Wuduk

بِسْـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحْـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

‘Berwuduk’ atau mengambil air sembahyang ini bermaksud menggunakan air dengan berniat untuk membersihkan anggota wajib bagi menghilangkan hadas kecil. Ibadah solat yang dilakukan tanpa wuduk adalah tidak sah dan sia-sia.

Diinsafi bahawa dengan berwuduk kita dapat membersihkan hati dari sifat-sifat buruk dan tercela serta menyucikan badan dari dosa.

Jangan menganggap remeh jika anda melakukan wuduk dengan tergesa-gesa sehingga terjadi asalkan ambil sahaja. Apabila ada salah satu anggota tubuh kita yang tidak terkena air, maka astagfirullah anggota tubuh yang tidak kena air itu akan terkena api neraka.

.

“Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (HR; Imam Muslim dari Abu Hurairah).

Jika anda sudah berwuduk, maka wajah anda akan menampakkan cahaya, dan air bekas wuduk itu kelak di hari kiamat akan menjadi ‘nur hikmah’.

.

Kegunaan Wuduk

Wuduk merupakan salah satu ibadah khas yang dapat dipakai untuk melakukan solat, tawaf, hendak tidur, jalan keluar rumah, memegang dan membaca Al-Quran serta memelihara jiwa dan raga dari berbagai kecacatan.

.

Apabila anda telah mencampuri isteri, maka dianjurkan berwuduk, InsyaAllah anda akan kembali kuat.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang diantaramu telah mencampuri isterinya dan kemudian ingin mengulangi, hendaklah ia berwuduk.”

Disunatkan juga berwuduk sebelum memasuki masjid kerana hukumnya makruh sekiranya memasuki masjid tanpa berwuduk terlebih dahulu.

.

.

RUKUN WUDUK

.

1.   NiatBerniat mengangkat wuduk atau hadas kecil ketika air sampai ke muka:

.

2.  Membasuh muka - Bahagian wajib dibasuh ialah dari sempadan tempat tumbuh rambut sehingga ke bawah dagu dan dari anak telingga kanan hingga ke anak telinga kiri.

3.  Membasuh tangan – Membasuh kedua belah tangan sampai ke siku termasuk celah-celah jari dan kuku.

4.  Menyapu kepala – Menyapu air ke atas sebahagian kepala.

5.  Membasuh kaki – Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6.  Tertib - Membasuh anggota wuduk mengikut turutan.

.

.

CARA DAN DOA-DOA ANGGOTA WUDUK  (Klik Di Sini)


.

.

SUNAT-SUNAT WUDUK

.

  1. Baca Bismillah
  2. Bersugi atau berkumur-kumur.
  3. Membasuh jeri-jemari hingga pergelangan tangan.
  4. Mencelah jari-jari tangan dan kaki.
  5. Memasukkan air ke hidung.
  6. Menyapu air ke seluruh kepala atau separuh kepala bagi wanita.
  7. Membasuh ke dua belah telinga, luar dan dalam.
  8. Menyelati janggut yang tebal.
  9. Melebihkan kawasan basuh kaki hingga ke atas buku lali.
  10. Dahulukan anggota kanan.
  11. Menggosok-gosokkan anggota wuduk.
  12. Membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali.
  13. Muwalat (berturutan), basuh anggota kedua sebelum pertama kering.
  14. Mengucap dua kalimah syahadah sesudah wuduk.
  15. Berdoa selepas wuduk.

.

.

BATAL WUDUK

.

  1. Tidur baring dan tidur mengiring.
  2. Tidur duduk yang tidak tetap punggungnya.
  3. Hilang ingatan disebabkan gila, mabuk, atau pengsan.
  4. Keluar benda pejal, cecair atau angin dari dubur atau qubul.
  5. Bersentuh kulit  berlainan jantina yang bukan muhrim  tanpa berlapik.
  6. Menyentuh kemaluan atau dubur dengan tapak tangan atau perut anak jari.

.

Perhatian:

Menurut satu pandangan dalam Mazhab al-Shafie, wuduk hanya terbatal jika bersentuhan yang menimbulkan syahwat.

Pendapat yang kedua ini yang kita pakai ketika berada di Tanah Suci Makkah semasa melaksanakan ibadat haji kerana keadaan yang terlalu sesak yang menyebabkan sukar untuk mengelak daripada bersentuhan antara lelaki dan perempuan.

.

.

HIKMAT WUDUK

.

1.  Menghilangkan segala kotoran badan terutama anggota wuduk.

2.  Mengembalikan kesegaran pada tubuh dan semangat beribadat.

3.  Dapat menghadap Allah SWT. dalam keadaan suci, bersih dan sempurna.

4.  Menzahirkan kesopanan hamba sewaktu menghadap penciptanya.

5.  Membersihkan jiwa dan tingkah laku daripada sifat-sifat buruk.

6.  Menghilangkan rasa letih dan malas.

7.  Wajah menjadi  lebih cerah, ceria dan berseri.

8.  Menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh anggota wuduk.

.

RAHSIA DI SEBALIK WUDUK  (Klik Di Sini)

SOLAT SUNAT WUDUK  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Petikan oleh; shafiqolbu

.

.

51 thoughts on “Wuduk

  1. Assalamualaikum boleh terang kane maksud muwalat adakah itu ulangan membasuh semula anggota wuduk sebelum anggota itu kering kesan wuduk pertama ataupun macamana maksudnya.? sekian terima kasih…jazakallahukhair..

    • Wa’alaikum salam wrh wbt..
      Maksud ‘al-Muwalat’ adalah berturut-turut, iaitu disunatkan tidak ada sela masa/rehat yang lama ketika beralih dari membasuh satu anggota wuduk ke anggota wuduk yang lain. Tidak juga diselangi dengan perbuatan lain yang dianggap menyimpang daripadanya. Menurut para ulama, kadarnya kira-kira semasa membasuh anggota yang kedua belum kering angota yang pertama. Begitulah juga pada anggota wuduknya yang seterusnya.
      والسلام

  2. salam….kalua bace niat nawaitu wudhu’a lillahitaala boleh jugak ke?…..confuse lah mane satu yg betul…..

    • Salam… Bolehh.. semuanya betul/sah belaka, asalkan berniat untuk berwdhuk, mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil/besar.

    • Assalamualikum
      Bolehh.. sah wudhuk mrs.f tu… Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya amal perbuatan itu (sah) dengan niat dan sesungguhnya seseorang memperoleh apa yang dia niatkan.” (HR At-Tirmizi)

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Perbuatan tersebut tidak membatalkan wudhuk tapi berkumur dan bersugilah sebelum mendirikan solat..

  3. assalamualaikum.saya nak tanya mengenai istinjak.
    1.apakah hukum jika seseorang itu tidak mempunyai tangan disebelah kanan.apakah hukum jika dia ingin makan menggunakan tangan kiri.
    2.bagaimana pula jika tidak mempunyai tangan yang kudung kedua-duanya.
    3.bagaimana pula jika mempunyai tangan kiri tapi kudung hingga ke atas siku.

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ar Rahman Ar Rahim.. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap semua hambaNya… besar pahala dan ganjarannya terhadap insan yang bersifat qanaah dan redha menerima kekurangan diri..

      1. Cuci bersihlah tangan kiri tersebut sebelum mengambil makanan.
      2. Bagi soalan 2 dan 3 buatlah sekadar termampu ataupun meminta bantuan penjaga.

  4. assalamualaikum.. saya nk adakah batal wudhu sya jika sya tertidur [mengiring] hanya buat 1atau2 minit shj… sbb ada org kata tidur blh mmbatalkn wudhu sbb tkut kite mmbuang angin ketika tidur.. sy yakin sy tidak mmbuang angin

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Mengikut pandangan Imam al-Syafie r.a apabila seseorang yang mempunyai wuduk tidur dalam posisi duduk dan punggungnya tidak tetap pada tempat duduknya atau dengan posisi badannya mengiring (menyamping) atau dengan posisi terlentang atau juga ada celahan (ruang) di antara punggungnya dengan tempat duduknya, maka wuduknya batal.

      Wuduk tidak menjadi batal jika disebabkan mengantuk iaitu keadaan di mana seseorang merasa berat kepalanya, di mana dia masih dapat mendengar perkataan orang-orang yang ada di sekitarnya, walaupun tidak memahaminya.

      Menurut pendapat paling sahih, termasuk pandangan dalam mazhab al-Syafie, apabila seseorang tidur dengan tetap punggungnya di bumi atau tetap terletak di lantai, maka wuduknya tidak terbatal. Namun adalah lebih afdal berwuduk semula kerana membaharui wuduk amat besar ganjarannya.

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Membasuh telinga hanya suatu yang sunnah, manakala menyapu air ke kepala atau sebahagian daripadanya adalah rukun wajib yang jika ditinggalkan tidak sah wudhuk tersebut. Semoga Sdri.Shera dapat memperbaikinya kerana ia boleh mendatangkan implikasi yang amat besar iaitu boleh menyebabkan segala ibadah terutama solat Sdri.Shera terbatal.

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Berniat di dalam hati sahaja sebaik air sampai ke muka…untuk tambah keyakinan niat boleh dilafazkan sebelum itu..

  5. Assalamualaikum.
    saya ingin btanya kpd ustaz
    mengenai solat yang tbatal dsebabkn kentut @ kluar angin.Tetapi perkara ini acap kali berlaku sehingga plu mngambil wuduk berulang kali.Apabila ingin mengerjakan solat perkara yang sama akan berlaku. adakh itu satu pnyakit?

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah syukur, Sdri.Akma masih gigih berusaha melaksanakan ibadah wakaupun dalam keadaan sebegitu. Sekiranya telah berulang kali wuduk (3 – 7 kali) dan masih lagi terkeluar angin ketika bersolat, maka ianya adalah dimaafkan dan boleh diteruskan solat tersebut sehingga salam kerana mengikut syari’ ianya adalah suatu penyakit.

      Tapi pada pendapat ana yang kurang ilmu ini, angin tersebut bukanlah penyakit yang sukar di atasi kerana ia hanya perlu penjagaan makanan sahaja iaitu;

      1. Pengambilan air yang banyak, sekurang2nya 16 gelas sehari semalam.
      2. Sebaiknya seberapa banyak minumlah air zam-zam atau air berakali sambil diniatkan untuk kesembuhan dari segala penyakit.
      3. Mengelakkan makanan masam dan berawet seperti jeruk dan buah-buahan masam.
      4. Kurangkan makanan berkanji seperti nasi, ubi2 dan kekacang.
      5. Amalkan selawat 3x pada segelas minuman halia bercampur 3 sudu teh madu dan minum 2-3 kali sehari. Air ini juga baik bagi atasi masalah sakit puan terutama senggugut.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Minta maaf di atas kelewatan memberi respon.. terlalu banyak komen yang masuk dan perlukan huraian untuk di reply…

      Hukum asal bagi sesuatu yang keluar dari manusia adalah tidak najis melainkan jika terdapat dalil yang menunjukkan sebaliknya berdasarkan hadis Nabi SAW:
      إن المؤمن لا ينجس
      “Sesungguhnya seseorang mukmin itu tidak najis.” (Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya).

      Adapun seperti tahi manusia, air kencing dan darah yang tumpah, ia adalah najis jelas berdasarkan beberapa dalil yang menunjukkannya.

      Tidak semestinya setiap yang kita panggil “tahi” itu najis seperti “tahi hidung”, “tahi telinga” dan “tahi lalat” kerana itu tahi mata bukanlah najis dan sah wudhuk kita sekiranya ia keluar.

      Oleh yang demikian sesuatu yang keluar dari tubuh manusia yang tiada dalil menunjukkan kenajisannya seperti tahi mata, tahi hidung, hingus, air liur, kahak, peluh dan seumpamanya adalah dikira tidak najis, kerana inilah hukum asalnya.

      Dalam kitab al-Raudh al-Murbi’ dari mazhab Hambali ada dinyatakan:
      ومني الآدمي طاهر، ورطوبة فرج المرأة كالعرق والمخاط والبلغم -ولو أزرق- وما سال من الفم وقت النوم
      “Dan air mani manusia adalah suci, demikian juga lembapan faraj wanita, sama juga seperti peluh, hingus dan kahak –sekalipun menjadi biru – dan apa yang mengalir dari mulut (air liur basi) ketika tidur (semuanya adalah tidak najis).”

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Semoga dapat diamalkan wudhuk yang lebih sempurna… jangan lupa berikan juga kredit pada Blog Shafiqolbu…

  6. assalamualaikum ..maaf menganggu..saya nk bertanya berkaitan wudhu..hari tu saya ada dengar ceramah ustaz Azhar tentang pengambilan wudhu yg betul..beliau ada menyebut tentang cara membasuh muka ketika wudhu bagi perempuan.semasa ambil wudhu haruslah seluruh muka kan..macam nie, dkat tepi telinga perempuan kan ada anak rambut.menurut dalam cermah ustaz beliau bagitahu harus membasahi anak rambut tersbut.bagaimana pula kalau perempuan yang berambut panjang sampai ke dada ingin membasuh anak rambut yang panjang itu….adakah wajib..ataupun hanya membasuh sedikt sahaja…terima kasih..jawapan yang bagi saya amat harapkan..

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Hamizah wajib meratakan air wudhuk di seluruh bahagian muka..termasuk kulit di tempat tumbuhnya/pangkal anak rambut berhampiran telinga dan tak perlu sehingga ke hujung rambut tersebut..bila sampai ke anggota kepala nanti barulah disapu air ke sebahagian rambut.

      http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/06/cara-dan-doa-doa-wuduk/

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

  7. Salam. Saya ingin bertanya mengenai mandi wajib selepas bersalin.adakah ia dibuat berasingan dari mandi nifas. Kalau niat mandi nifas shj, adakah masih tidak mencukupi? Terima kasih.

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Mandi wiladah iaitu mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin. Dan diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.

      Sekiranya selepas bersalin tadi, tidak terdapat darah nifas, wanita tersebut wajib mandi dan menunaikan solat selepas itu, walaupun masih dalam berpantang.

      Seafdalnya berniatlah Mandi Wiladah:

      “Daku mandi wajib Wiladah kerana Allah Ta’ala”.

      Kemudian setelah kering darah nifasnya berniatlah Mandi Nifas pula:

      “Daku mandi wajib Nifas kerana Allah Ta’ala”.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

  8. assalamualaikum..ustaz mohon bertanya..ada dalil-dalil yang sahih tentang membasuh anggota wuduk sebanyak 3kali.

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Humran, bekas hamba suruhan Syaidina Uthman, mengatakan bahawa ia melihat Uthman bin Affan minta dibawakan bekas (air). (Dan dalam satu riwayat darinya, ia berkata, “Aku membawakan Uthman air untuk bersuci, sedang dia duduk di atas tempat duduk, lalu dia berwudhu dengan baik 7/174). Lalu ia menuangkan air pada kedua belah tangannya tiga kali, lalu ia membasuh kedua nya. Kemudian ia memasukkan tangan kanannya di bekas, lalu ia berkumur, menghirup air ke hidung [dan mengeluarkannya, l/49]. Kemudian membasuh wajahnya tiga kali, dan membasuh kedua tangannya sampai ke siku tiga kali, lalu mengusap kepalanya, lalu membasuh kedua kakinya sampai ke dua mata kakinya tiga kali. Setelah itu ia berkata, ["Aku melihat Nabi saw. Berwudhu di tempat ini dengan baik, kemudian] Baginda bersabda, ‘Sesiapa yang berwudhuk seperti wudhuku ini, kemudian [datang ke masjid, lalu] solat dua rakaat, yang antara kedua solat itu ia tidak bercakap kepada dirinya [tentang sesuatu 2/235], [kemudian duduk,] maka diampunilah dosanya yang telah lampau.’”

      Abd Khair r.a. berkata, “Kami sedang duduk melihat ke arah Ali r.a.- bagaimana ia berwuduk dan masuk ke dalam mulutnya beberapa kali air dengan tangan kanannya dan membasuh mulut dan hidung, kemudian dihembus dari hidungnya dengan tangan kirinya, dia melakukannya tiga kali, kemudian berkata, ‘Sesiapa yang ingin melihat cara wuduk Rasulullah SAW – maka beginilah wuduknya.” (Sahih – Ad-Daarimee)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

  9. Assalamualaikom ustaz,
    saya nak tanya:
    Bab mandi wajib, ada ustaz mengatakan niatnya adalah ketika air terkena pada badan, tapi timbul perasaan was2 sehingga berulang berkali-kali. Kadang2 hingga sejam dalam bilik air itu. Ada cara yang lain ustaz? Adakah boleh diniat terlebih dahulu kemudian baru jirus air ke badan.

    T/kasih

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bagi menambah keyakinan Ari bacalah lafaz niatnya terlebih dahulu dan ketika berdiri di bawah shower atau jirusan air, lintaskanlah dalam hati..“Daku mandi wajib kerana Allah Ta’ala.” Itu sudah memadai dan yakinilah dengannya dan teruslah meratakan air keseluruh badan dengan mendahulukan anggota kanan.

      Usah dilayankan sangat gangguan syaitan yang sememangnya suka mempermain dan membolak-balikkan hati setiap insan dan gembira manusia terus leka dalam pembaziran dan dosa.. dalam kes ini syaitan menjerumuskan Sdr. kepada dosa kerana banyak masa dan air terbazir begitu saja.

      Firman Allah yang bermaksud: “… dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’, ayat 27).

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

  10. Pingback: Menggunakan Anggota Tangan Kiri « shafiqolbu

  11. Assalamualaikum ustaz,
    Pekerjaan saya banyak menggunakan cat, ink dan gam (super glue).. Sebelum solat saya akan membersihkan sebaik mungkin tangan saya menggunakan thinner.. Gam (super glue) agak sukar ditanggalkan kadang-kadang terpaksa mengikis menggunakan pisau.. Setelah selesai solat ketika menadah tangan berdoa, tangan saya masih ada sedikit warna daripada ink saya kira masih sah solat kerana ink sudah masuk ke dalam kulit, tetapi lapisan gam masih ada pada kuku dan tangan tetapi kecil.. Adakah solat saya terbatal?

  12. salam…saya nak tanye ni..ape hukum kalau ambil wuduk bercampur lelaki dan wanita???konpius la..sila respon

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Adalah makruh sekiranya terpaksa dan tiada pilihan lain. Ia juga boleh membawa kepada haram jika sampai terlihat aurat mereka… Lakukanlah sistem giliran dengan mendahulukan pihak wanita kerana mereka perlu lebih masa untuk bertelekung…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

  13. Assalamualaikum, sah tak wuduk saya jika berniat mengambil wuduk ketika berkumur iaitu sebelum membasuh muka?

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Syarat sah wudhuk adalah berniat sebaik air sampai ke muka untuk membasuh anggota wajib tersebut. Adapun berkumur adalah suatu sunnah sebelum wuduk sebenar…

      Firman Allah SWT:
      “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.” (Surah Al-Maa’idah: 6)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

  14. saya ada kemuskilan mengenai masalah wanita yang angin keluar melalui faraj ,adakah batal wuduk.terima kasih

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Angin yang keluar dari faraj adalah udara disekeliling yang masuk ke dalam faraj akibat kelemahan otot-otot di bahagian tersebut. Oleh kerana angin itu adalah udara di sekeliling, maka ia tidak mempunyai bau, walaupun kadang-kadang berbunyi macam “kentut”.

      Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang kamu mendapati sesuatu di dalam perutnya, maka dia berasa ragu adakah telah keluar sesuatu daripadanya atau tidak? Janganlah dia keluar (iaitu keluar untuk mengambil wuduk) sehingga dia mendengar bunyi atau terhidu bau.” (Hadis Riwayat Muslim).

      Sekiranya angin yang keluar daripada faraj Pn. itu berbau busuk, masalah ini perlu dirujuk kepada doktor kerana ini menunjukan terdapat saluran (fistula) yang menyambung antara usus dan faraj. Terdapat juga kemungkinan jangkitan kuman pada faraj yang memerlukan kepada rawatan antibiotic.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

  15. Pingback: Memperbaharui Atau Mengekalkan Wuduk | shafiqolbu

  16. saya nak tanya, bagaimana kalau tangan terkene bahan yang melekat(cat, syelek dll) dan sukar ditanggalkan. sah ke whuduk itu?

    • Wudhuk tersebut tidak sah kerana air tidak sampai ke kulit dan ia wajib dihilang dan dibersihkan terlebih dahulu. Boleh gunakan minyak tanah, petrol atau tinner.

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat tersebut sah jika tiada sisa makanan atau rasa yang tertinggal di dalam mulut…namun bagi mendapatkan kekhusyukan dan pahala sunnah berkumur dan baharuilah wudhuk terlebih dahulu.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

  17. salam…boleh tak saya mengambil air wudhuk untuk org yg tak mampu org sakit tak boleh bergerak atas katil shj…harap ustaz dpt beri penjelasan…

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Adalah menjadi tanggungjawab orang sekeliling membantu mereka yang tak mampu bergerak beribadah. Akhi Baharun boleh ambilkan wudhuk dengan menjiruskan sedikit air pada tangan Akhi atau terus kepada anggota orang tersebut. Gunakan sebiji besen kecil untuk menadah baki air dan sehelai tuala sebagai pengalas bagi mengelakkan basah bahagian badan lain. Lebih mudah gunakan spray dan semburkan pada setiap anggota wudhuk sehingga mengalir kemudian diratakan…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s