Cara Install Font Arab Dan Aktifkan Keyboard Arabic Pada Windows

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Selamat Datang ke segmen IT blog shafiqolbusebagai permulaan saya akan tunjukkan cara yang membolehkan penggunaan fungsi arabic pada komputer anda.

 

Untuk menginstall font arab dan setting bahasa arab di Microsoft Windows Vista dan  Windows 7 lebih mudah jika dibandingkan proses penginstalan font arab di Microsoft Windows terdahulu (windows xp dan windows 98). Dengan beberapa langkah mudah sahaja, anda sudah dapat mengaktifkannya arabic keyboard.

Jika dahulu kena hantar ke kedai kerana ketika pengaturcaraan di Regional and Language Setting memerlukan perisian khas atau CD Installer Widows 98/XP, maka kini di Windows Vista dan Windows 7  tidak diperlukan lagi CD Installer Windows.

 

Windows Vista dan Windows 7 memang sudah mempunyai fungsi pelbagai bahasa, termasuk Arabic dan tidak memerlukan kepada CD atau perisian khas untuk melakukannya. Ia hanya perlu diaktifkan agar boleh berfungsi ketika menaip menggunakan software text seperti microsoft word atau microsoft publisher.

 

 

Cara Mengaktifkan (Enable) Font Bahasa Arab Di Windows

Berikut ini adalah cara dan langkah menginstall font arab dan setting bahasa arab di Windows Vista dan Windows 7 ;

 

1. Buka Control Panel, Cari bahagian  Clock, Language and Region, klik -  Change keyboards or other input methods di bawahnya.

 

 

2. Pada menu window Region and Language, pilih bahagian Keyboards and Languages dan Klik pada Change Keyboards.

 

 

3. Akan terbuka menu window Text Services and Input Languages, Pilih General dan Klik butang Add.

 

 

4. Pada menu window Add Input Language, pilihlah mana-mana bahasa arab yang mahu digunakan. Sebagai contoh, saya menggunakan Arabic (Saudi Arabia).

 

 

5. Klik simbol +  pada Arabic (Saudi Arabia). Dan kilk lagi pada +  keyboard. Pilih Arabic (101) kemudian  klik OK.

 

 

6. Pada window Text Services and Input Languages ditunjukkan bahasa Arabic (Saudi Arabia) sudah berjaya ditambah (Arabic Enable) ke system windows. Klik OK. Maka selesailah sudah penginstallan kita….

 

 

7. Bagi membolehkan penggunaan font arabic, pada bahagian bawah kanan taskbar klik EN dan pilih AR Arabic (Saudi Arabia).

 

Jadi sekarang anda sudah boleh mula menaip menggunakan font arab..   Selamat Mencuba!!!

والسّلام

 By;

Shafiqolbu

 

 

About these ads

14 responses to this post.

  1. thanks

    Reply

  2. dah lama cari cara nk buat ni..
    barakallah hu fik.

    Reply

  3. Posted by siti on 20/12/2012 at 7:11 am

    syukran syafiqolbu.barakallahu fiik

    Reply

  4. Posted by Azmar Ahmad on 01/04/2013 at 4:17 pm

    syukran jazilan. skrg mudah nak install.

    Reply

  5. Posted by Azeem on 09/04/2013 at 3:21 pm

    Alhamdulillah

    Reply

  6. Posted by asyiah on 11/05/2013 at 1:53 pm

    alhamdulillah….terima kasih…

    Reply

  7. Posted by syahindah^^ on 01/06/2013 at 1:37 pm

    huhu..thanks …nieh mungkin Allah nk tunjuk..soh blaja arab pepandai…barakallah^^

    Reply

  8. Posted by sister on 10/07/2013 at 2:44 pm

    thanks a bunch ^^,

    Reply

  9. jazakAllah khoiron katsiro … amat terbantu :)

    Reply

  10. Posted by achilq on 16/08/2013 at 8:51 pm

    terimakasih infonya

    Reply

  11. Posted by al-Akhfiya on 09/03/2014 at 2:20 pm

    jazaakallah khairan.. tapi sedikit masalah yang timbul ialah ketiadaan huruf DZAL dan tanda shaddah.. mohon bantuan..

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Ia terdapat di sebelah kiri atas, antara butang ‘Esc’ dan no.1.

      والله أعلم بالصواب

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,816 other followers

%d bloggers like this: