Halalkah Mentega Golden Churn?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Halalkah produk dan bahan makanan yang anda beli di premis perniagaan. Berhati-hati semasa membeli belah terutama di pasaraya. Pastikan mentega (butter) yang dibeli adalah benar2 halal.

 

Baru-baru ini Bahagian Penyelididkan Jabatan Agama Islam, Negeri Johor…

mengesahkan mentega Golden Churn telah dikenalpasti mengandungi DNA babi, walaupun ianya telah disahkan halal oleh pihak New Zealand.

Penemuan DNA babi tersebut turut diakui oleh JAKIM dan beberapa jabatan agama negeri yang lain.

Penemuan ini amat mengejutkan ramai pihak, terutama kepada mereka yang masih berdegil mempercayai sijil halal swasta dan akuan negara luar.

Jadi diharapkan mereka mengambil pengajaran dan ikhtibar agar tidak mempercayai sepenuhnya pengesahan kehalalan dari pihak luar seperti New Zealand itu.


Dalam proses pembuatannya terdapat bahan dari antara 138 sumber haiwan haram tersebut yang biasa digunakan dalam produk makanan/pengguna telah ditambah ke dalam mixture mentega ini.

.

Di Negara kita ramai pengusaha IKS dan pengguna menggunakan produk ini dalam pembuatan kek, biskut dan kuih-muih, seperti kuih tat dan kek butter. Manakala pengusaha Kek Lapis Sarawak difahamkan telah menggunakannya sejak 40 tahun lalu.

Kek dan biskut yang menggunakan produk mengandungi DNA babi ini dikhabarkan akan menjadi lebih harum, sedap dan tahan lama, manakala teksturnya lebih lembut dan gebu.  Insya-Allah ada alternatif lain…. carilah yang halal JAKIM.

Maka sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai muslim yang mu’min untuk mengelak daripada menggunakan bahan-bahan yang meragukan dan hendaklah menyampai-sebarkan berita ini.

 

والسلام

By;

shafiqolbu

 

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: