Solat Sunat Wuduk

.

Sesudah seseorang mengambil wuduk (air sembahyang) disunatkan untuk mendirikan Solat Sunat Wuduk sebanyak dua rakaat. Solat ini dikenali juga dengan nama ‘Solat Syukur Wuduk’.  Jika kebetulan berada di masjid, maka boleh dikemudiankan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

Solat sunat ini termasuk ke dalam solat sunat ‘muqayyad’ iaitu solat bersebab yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Dengan itu Solat Sunat Wuduk boleh dilakukan walaupun dalam waktu larangan melakukan solat sunat.

Bagi mereka yang telah menyempurnakan wuduknya lalu mengerjakan solat sunat dua rakaat dengan penuh khusyuk kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka dia akan dimasukkan ke syurga.

.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah; Bahawasanya Rasulullah SAW bertanya kepada Bilal pada waktu solat Subuh:

Hai Bilal ….! Ceritakanlah kepadaku, amal apakah yang telah engkau lakukan dalam Islam sehingga aku mendengar derap bunyi sandalmu di syurga?”  Bilal menjawab: “Aku tidak melakukan sesuatu amalan yang aku sangat harapkan pahalanya melainkan daripada kalau aku habis bersuci pada waktu malam ataupun siang, kecuali aku tentu bersolat dengan kesucianku (wuduk) itu, sebagaimana yang disarankan kepadaku untuk melakukan Solat Sunat Wuduk.”  (Muttafaq ‘alaih)

.

.

CARA MENGERJAKAN SOLAT WUDUK

.

1. Solat Sunat Wuduk sebanyak dua raka’at amat baik jika dapat dilakukan setiap kali selepas kita selesai mengambil wuduk.

.

2. Lafaz dan niatnya ialah:

.

3. Bacaan surah selepas Fatihah:

Rakaat pertama: Surah Al-Ikhlas
Rakaat kedua: Surah An-Nas

.

.

KEUTAMAAN SOLAT SUNAT WUDUK

Solat Sunat Wuduk memiliki keutamaan yang sangat besar sepertimana yang terkandung di dalam hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (SAW):

.

1. Diampunkan Dosa-Dosa Lampau

‘Uthman menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

“Sesiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mendirikan solat dua rakaat, yang pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri (yakni mendirikannya dengan khusyuk) nescaya Allah SWT akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang lalu.”  (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

.

2. Mengerjakannya Akan Dimasukkan Ke Syurga

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ مُقْبِلٌ عَلَيْهِمَا بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ إِلاَّ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.

“Tidaklah seorang Muslim berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya, melainkan telah wajib baginya syurga.”

.

.

http://shafiqolbu.wordpress.com/

.

.

48 responses to this post.

  1. Posted by zaida on 28/03/2012 at 11:57 pm

    Assalam mohon izin share dari setiap ilmu akhi ye…

    Reply

  2. Posted by ika on 07/05/2012 at 11:40 am

    assalamualaikum…solat sunat wuduk nie xpyh bca doa iftitah ke? tq

    Reply

    • Waalaikummussalam..
      Membaca doa iftitah tu cuma sunnah sahaja.. tak baca pun tidak mengapa… sekiranya ingin pahala lebih, bacalah..

      Reply

  3. Posted by Stan on 06/06/2012 at 10:24 pm

    kalau di masjid, buat solat sunat wuduk dahulu atau solat sunat tahiyatul masjid? atau hanya buat salah satu sahaja? dan apakah solat sunat yang dilakukan selepas solat fardhu?

    Reply

    • Assalamualaikum..

      1. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim)

      Apabila berkelapangan dan ada kesempatan, maka adalah sewajarnya Stan melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid berasingan yang natijahnya akan memberatkan lagi timbangan amal di akhirat. Sekiranya sampai ke masjid hanya beberapa minit sahaja sebelum didirikan solat fardhu, maka memadailah mendirikan solat sunat sebelum fardhu (Qabliyyah) dan ia sudah dikira sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid. Boleh juga untuk menyatukan dua niat antara mana-mana solat sunat Qabliyyah dan Solat Tahiyatul Masjid.

      Jika seseorang itu meninggalkan Solat Sunat Tahiyatul Masjid tetapi terus menunaikan solat sunat Qabliyyah atau solat Wudhuk, maka ia juga memadai kerana hadis di atas berbentuk umum, iaitu ‘mendirikan solat dua rakaat’.

      Sekiranya masuk masjid dan didapati azan sedang berkumandang, maka perlulah menjawab azan tersebut sambil berdiri, kemudian melakukan solat sunat Rawatib yang dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

      Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Jika iqamah solat sudah dikumandangkan, tidak ada solat lagi, kecuali solat wajib.” (Hadis Riwayat Muslim)

      2. Solat Sunat Rawatib adalah solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu. Solat Sunat Rawatib yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:

      عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ
      Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat sesudah Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)

      Reply

  4. Posted by noraisyah on 19/06/2012 at 2:00 am

    assalamualaikum,, pada rokaat pertama, doa iftitah bole baca?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Doa Iftitah, sunat dibaca dalam semua jenis solat… sekiranya ditinggalkan tidaklah berdosa dan jika dibaca bertambahlah pahalanya..

