Gerhana Penuh Dan Solat Khusuf

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Gerhana Bulan Penuh terjadi apabila bumi berada di antara matahari dan bulan pada satu garis lurus yang sama. Fenomena ini menyebabkan cahaya matahari tidak dapat menyinari bulan kerana terhalang  oleh planet bumi.

.

Pada tahun ini gerhana bulan dijangka berlaku sebanyak 2 kali iaitu pada Khamis ini  = 16 Jun 2011 (esok) dan pada 10 – 11 Disember nanti. Cawangan Falak, Jakim menjangkakan fenomena gerhana bulan penuh Khamis ini akan bermula pada jam 1.25 pagi Khamis dan mencapai tahap kemuncak pada jam 4.12 pagi, sebelum berakhir pada jam 6.59 pagi.

.

Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan dan menunaikan solat Sunat Khusuf iaitu solat sunat gerhana bulan secara berjemaah berserta khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh tersebut. Walaubagaimanapun solat gerhana boleh dilakukan secara bersendirian.

.

Galakan mengerjakan ibadat itu berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim; RasulullahSAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”

.

Dalam riwayat lain pula,RasulullahSAW bersabda; Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).

.

Mendirikan solat ini hukumnya sunat muakkad. Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku.

.

Cara Solat Gerhana…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: