Solat Sunat Awwabin

Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad (sangat dituntut). Awwabin berasal dari Bahasa Arab yang bererti orang yang sering bertaubat dan kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Solat sunat tambahan ini dikerjakan sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat bahkan boleh juga dilakukan sehingga 20 raka’at dengan sepuluh salam.

 

Solat Sunat Awwabin dilakukan selepas selesai mendirikan solat fardhu Maghrib dan solat sunat Ba’adiah Maghrib, sebagai amal ibadat sementara menantikan waktu Isyak. Ianya lebih baik dari duduk berbual kosong atau tidur, terutama jika tiada majlis ilmu. Boleh juga dilakukan di rumah jika berhalangan untuk bersolat jama’ah di masjid.

 

Para ulama menganjur dilakukan solat sunat enam rakaat sesudah Maghrib agar termasuk dikalangan awwabin. Lakukanlah ia selalu agar Allah SWT merahmati kita dengan memelihara keteguhan dan nikmat keimanan yang berterusan serta menghapuskan dosa-dosa kita.

 

 

Fadhilat Solat Awwabin

Solat Sunat Awwabin ini dapat menjaga dan memelihara keteguhan iman seseorang, di samping menghapuskan dosa dan meraih banyak pahala. Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda; 

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً

  “Sesiapa yang melakukan solat enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat duabelas tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.)

 

Daripada Ammar bin Yasir, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa melakukan solat 6 rakaat setelah Maghrib, maka diampuni dosanya meskipun sebanyak ombak lautan.” (Hadis riwayat at-Tabrani.)

 

Rasulullah SAW juga bersabda: “Sesiapa solat 20 rakaat setelah Maghrib, maka Allah mambangun rumah di syurga untuknya.”  (Hadis riwayat Abu Harairah dan At- Tirmidzi.)

Doa Sebelum Solat Awwabin

Sebelum melakukan solat Awwabin, disunatkan membaca doa masyhur berikut:

 

CARA MELAKSANAKANNYA SOLAT-SOLAT SUNAT AWWABIN:

1.  Solat Sunat agar ditetapkan iman dan solat Awwabin

a.  Lafaz niat solat sunat Awwabin:

 Daku solat sunat memelihara iman dan Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

b.  Selepas membaca Al-Fatihah, bacalah pada kedua-dua rakaat surah-surah berikut:

1. Surah al-Qadr    1 kali
2. Surah al-Ikhlas   6 kali
3. Surah al-Falaq   1 kali
4. Surah al-Naas    1 kali

 

c.  Dalam sujud terakhir iaitu selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa berikut:

Ya Allah! Penuhkanlah daku dengan iman dan peliharalah ia di sepanjang hidupku, ketika kembaliku dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu!

 

d.  Baca lafaz berikut selepas memberi salam:

Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.

.

2.  Solat Sunat Awwabin

a.  Lafaz niat solat sunat Awwabin:

Daku Solat Sunat Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

 

b.  Selepas membaca Al-Fatihah, bacalah:

 Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun

Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas

.

3.  Solat Sunat solat Awwabin serta Istikharah

  1. Lafaz niat solat sunat Awwabin serta Istikharah:

.Daku bersolat Sunat Awwabin serta Istikharah dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

 

b.  Selepas Al-Fatihah, bacaan surahnya ialah seperti berikut:

Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun

Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas

Atau;

Rakaat pertama, bacalah Al-Ghasyiah, ayat 68 – 70

Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ahzab, ayat 36 – 38)

 

c.  Selepas memberi salam, bacalah doa berikut:

Ya Allah! Pilihlah untukku mana yang ada padanya kebaikan dan keelokan dalam urusan agamaku dan duniaku; Dengan Rahmat-Mu, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

.

by; shafiqolbu

 

.

 

Advertisements

12 responses to this post.

  1. Posted by alha08 on 19/09/2011 at 8:37 pm

    Salam. Boleh ke buat solat awwabin tanpa buat ba’diah maghrib?

    Reply

    • بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
      السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
      Saudara alha08… Solat Awwabin boleh didirikan tanpa buat Ba’diah Maghrib, tetapi adalah lebih afdal jika dilakukan solat Ba’diah Maghrib terlebih dahulu kerana solat Rawatib paling mua’akad (dituntut) dan lebih diperlukan bagi menampal kekurangan dan kekhilafan kita dalam solat fardhu.

      Jika dalam kekangan masa, bolehlah dilakukan solat Ba’diah Maghrib dan hanya dua rakaat Solat Awwabin.

      Wallahu A’alam Bissowab
      .
      والسلام

      Reply

  2. Posted by fendy on 13/08/2012 at 3:37 am

    Slm, sah atau tidak solat jika kita hanya membaca sekali sahaja tasbih rukuk dan tasbih sujud.. Selalu kita baca 3 kali….mohon d perjelaskan ustaz.. Trima kasih..

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sah jika dipastikan betul2 telah berhenti rukuk/sujud baru dibaca tasbih tersebut. Jika Sdr.Fendi solat tanpa tuma’ninah seperti ayam mematuk makanan, maka batal solat tersebut.
      Bagi menjaga tuma’ninah dan mendapatkan kekhusyukan, sebaiknya latihkan diri membaca tasbih tersebut sebanyak 11 kali.

      Reply

  3. Posted by fendy on 18/08/2012 at 3:38 am

    Bagaimana pula dgn hanya membaca Al Fatihah tanpa membaca doa iftitah sblm fatihah dan surah selepas fatihah… Adakah sah solat kita ustaz? Penjelasan ustaz banyak membantu was was sy dlm solat…..

    Reply

    • Solat tersebut sah… bacaan doa Iftitah dan surah hanyalah sunat, namun adalah lebih baik Sdr.Fendy membacanya bagi mendapatkan solat yang sempurna…

      Reply

  4. Posted by fendy on 19/08/2012 at 6:41 am

    Alhamdulillah ustaz,,, trima kasih d atas penjelasan ustaz….

    Reply

  5. Posted by Anna MH on 25/08/2012 at 11:32 am

    Saya kurang jelas mengenai membaca doa iftitah dan surat. Jadi dalam sholat sunnah, doa iftitah tidak harus dibaca ???? mohon penjelasan dengan sangat !!!

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Doa Iftitah dan surah adalah sunnah dibaca, jika Sdri.Anna membacanya akan meraih ganjaran pahala dan ditinggalkan tidaklah berdosa dan solat tetap sah.

      Reply

  6. Posted by khairun nisa on 13/11/2012 at 8:40 pm

    assalamualaikum,, maaf, sy tdpt sdkit soalan , utk solat sunat agr dttpkn iman dan solat sunat awwabin ,utk yg slps bca surah al-fatihah. kmudian yg keempat-empat surah itu dbca skli gus dlm tiap2 rakaat ke ? atau mcm solat biasa, iaitu satu surah shj slps bca surah al-fatihah?mohon penjelasan….trma kasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Dalam setiap rakaat baca keempat2 surah dan jangan lupa surah al-Ikhlas dibaca sebanyak 6 kali.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: