Solat Sunat Isyraq

Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit matahari.

Diberi tempoh masa 12 minit ini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah agar ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari. Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah  sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi r.a.)

 

Cara Melakukan Solat Isyraq

 

1.    Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut:

 

2.     Solat sunat Isyraq dilaksanakan sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain.

3.     Lafaz niatnya:-

“Daku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

 

4.     Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

      Rakaat pertama, bacalah Al-A’la.

      Rakaat ke-dua, baca Al-Fil.

                    Atau;

      Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun.

      Rakaat ke-dua, baca Al-Ikhlas.

 

5.     Selepas salam bacalah doa ini;

 

 

By; shafiqolbu

 

 

30 responses to this post.

  1. Posted by nn on 28/03/2012 at 7:22 am

    syukran jazilah. vrry beneficial info.

    Reply

  2. Posted by suhaimi on 02/04/2012 at 8:17 am

    Salam. tuan, bolehkah dinyatakan sedikit sumber rujukan. sekurang2 nya dapat dibincangkan jika ada kemusykilan.

    Maaf sy kurang arif. memang tersentuh dgn fakta yg dikemukakan. cuma sy jahil tentang masuk doa “sebagaimana terangnya bumi dengan cahaya matahari-Mu selama-lamanya” kelihatan agak janggal. kerana sifat makhluk pasti akan binasa. hanya Allah shj yg kekal selama-lamanya. Wallahu A’lam.

    Reply

    • Wa’alaikum salam wrh wbt..
      Solat Israq ini banyak terdapat dalam hadis-hadis sahih dan kitab-kitab lama terutama di dalam kitab Hasyiah al-Syarqawi Ala al-Tahrir.

      Tentang maksud doa “sebagaimana terangnya bumi dengan cahaya matahari-Mu selama-lamanya” pula.. Ada sesetengah mentafsirkan “sebagaimana terangnya bumi dengan cahaya matahari-Mu terus-menerus.” adalah bermaksud selagi ada langit dan bumi, juga sehingga tibanya hari kiamat.
      Wallahu A’lam Bish Shawab.

      Reply

  3. Posted by suhaimi on 05/04/2012 at 7:56 am

    Terima kasih atas jawapan. Mohon disalin doa di atas untuk rujukan. Mohon juga utk dikongsikan maklumat laman ini kepada laman sosial.

    Reply

  4. Saya ingin penjelasan mengenai kelebihan solat sunat isyraq…iaitu pahalanya spt mengerjakan umrah & haji. Adakah pahala itu akan dpt diperolehi dgn solat secara istiqamah? Bagaimana kalau dilakukan sekali sekala..iaitu tidak hari2..kerana waktunya yg singkat itu?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ganjaran dan pahlanya kita serahkan pada Allah SWT.. Dia yang Maha Mengurnia dan berhak menentukannya.. Rashidah ushalah seberapa daya beristiqamah mengamalkan solat tersebut.

      Reply

    • Terima kasih atas penjelasan tuan…insyallah saya akan cuba lakukan nya secara consistent.

      Reply

  5. Posted by Lanun on 21/07/2012 at 7:54 am

    Alhamdulillah,moga-moga kita boleh menggandakan amalan kita sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh dengan barakah….Allahuakbar.

    Reply

  6. Syukran ya akhi,
    semoga sama kita mencari keradhaanNya di bulan ramadhan yang penuh kemuliaan ini.

    Reply

    • السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

      Semoga ianya berterusan ke bulan2 yang lain juga…

      Jazaakamullah Khair…:)

      Reply

  7. Posted by JUS KURMA on 07/08/2012 at 6:12 am

    Alhamdulillah. teimakasih dgn infor yg dberikan. ALLAHUAKHBAR .

    Reply

  8. Posted by mudo on 10/08/2012 at 6:59 am

    nak tanyo lah… apo fadhilat solat sunat isra’ ni tuan? salam

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sebagai tanda syukur dapat menikmati sinar matahari buat sekian harinya yang pahalanya menyamai haji dan umrah.

      Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang Solat Subuh berjemaah, kemudian dia duduk/menetap di masjid untuk berzikir kepada Allah sampai matahari terbit, kemudian dia solat dua rakaat, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala haji dan umrah yang sempurna.” (HR at-Tirmidzi, ath-Thabrani)

      Reply

  9. Posted by Khairul Anuar Mohd Ali on 08/11/2012 at 7:33 am

    Assalam tuan. Saya sesudah solat subuh berjamaah di surau, selalunya akan pulang ke rumah dan sambung baca Al-Qur’an sehingga lebih kurang jam 8 pagi, kemudian saya solat Isyraq ini. Waktu solat ini saya amalkan antara 7 pg – 7.20pg.

    Soalan 1: Betul ke waktu solat saya ini sebab kadang2 saya tak nampak lagi matahari terbit.
    Soalan 2: Saya kebiasaannya membaca Al-Qur’an dan kadang2 sahaja saya selitkan dengan wirid2 lazim. Adakah membaca Al-Qur’an boleh diterima sebagai wirid?
    Soalan 3: Saya amalkan di rumah sebab selepas subuh, di surau saya tutup, semua balik rumah bersiap nak pergi kerja dsb. Saya kerja sendiri. Bagaimana tu?

    Tarima Kasih. Jazaakallaah…

    Reply

  10. Posted by Khairul Anuar Mohd Ali on 08/11/2012 at 7:35 am

    Maaf, pembetulan. …membaca Al-Qur’an sehingga jam 7 pagi. (Bukan 8 pagi)….

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1. Dalam setahun waktu solat sentiasa berubah.. Khairul boleh lihat jadual pada akhbar2 atau Taqwim Islam… Solat Isyraq adalah bermula 12 minit selepas waktu Syuruk dan akan berakhir 27 selepasnya (tempoh waktunya hanya 15 minit).
      2. Membaca Al-Qur’an sebenarnya adalah sebaik2 zikr dan wirid.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  11. mohon share di blog sy jugak eh….. utk perkongsian

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jangan lupa kredit juga pada Blog Shafiqolbu…

      Reply

  12. Posted by seman on 25/12/2012 at 10:05 am

    اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

    syukran jazilan ya ust mudahan2 Allah permudahkan urusan solat kita…dengan menjaga hak Allah s.w.t insyAllah, Allah akan menjaga hak2 kita/hamba2Nya….insyAllah…ameen

    Reply

  13. Assalamualaikum Ustaz, dalam hadith disebut solat isyraq selepas solat subuh BERJEMAAH akan mendapat pahal haji dan umrah. Adakah boleh dapat pahala yg sama sekiranya solat tersebut di buat selepas solat subuh yg tidak berjemaah maksudnya wanita di rumah. terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Apa yang pasti kita meraih pahala dengan melakukan amal ibadah dengan seikhlas hati…soal ganjaran dan kadar pahalanya kita serahkan kepada Ar Rahman Ar Rahim yang menentukan…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  14. Alhamdulillah. terima kasih. wassallam.

    Reply

  15. Posted by putihbinjai on 22/07/2013 at 12:28 pm

    salam ustaz,,seorg isteri masuk syurga dgn 3 perkara;-solat,puasa dan taat pd suami.
    di mana batasan ketaatan pd suami?
    kalau suami baik maksudnya bila marah x sampai pukul isteri,tp x pernah suka berckp tentang hukum hakam, tak pernah bimbing isteri dan anak utk beribadat, memutuskan silaturahim dgn adik beradik,dan selalu ckp isteri nak ke mesjid, kemajlis ilmu, buat umrah,nak puasa sunat,solat malam,ikut pandai asal jgn ajak dia sama.itu d kira izin ke ustaz ?
    isteri dptkah keredhaan suami kalau suami tidak melarang dan tidak marah tp isteri,anak2 faham nampak suami mcm x suka.
    kalau suami x solat, x ada penambahan ilmu, sampai bila isteri kena taat sedangkan d akhirat nanti masing2 sibuk dgn kitab amalan sendiri.
    saya baca imam maliki ada berkata
    ,taatilah allah walaupun ia bersalahan dgn kehendak manusia dan janganlah kamu taat manusia untuk melakukan maksiat kpd allah.tiada ketaatan bagi melakukan maksiat kepada allah.
    (pls email saje.ini personel)tq

    Reply

  16. Posted by Naseeroh on 26/07/2013 at 11:07 pm

    Ada kah Masa Shuruk didalam takwim itu Masa untuk salat Israq? trimakasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Masa Syuruk pada Takwim adalah penamat Solat Subuh dan waktu solat Isyraq sebenarnya adalah kira-kira 12 minit selepas waktu tersebut sehingga masuknya solat Dhuha (28 minit selepas jadual syuruk).

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  17. salam,

    solat isyraq boleh dibuat di rumah tak? pernah dgr isyraq hanya boleh dilaksana di masjid/surau. jazakallah

    Reply

  18. Posted by Ibrahim Abdul Rahman on 03/04/2018 at 7:00 am

    Assalamualaikum… Tuan/puan saya mohon copy info solar Israq initial, terima kasih .

    Reply

Leave a reply to sarkawi rashid Cancel reply