      Dari Muhammad bin Maslamali dikatakan: “Bahawasanya Rasulullah SAW jika solat sunat, maka Baginda membaca doa iftitah: ‘Wajjahtu wajhiya lilladzii t’atharas samaawaati wal ardia liainifan inusliman wamaa anaa minal musyrikiin. Inna shalaatii wamaliyaaya vvamamaatii lillaahi rabbil ‘Aalamiin. Laa syariika lahuu wabidzaalika umirtu wa-anaa awwalul muslimiin. Allahumma antal maliku laailaaha illaa anta subhaanaka wabihamdika’ (Aku menghadapkan wajahku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan penuh keikhlasan dan penyerahan kepada-Nya. Dan aku tidak termasuk orang-orang yang mensekutukan-Nya. Sesungguhnya solatku, ibadahku dan hidup matiku hanya bagi Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Hanya dengan pernyataan seperti itulah aku diperintahkan dan aku termasuk orang yang pertama yang menyerahkan diri. Ya Allah Engkau adalah Raja. Tiada Tuhan selain Engkau. Sungguh Maha Suci Engkau lagi Maha Terpuji) kemudian beliau membaca Al-Fatihah.” (Hadis Riwayat An-Nasai r.a.)

      Reply

  5. Posted by salinasaid on 09/08/2012 at 6:42 pm

    assalamualaikum…maafkan saya cuz bace je web ni, sy terus attach n paste kat FB sy…tibe2 terpikir, xmintak pon permission lebih dulu…harap tuan punye web x marah….semoga ilmu yg baik dpt dimanfaatkan bersama…amin…

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Semoga dapat beristiqomah mengamalkannya..

      Reply

  6. Posted by salinasaid on 12/08/2012 at 5:52 am

    insyallah mohon doanya

    Reply

  7. Posted by asyillah on 26/08/2012 at 2:43 pm

    assalamualaikum . saya nak tnya untuk kpstian . lepas kita mengambil air wuduk kita solat wuduk dulu baru solat , cnthnya zohor boleh kan ? secara terus menerus .

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat Wuduk dilakukan setiap kali selepas mengambil wuduk (ambil air sembahyang). Sekiranya telah mendirikan solat selain daripadanya maka gugurlah tuntutan ke atasnya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  8. assalamualaikum…mnta share ilmu amin…………..

    Reply

  9. assalamualaikum…nk tnya klu kte solat sunat wuduk kemudian kte solat sunat qabliyah boleh x…..amin

    Reply

  10. Posted by aroha on 04/09/2012 at 5:05 pm

    Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat sesudah Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)
    bleh jelaskan sebelum isyak dan sblum solat asar x perlu buat solat sunat seperti diatas? boleh email kpd saya skali…

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum solat fardhu (Qabliyyah) atau selepas solat fardhu (Ba’diyyah). Solat Sunat Rawatib ini juga mengandungi 22 rakaat yang terbahagi kepada 2 kategori iaitu yang “Muakkad” (sangat digalakkan) dan “Ghaira Muakkad” (kurang dikuatkan).

      Solat Sunat Rawatib yang “Muakkad” amat dituntut oleh Islam dan diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW sentiasa menjaga 10 rakaat Solat Sunat Rawatib Muakkad ini yang terdiri dari :

      1. 2 Rakaat sebelum Solat Subuh
      2. 2 Rakaat sebelum Solat Zuhur.
      3. 2 Rakaat selepas Solat Zuhur.
      4. 2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
      5. 2 Rakaat selepas Isyak.

      Solat Sunat Rawatib yang “Ghaira Muakkad” pula adalah 12 rakaat yang kurang sedikit fadilatnya jika dibandingkan dengan solat sunat muakkad tetapi pengamalnya tetap dijanjikan ganjaran apabila melakukan solat ini. Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad adalah solat sunat yang dikerjakan oleh Rasulullah SAW pada waktu-waktu tertentu, tetapi di waktu yang lain baginda meninggalkannya. Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad terdiri daripada:

      1. 2 Rakaat sebelum Solat Zuhur
      2. 2 Rakaat selepas Solat Zuhur.
      3. 4 Rakaat sebelum Solat Asar.
      4. 2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
      5. 2 Rakaat sebelum Isyak.

      Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.

      Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  11. Salam…,

    Izinkan saya. Saya keliru diantara solat sunat Qabliyyah dan Badiyyah – (yang dibolehkan) dan juga solat sunat yang lain cthnya; spt solat sunat Maghrib 2 rakaat sebelum, solat sunat zohor 2 rakaat sebelum/selepas, dll. Adakah perbezaan antara solat sunat Qabliyyah, Badiyyah dan solat sunat yang dimaksudkan.

    Jazakallahu Khiaran Kathiran…

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sebagaimana yang telah diterangkan dalam jawapan lalu, solat2 sunat yang dibolehkan bagi mengiringi solat fardhu (Qabliyyah dan Badiyyah) adalah seperti yang disenaraikan. Antara Solat2 sunat mengiringi solat fardhu dan Qabliyyah / Badiyyah adalah sama, berbezanya pada penggunaan istilah bahasa Melayu dan Arab saja…

      Qabliyyah = Solat sunat sebelum …
      Badiyyah = Solat sunat sesudah …

      p/s ~ Soalan ini lebih sesuai dikemukakan pada entry ‘Solat Sunat Rawatib’.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  12. Posted by Nur Zarir Hidayat on 17/11/2012 at 2:59 pm

    Salam.mohon share ilmu2.TQ.

    Reply

  13. Posted by masta donat on 29/12/2012 at 5:56 am

    اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

    klau nak buat solat sunat wuduk ni, anytime bleh? lepas wuduk jer, solat sunat. walaupun time tu jam 8pagi contohnya..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat Sunat Wudhuk adalah solat sunat bersebab, maka ia boleh dilakukan pada bila2 masa selepas berwudhuk. Tambahan jam 8 pagi itu bukanlah waktu dilarang solat.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  14. Assalamualaikum..

    Saya nak tanya jika kita melakukan solat sunat yang sama dalam 1 hari adakah dibenarkan?

    cth: sebelum tidur kita buat solat taubat, hajat dan istikharah kemudian bangun untuk tahajjud kita buat lagi solat taubat, hajat dan istikharah….adakah dibenarkan?

    Mohon penjelasan…. Terima Kasih….

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh… tapi pastikan tiada solat yang terhutang..mengqadhakan solat fardhu hendaklah diutamakan…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  15. Posted by Shaharuddin shaari on 26/07/2013 at 5:58 am

    Assalamualaikum….bolehkah jika kita sengaja mengambil wuduk, contohnya untuk membaca al-quran….sebelum membaca al-quran, mendirikan solat sunat wuduk….bolehkan begitu?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah…Begitulah yang sebaiknya…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  16. Posted by salmah on 30/07/2013 at 10:09 am

    MOHON SHARE

    Reply

  17. Posted by Aida on 30/07/2013 at 3:02 pm

    Assalam……Saya ingin minta maaf kerana selama saya membaca blog ini dan mengamalkannya, saya terlupa untuk minta izin dari tuan empunya blog.
    Diharap tuan dapt memberikan keizinan untuk saya membaca dan merujuk blog tuan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Kongsikan jugalah dengan sahabat2 lain mengenai Blog Shafiqolbu ini… Jangan lupa doakan ana…

      Daripada Abu Darda’ r.a. bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  18. Posted by zul on 30/07/2013 at 10:47 pm

    Mtk izin nk copy

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Kongsikan jugalah dengan sahabat2 lain mengenai Blog Shafiqolbu ini… Semoga ianya dapat menyumbang sedikit ilmu bermanfaat pada lebih ramai lagi..

      والله أعلم بالصواب

      Reply

  19. Posted by Noraini on 01/08/2013 at 10:51 am

    Mohon share

    Reply

  20. Posted by putra on 04/08/2013 at 3:55 am

    اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
    saya nk tanya,yg mana 1 yg perlu saya buat antara solat sunat wuduk & solat sunat tahiyatul masjid kalau ada majlis yg lain selain solat fardhu mcm akad nikah,tahlil & lain2

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat Sunat Wuduk…tapi jika berkesempatan, lakukanlah kedua2nya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  21. Posted by shinta on 19/08/2013 at 12:45 am

    bagaimana dengan solat sunah qobliyah dan ba’diyah?

    Reply

  22. Posted by roslinda on 06/10/2013 at 10:51 pm

    mohon izin kongsi ilmu…terima kasih

    Reply

  23. Posted by nadiah on 08/10/2013 at 7:26 pm

    Assalamualaikum…mohon share ye dan mntk dihalalkan ilmu y sy dpt dari blog ini…semoga penulis blog ini mendapat rahmat dan ganjaran pahala ats ilmu y dikongsi…

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      آمِيّنْ… آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

      Jazaakillaahu Khairan Katsiran.

      Reply

  24. Posted by Che kamal on 16/10/2013 at 7:25 am

    Mohon izin tuan untuk meembaca blog ini, terima kasih

    Reply

  25. Posted by Zaida on 17/10/2013 at 3:57 pm

    Minta izin utk share dan diamalkan

    Reply

  26. Posted by dnq on 13/11/2013 at 9:50 pm

    Assalamualaikum…… Izinkan ilmu ini….. Izinkan saya share….. Jazakallah

    Reply

  27. Posted by faa on 24/12/2013 at 4:49 pm

    salam…mohon share ye..syukran

    Reply

  28. Posted by ameli on 21/02/2014 at 3:04 pm

    assalam…~ mohon keizinan utk mngambil ilmu dari ape yg dibaca..~ syukran

    Reply

  29. assalamualaikum tuan empunya blog izinkan sy untuk mengambil ilmu yg tuan smpaikan. terimakasih.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,185 other followers

%d bloggers like this: