Qadha Solat Sunat?

Qadha solat sunat?

Eh! Bolehkah solat sunat diqadha?

Adakah orang buat? Solat yang wajib pun tak terbuat….

Adakah solat sunat tersebut harus diqadha?

Kita sering tertinggal melakukan ibadat solat sunat, seperti solat sunat sebelum subuh dan sebagainya. Anda rasa pelik apabila mendengar ada orang berkata, solat sunat yang tertinggal pun harus diqadha balik. Betulkah begitu?

 

Adalah menjadi suatu tuntutan syarak yang diketahui secara umum, solat wajib yang tertinggal mesti diqadhakan semuanya.

Ini berdasarkan hadis Sahih Muslim (mafhumnya): “Jika seseorang daripada kamu tertidur sehingga tertinggal solatnya, atau terlalai daripadanya, maka hendaklah dia mendirikannya solat tersebut, apabila dia teringat padanya. Sesungguhnya Allah SWT berfirman: “Dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”

 

Adapun qadha solat sunat, memang menjadi tanda tanya. Solat sunat, khususnya yang rawatib seperti solat sunat sebelum Subuh, sunat sebelum Zuhur dan sebagainya, jika tertinggal dengan apa sebab sekalipun, ia memang sunat diqadhakannya semula.

 

Nabi Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga solat-solat sunat, terutama yang mu’akkad.  Rasulullah SAW bersabda; “Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Hadis riwayat Muslim)

Solat sebelum Subuh ini mempunyai fadhilat yang besar, Nabi SAW walaupun di dalam permusafiran tidak pernah meninggalkan Solat Sunat sebelum Fajar.

 

Bagi mereka yang terlepas Solat Sunat sebelum Fajar, dibenarkan Qadha solat tersebut sebaik-baiknya selepas Solat Subuh.

Ini berdasarkan kepada peristiwa berikut: “Pada suatu ketika, Rasulullah SAW terlihat seorang lelaki bersolat dua rakaat selepas menunaikan solat subuh. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada lelaki itu; “ Adakah anda bersolat Subuh dua kali?” Jawab sahabat tersebut, “Saya belum menunaikan solat dua rakaat sebelumnya (solat sunat Fajar), maka saya bersolat sekarang.” Baginda SAW apabila mendengar jawapan itu mendiamkan diri (tanda setuju).” (Hadith Riwayat Ibn Majah dan Abu Daud)

Diamnya Rasulullah SAW ini dianggap satu pengakuan daripada Baginda SAW bahawa solat sunat Qabliyyah adalah disyariatkan yakni boleh dilakukan selepas Solat Subuh bagi mereka yang tidak sempat menunaikan pada waktunya.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda; “Sesiapa yang tidak sempat solat sunat Subuh, maka boleh dilakukan sesudahnya (setelah habis waktu Subuh iaitu sesudah masuk waktu syuruk).”  (Hadis riwayat Turmizi r.a. dan Imam al-Baghawi)

 

Masuknya waktu solat sunat qabliyyah adalah ketika masuknya waktu solat tersebut dan ianya berakhir setelah masuknya waktu solat selepasnya. Apabila Rasulullah SAW tidak dapat melakukan pada waktunya, Baginda SAW pasti akan mengqadakan solat tersebut pada waktu berikutnya.

Baginda SAW juga pernah mengqadhakan solat sunat Fajar pada waktu Syuruk dan mengqadakan juga solat sunat ba’diyyah Zuhur dua rakaat selepas solat fardu Asar.

Daripada Aisyah r.a.; “Bahawa jika Rasulullah SAW tertinggal solat empat rakaat sebelum Zuhur, maka Baginda SAW melakukannya selepas Zuhur (waktu Asar).” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)

Imam al-Bukhari juga meriwayatkan hadis (mafhumnya): “Baginda Rasulullah SAW telah mengqadhakan solat sunat ba`diyyah (solat sunat sesudah solat wajib) zuhur selepas bersolat asar.”

Bermakna Rasulullah SAW pernah tertinggal solat sunat Rawatib Ba`diyyah Zuhur. Lalu baginda mengqadhakan solat sunat tersebut selepas solat Asar.

 

Solat sunat yang mendatang; seperti Solat Tahiyatul Masjid, Solat Gerhana, Solat Jenazah, Solat Qadha dan Solat sunat Rawatib boleh juga dilakukan pada waktu yang ditegah (haram) kerana waktu tersebut hanya dilarang untuk solat yang tidak mempunyai sebab (solat sunat Mutlak). Imam Syafie juga membenarkan mengqadha mana-mana solat pada waktu yang diharamkan bersolat.

 

Imam Nawawi dari mazhab Syafie telah berkata: Jika terlepas solat sunat yang muaqqat (berwaktu) seperti solat hari raya dan solat dhuha…maka sunat qadha’ berdasarkan hadis Bukhari dan Muslim “ Sesiapa yang terlupa solat atau tertidur maka kaffarahnya adalah melakukan solat itu apabila dia ingat.” Ini kerana Nabi SAW telah qadha’ dua rakaat solat sunat Subuh ketika Nabi SAW tertidur di wadi dan terlepas solat Subuh sehingga naik matahari.

Dan Baginda SAW qadha’solat sunat selepas Zuhur selepas solat Asar kerana ia merupakan solat sunat muaqqatah (berwaktu)…maka di qadha’ seperti solat fardhu. Ini samada semasa musafir atau tidak.

 

Daripada Kitab ‘Mughni al-Muhtaj’; “Seandainya terluput akan solat sunat yang berwaktu, disunatkan mengqadhakannya.”  Maka solat sunat yang berwaktu boleh diqadhakan sama seperti solat fardu.

 

Berdasarkan kepada hadis-hadis tersebut di atas dan banyak lagi hadis-hadis lainnya, maka dapat diambil kesimpulan bahawa solat-solat sunat Rawatib, harus diqadhakan semula, meskipun pada waktu-waktu yang pada dasarnya dilarang seperti larangan solat sunat selepas solat Subuh dan Asar.

Oleh yang demikian jelaslah bahawa mengqadakan solat sunat yang tertinggal itu adalah termasuk dalam perkara-perkara harus yang dibolehkan kita melakukannya.

 

Jika anda ingin lebih khusyuk dalam bersolat dan melindungi diri daripada perkara2 mungkar, jaga dan perbanyakkanlah solat-solat yang mu’akkad dan Rawatib..

Sebaik-baiknya solat wajib dan solat-solat sunat rawatib seperti ini tidak ditinggalkan dan digalakkan dilakukan secara konsisten. Sama2lah kita menambahkan amal dan beistiqamah dalam melakukannya..

 

 

والسّلام عليكم
by; shafiqolbu

 

 

6 responses to this post.

  1. Posted by alha08 on 19/09/2011 at 8:32 pm

    Salam. Kalau solat sunat awwabin pun boleh qada’ ke?

    Reply

    • بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
      السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

      Saudara alha08… Jika terlepas solat sunat yang dikaitkan dengan sebab / waktu (muqayyad) seperti Solat Dhuha dan Solat Awwabin, masih boleh diqadhakan sama seperti solat fardhu. Imam Nawawi dari mazhab Syafie telah berkata: “Seandainya terluput akan solat sunat yang berwaktu, disunatkan mengqadhakannya.”

      Ini kerana Nabi Muhammad SAW telah qadha dua rakaat solat sunat Subuh ketika Nabi SAW terlepas solat Subuh sehingga naik matahari. Dan Baginda SAW juga pernah qadha solat Baadiyah Zuhur selepas solat Asar kerana ia merupakan solat sunat ‘muqayyad’ (berwaktu).

      Wallahu A’alam Bissowab
      .
      والسلام

      Reply

  2. assalamualaikum,saya baru terjumpa pos ini setelah dua tahun, alhamdulillah. yang saya faham, qadha untuk solat sunat ini kalau tertinggal atau tidak sempat, bagaimana kalau saya tidak dapat solat sunat kerana mengejar mesyuarat dan sebagainya maka saya mengutamakan solat fardhu sahaja, adakah boleh solat sunat rawatib itu diganti. terima kasih didahulukan, wassalam

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      InsyaAllah boleh..Mengejar waktu juga termasuk dalam kategori ‘tak sempat’…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  3. Posted by datobagindokali on 22/10/2013 at 2:20 pm

    Salam admin….boleh perjelaskan cara qada solat sunat tak?lafaz dan niat serta tatacaranya….timekasih

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Akhi boleh berniat seperti solat sunat biasa, cuma selepas nama solat sunat tersebut ditambah dengan ‘qodha’an’ dan lakukan tatacaranya seperti solat asalnya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: