Solat Sunat Khusuf / Gerhana Bulan

Galakan mengerjakan ibadah solat sunat gerhana ini  berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”

Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan dan menunaikan solat Sunat Khusuf iaitu solat sunat gerhana bulan secara berjemaah berserta khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh tersebut. Walaubagaimanapun solat gerhana boleh dilakukan secara bersendirian.

Mendirikan solat ini hukumnya sunat muakkad. Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku.

 

Niat

Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan:

Daku Solat Sunat Gerhana Bulan dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

Cara Solat Gerhana Bulan

  1. Dikerjakan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa.
  2. Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat solat  gerhana. Bacaan Al Fatihah dan surah boleh dijahar (dinyaringkan).
  3. Boleh juga dilakukan Solat Gerhana 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
  4. Pada setiap rakaat rukuknya dilakukan dua kali, iaitu selepas membaca Al Fatihah dan surah, lalu rukuk. Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lagi lalu rukuk yang ke dua.
  5. Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang ke dua, kemudian bangun untuk rakaat yang ke dua.
  6. Pada rakaat yang ke dua ini, rukuk dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian tahiyat dan diakhiri dengan salam.
  7. Makmum yang hanya dapat mengikut imam ketika berdiri ke dua atau rukuk ke dua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.

Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad s.a.w maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah).” Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad s.a.w. rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat ke dua  Nabi Muhammad s.a.w rukuk dua kali juga. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu.” (Hr Bukhari dan Muslim).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: