil, harap ustaz bole memberikan penjelasan dan pandangan. Terima kasih

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Lakukan 3 rakaat terus-menerus tanpa tahuyyat awal dan hanya beri salam di akhir rakaat ke tiga.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • assalamualaikum. maaf saya kurang faham. Bukan kah di atas dinyatakan:

        3. Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir.

        terima kasih

      • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

        Dua kali bermaksud pada 2 waktu berbeza… di atas tu adalah satu solat witir tiga rakaat dengan dua salam.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  4. Posted by Nana on 18/10/2013 at 4:48 am

    Terima kasih

    Reply

  5. Posted by Hamba Allah on 28/06/2014 at 10:23 pm

    terima kasih…sangat membantu…Alhamdulillah!

    Reply

  6. Posted by anis on 01/07/2014 at 11:27 am

    untuk bacaan surah pada rakaat pertama, selain dari surah al a’laa, boleh tak baca surah lain?

    Reply

  7. Posted by SHAMSULDIRMAN IBRAHIM on 01/07/2014 at 8:49 pm

    Assalamualaikum ustaz. Perlukan pencerahan. Kebanyakan masjid dan surau melakukan solat tarawih 22 rakaat. Seperti yg sedia maklum kita boleh memendekkan kepada 8 rakaat. Jadi untuk solat sunat witir perlu kita lakukan terus atau boleh dilakukan dirumah kerana jemaah akan terus kepada rakaat seterusnya. Terima kasih ustaz.

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Jika berkesempatan dan bagi meraih lebih pahala lakukanlah secara berjemaah di masjid.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by izzatazmir on 07/07/2014 at 1:35 pm

        السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

        Ada sebahagian ulama’ berpendapat sebegitu tetapi nas yang lebih kukuh, tidak perlu ada witir pembuka dan penutup lagi kerana solat Witir hanya sekali dalam satu malam.
        Sekiranya telah mengerjakan solat Witir selepas solat Tarawih atau pada awal malam iaitu sebelum tidur, dan seseorang itu terjaga pada sepertiga malam yang akhir maka dia hanya boleh melakukan solat sunat2 yang lain dan tidak boleh melakukan sekali lagi solat Witir. Ini adalah kerana Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
        لاَ وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ
        “Tidak ada dua Witir dalam satu malam.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud).

        Ustaz..berkenaan kenyataan ustaz spt diatas..sy kurang faham sikit. Izinkan sy utk memahami nya..

        Andaikata sy telah menunaikan solat witir bersama dgn imam semasa terawih..dan sy bangun malam utk berqiamulail..adakah perlu sy solat witir semula sebagai penutup kepada solat sunat malam sy?

        1) …jikalau sy faham tentang penjelasan ustaz diatas, solat witir tak perlu lg krn sudah ditunaikan semasa terawih td..ATAU

        2) ada penjelasan / pendapat lain menyatakan, perlu lakukan juga witir 2 rakaat atau lebih cuma yg SATU rakaat tidak perlu diulang kerana telah ditunaikan smasa terawih tadi yg mana menyokong hadis diatas kerana WITIR itu GANJIL.

        Adakah hadis diatas bermaksud cuma yg GANJIL@WITIR shj tidak perlu ditunaikan manakala 2 rakaat witir dibolehkan? tak perlu jadikan 3,5,7 dan seterusnya..

        Maafkan sy akan kecetekan ilmu sy..sy dgn rendah diri meminta izin utk memahami perkara ini..Terima kasih

        والله أعلم بالصواب

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

        Mengenai persoalan dikemukakan, terdapat 2 pendapat ulamak:

        1) Setelah berjemaah di masjid, solat Witir tidak perlu diulangi lagi selepas Tahajjud.
        2) Dibolehkan menambah solat Witir sehingga 8 rakaat lagi supaya menjadi 11 rakaat pada bangun Tahajjud dengan syarat sewaktu 3 rakaat witir berjemaah di masjid, hendaklah diniatkan dengan ‘mukadimmah witir’. Maka bolehlah dilakukan sekali /2 /3 atau 4 kali lagi solat witir 2 rakaat.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  8. Posted by achik on 03/07/2014 at 10:49 pm

    Asalamualaikum,
    Kalau sorang tu baru bertaubat, dia kena qadha balik solat2 dia yang dia tinggal dulu kan?? Soalan saya, boleh tak saya qadha solat isyak saya selepas solat sunat witir. Yang kedua, boleh tak saya qadha solat subuh saya lepas saya solat subuh. Yang ketiga, boleh tak saya qadha solat asar selepas saya solat asar.. Ataupun, time mane yang paling elok utk qadha solat2 lima waktu tu.. Terima kasih.

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Ya dan boleh.. untuk kesemua persoalan tersebut. Tiada waktu haram bagi solat qadha…
      Waktu terbaik adalah sekarang… jangan ditangguh mengqadhakan solat wajib yang ditinggalkan kerana kita tidak dapat menjangka penamat usia kita tambahan dalam keadaan berhutang dengan Allah SWT.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  9. Posted by Siti sahu on 07/07/2014 at 10:25 pm

    Assalammualaikum ustaz sy ingin tahu bolehke sy sembahyang witir 2 rakaat mengikut imam semasa tarawih dan selepas tu satu rakaat mesti buat sendiri atau boleh mengikut imam?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Ikutlah imam bagi meraih pahala berjemaah…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  10. Posted by mariam on 08/07/2014 at 5:38 pm

    Assalamualaikum..saya ade stu soalan..lepas tarawih kite akan buat sekali solat sunat witir kn..kalau selepas itu di rmh.. saya nk solat sunat hajat sevelum saya tidur..mcm mne tu??sebab ada kawan saya cakap sebelum sya buat solat sunat tu..saye kena solat witir satu rakaat untuk batalkan solt witir tdi baru saya boleh solat sunat hajat

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Dibolehkan melakukan solat2 sunat yang lain tanpa berwitir lagi.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  11. Posted by Aida Nora on 10/07/2014 at 1:28 pm

    Assalam…

    saya ingin bertanya, bolehkah kita hanya mengerjakan solat sunat witir hanya 1 rakaat sahaja selepas mengerjakan solat sunat tahajud sedangkan dalam FB ustaz seolah-olah kita kena buat solat sunat witir 3 rakaat dengan 2 kali salam. Mohon pencerahan.

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Disarankan witir 3 rakaat 2 salam kecuali ketika kesuntukan waktu, diharuskan dengan 1 rakaat sahaja.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  12. Posted by siti nurhuzalifah on 16/07/2014 at 12:51 pm

    asalamualaikum saudara..ana nk tnya doa qunut yg dibaca pada rakaat terakhir witir adakah pada bln ramadhan sahaja..?hari2 lain selain ramadhan boleh..??mohon penjelasan..syukran jazilan

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Dibolehkan pada hari2 lain… terutama dalam usaha jihad membantu saudara kita di Gaza Palestin yang dibom kini.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  13. Posted by StudentForever on 17/07/2014 at 10:52 pm

    Assalamualaikum..

    Saya bercadang untuk bangun solat tahajud, taubat & solat sunat lain dalam bulan Ramadan. Selepas solat terawih berjemaah, apakah cara terbaik yang perlu saya lakukan sama ada witir bersama imam atau witir di akhir solat sunat nanti? Sbb sy keliru terhadap kenyataan;
    – Ikutlah imam bagi meraih pahala berjemaah…
    – sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama

    Terima kasih Ustaz..

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Untuk diperhatikan oleh para malaikat, kita boleh lakukan solat2 sunat yang lain. Dan bagi meraih pahala berganda ibadah sepanjang malam hendaklah kita menuruti imam sehingga selesai.

      “Sesiapa yang berdiri (bersolat terawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam).” [HR At-Tirmizi, sahih].

      Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Solat berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda”. [Riwayat Bukhari dan Muslim].

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  14. Posted by yusuf on 19/07/2014 at 9:39 am

    As.. Sy mw nanya apakah shalat witri bisa di kerjakan bukan bulan ramahan.???? Trms..

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menekankan perlaksanaan solat Witir ini pada setiap malam sebagaimana wasiat Baginda kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh yang berkata:

      “Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum mengerjakan solat witir.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  15. Posted by fadli on 22/07/2014 at 3:42 am

    Salam. Izinkan sy bertanya. Sy bangun sepertiga malam. Bolehkah selepas solat isyak, saya kerjakan 2 rakaat solat tahajud & kemudian penutup mlakukan 1 rakaat witir? ( 2 tahjud + 1 witir shaja )

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      1. Solat Isyak seafdalnya dilakukan sebelum masuk tidur, sebelum tengah malam.
      2. Solat Tahajjud mesti didirikan setelah tidur malam.
      3. Seafdalnya Solat Witir dilakukan sekurang2nya 3 rakaat kecuali kesuntukan waktu diharuskan dengan 1 rakaat.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  16. Posted by ira on 24/07/2014 at 4:53 am

    Saya tak sangka begitu besar fadilat sunat sunat witir ni. Semoga kita terus istiqomah.

    http://Www.momsmilkyway.com

    Reply

  17. Assalam…sa mau tanya ,kalau kita solat sunat witir selepas terawih,selepas itu bangun sepertiga malam untuk solat sunat tahjjud,x payah witir sebab witir hanya sekali kn??

    Reply

  18. Posted by Ameer on 24/07/2014 at 7:52 pm

    Harini saya nak buat solat witir . :) Harini hari pertama dan harap2 lah hari ini malam Lailatul Qadar. Insyaa-Allah Alhamdulillah

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,211 other followers

%d bloggers like this: