Solat Sunat Hajat dilakukan kerana mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT, memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan, walaubagaimanapun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat dari Allah SWT atau daripada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua rakaat.” (Riwayat At-Tarmizi)
Solat hajat boleh dikerjakan secara bersendirian atau berjemaah sewaktu suasana sunyi sama ada pada hari siang maupun malam. Lebih afdal solat bersendirian selepas tengah malam kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan lebih hening suasananya.
FADILAT
- Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
- Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
- Permohonan dimakbulkan Allah SWT.
CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT
1. Lafaz dan niat:
Daku Solat Sunat Hajat dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
2. Bacaan selepas Al-fatihah
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi (sekali atau 11 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (sekali atau 11 kali)
*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, dimana ia membaca pada setiap rakaat surah Al-Fatihah, ayat Al-Kursi dan Qulhu wallaahu ahad.
3. Membaca Tasbih
a. Apabila selesai sahaja solat terus sujud sekali lagi dan membaca tasbih ini 41 kali:
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
b. Atau Tasbih berikut 1 kali:
4. Wirid Selepas Solat Hajat
Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:
a. Istighfar (10 / 100 kali)
Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.
b. Zikir
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
c. Selawat (10 / 100 kali)
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.
5. Doa Solat Hajat
Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:
Posted by Ibrahim Abdul Rahman on 08/12/2019 at 9:48 pm
Assalamualaikum..Alhamdulillah, tuan saya sangat berminat membaca tuliasan dalam blog Agama tuan ini. Ianya banyak membantu saya memahami dan mempelajari ilmu untuk ‘bekalan’ kita menemui Allah SWT nanti. Mohon izin nak copy bahan2 yang ada dalam blog ini. Terima kasih..