Mengesan Malam Lailatul Qadar 2014/1435H

    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

.

Bila Lailatul Qadar?

Mungkinkah Lailatul Qadar tahun ini berlaku pada malam ke 27 atau 29 Ramadhan?

Jika 10 hari pertama adalah bulan penuh kerahmatan; 10 hari pertengahan Ramadhan sebagai hari pengampunan segala dosa; Maka 10 hari terakhir Ramadhan ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Padanya terdapat ‘Malam al-Qadar’ yang dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa.

Berdasarkan pendapat dan kajian para ulama terdahulu dengan berpandukan jadual yang diberi, maka terdapat tarikh2 tertentu dalam sepuluh malam terakhir ini dijangkakan berlakunya Lailatul Qadar.

.

Ibnu Abbas menyatakan Lailatul Qadar jatuh pada malam ketujuh dari 10 malam yang terakhir, kerana Allah SWT telah menciptakan tujuh langit, tujuh bumi, tujuh hari dan waktu itu berputar dalam tujuh putaran.

.

.

Menjangka Lailatul Qadar

.

Daripada Aishah r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.”   (Riwayat Bukhari)

Pendapat Imam Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi pula; “Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadhan.”

.

Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadith-hadith yang menceritakan tentang Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam tersebut berpindah-pindah pada setiap tahun.

Tepatnya pada malam-malam ganjil iaitu dari malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan. Berkata Imam Ghazali dan lainnya: “Lailatul Qadar pada malam yang gasal (ganjil) di dalam 10 yang akhir.”  Dan mereka turut berkata:  “Sesungguhnya Lailatul Qadar diketahui dengan hari yang pertama dari bulan Ramadhan.”

.

Tarikh Sebenar Lailatul Qadar ?

.

Maka berpandukan jadual di atas ahli Sufi berpendapat tahun ini (2014 / 1435H), ‘Lailatul Qadar’ akan berlaku pada malam 27 Ramadhan, manakala Fathul Wahhab pula menjangkakan ‘Lailatul Qadar’ berlaku pada malam 29 Ramadhan. Ini berdasarkan puasa pertama tahun ini jatuh pada hari Ahad.

.

Sheikh Abu Hassan menyatakan beliau sentiasa meraih Lailatul Qadar pada malam yang tepat sejak mula baligh, setelah mengikut petua di atas. Beliau menyatakan sekiranya puasa pertama jatuh pada hari Ahad, seperti tahun ini (1435H), maka ‘Lailatul Qadar’ akan berlaku pada malam 29 Ramadhan.

.

.

Malaikat Turun Membawa Berkat

.

Pada malam al-Qadr, Allah سبحانه وتعالى menyuruh Jibril turun ke bumi. Lalu turun Jibril dengan perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau. Lalu dipacakkan di atas Kaabah.

Malaikat mempunyai 600 sayap, setengahnya tidak dibuka kedua-dua sayapnya, melainkan pada malam al-Qadar. Ketika dibukakan kedua-dua sayapnya itu, ia boleh mencapai hingga sampai dari timur ke barat (Masyrik ke Maghrib) untuk menyelamatkan umat Muhammad.

Lalu, mereka memberi salam kepada setiap orang yang berjaga pada Lailatul Qadar beribadat kerana mencari keredaan Allah سبحانه وتعالى. Begitu juga kepada orang yang duduk beribadat, solat, berzikir dan berjabat tangan sesama mukmin serta mengucap amin doa orang mukmin hingga terbit fajar Subuh.

Ketika terbit fajar malaikat Jibril pun menyeru kepada para malaikat: “Ar-Rahil! Ar-Rahil!” (Pulanglah! Pulanglah!).

 

Kepulangan mereka ke Arasy inilah yang menjadikan suasana pagi berikutnya kelihatan redup dan nyaman walaupun matahari kekal menyinarkan cahayanya.

.

Nah inilah peluang kita meraih seberapa banyak pengampunan, kerahmatan dan keredhaan Allah SWT dengan mengimarahkan malam ini menerusi Qiamullail.

Walaubagaimanapun janganlah kita beribadat pada malam itu sahaja, carilah malam qadar pada 10 malam-malam terakhir yang lain juga.

.

Allah SAW menyembunyikan tarikh Lailatul Qadar sebagai perangsang kepada umat mukmin bagi melipat-gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadhan al-mubarak serta menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.

.

.

Anugerah Lailatul Qadar

.

1.   Kelebihan malam al-Qadar tidak dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu Ramadhan sahaja.

2.  Fadhilat malam itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keislaman dalam setiap tutur kata, peri laku, akhlak, ibadat dan kegiatan kehidupan sepanjang Ramadhannya.

3.  Kehadiran Lailatul Qadar disambut dengan penuh keyakinan dan keimanan akan termasuk dalam golongan yang dilimpahi kenikmatan syurga.

4.  Pahala ibadat pada malam al-Qadar akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

.

.

Saat Makbul Doa

.

Sepanjang Lailatul Qadar adalah malam yang paling mustajab berdoa. Maka perbanyakkan doa pada malam itu, khususnya pada:

  1. Masa berlalunya separuh malam.
  2. Ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya.

.

Ulama tasauf yang juga ulama fikah terkenal, Sufian as-Sauri berkata: “Berdoa pada Lailatul Qadar itu lebih disukai daripada mengerjakan solat. Malah apabila seseorang membaca al-Quran, berdoa dan meningkatkan doanya kepada Allah, mudah-mudahan dia memperoleh waktu yang mustajab.”

.

Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah. Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doanya dikabulkan Allah.

.

.

.

Bertemu Lailatul Qadar

.

Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW:

“Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: Bacalah:

للَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى

“Allahumma innaka ‘afwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni waghfirli.”
(Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah dan yang suka mengampunkan, maka ampunilah daku.)

.

.

Amalan Malam Lailatul Qadar

.

Bagi mendapatkan cara-cara beramal pada Lailatul Qadar yang lebih lengkap, sila  ‘klik di sini’

.

.

Rasulullah SAW. bersabda: “Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

.

.

Wallahu A’alam Bissowab

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

by;

~shafiqolbu~

.

.

22 responses to this post.

  1. Posted by Julia Widya Naetra Binti Juraizal on 28/07/2012 at 5:44 pm

    semoga ALLAH makbulkan doa-doa orang yang dipilih oleh NABI-NABI .

    Reply

  2. Posted by Ana on 09/08/2012 at 1:21 am

    Assalamualaikum.Mohon share di fb.Syukran

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sebagai menghargai ilmu dan membudayakan berdoa untuk saudara seMuslim serta mensejahterakan ummah, Sdri.Ana hadiahkanlah bacaan al-Fatihah dan doakan agar ana sentiasa beroleh kesihatan berpanjangan dan keredhaanNya.

      Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Tidaklah berdoa seorang Muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

      Reply

  3. Salam.. Saudara saya mengambil entry 2 solat sunat (taubat & hajat) di salin semula di blog saya untuk rujukkan saya.. Mohon diizinkan..

    Terima kasih..

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Selamat beramal…

      Reply

  4. Posted by asz on 10/08/2012 at 7:42 pm

    Smoga kita smua mdpt kberkatan serta cahaya mlm lailatul qadar…..sy jg berharap agar pnantian sy slama 10 thn ni akan berakhir. D gantikn dgn ssuatu yg lbh baik serta d kurniakn kbhgiaan yg hakiki d dunia dan akhirat…ameen ya rabb

    Reply

  5. Posted by elmuslim on 11/08/2012 at 11:55 pm

    Arab saudi ( mekah& madinah) mula puasa hari jumaat. Kita mula hari sabtu. Kalau ikut jadual di atas tu maknanya arab saudi akan lailatul qadar pada malam 27 tahun ni.. Kita pulak malam 23.. Pada malam 27 kat sana kita malam genap iaitu malam 26. Masa kita malam 23 tu pulak kat sana malam 24.(malam genap).. So, nak ikut malam mana? X kan lailatul qadar berbeza ikut tempat pulak.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Berdasarkan hadis, alim ulama’ dari mazhab Syafi’i menyatakan bahawa negeri-negeri yang berjauhan diwajibkan berpuasa menurut rukyah masing-masing. Maka sudah tentu Lailatul Qadar berbeza tarikh dan tidak berlaku pada masa yang sama… lagi pun kita di Malaysia dah masuk Maghrib, di Arab Saudi sedang Zuhur dan di New York masih lagi Dhuha… Segalanya ada hikmah yang tersembunyi.

      Firman Allah SWT:
      .سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.
      هُوَ اللَّـهُ الَّذِي لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ۖ هُوَ الرَّحْمَـٰنُ الرَّحِيمُ ﴿٢٢﴾ هُوَ اللَّـهُ الَّذِي لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ ۚ سُبْحَانَ اللَّـهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ ﴿٢٣﴾ هُوَ اللَّـهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ ۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴿
      ٢٤
      “Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang mengetahui perkara Yang ghaib dan Yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya. Dia lah Allah, Yang menciptakan sekalian makhluk; Yang mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut Yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama Yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadanya Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Hasyr; Ayat 22-24)

      Sebenarnya adalah lebih baik kita beribadah dan beriktikaf pada keseluruhan 10 malam tersebut. Jadual di atas hanyalah berdasarkan pendapat dan pengalaman para sahabat dan alim ulama’ terdahulu untuk kita ‘all out’ berqiamullail…. Dan hikmah disembunyikan Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir supaya kita ikhlas beribadah bagi meraih rahmat dan keredhaan Allah SWT.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  6. Posted by Afee on 12/08/2012 at 3:52 pm

    Subhanallah…sesungguhnya saya seorang manusia yang lalai dengan keindahan dunia…mohon agar dikurniakan hidayah kepada saya…terima kasih atas perkongsian ilmu ini…

    Reply

  7. Posted by hamsiah bt. baini on 14/08/2012 at 11:17 am

    Alhamdulilah..terima kasih.. semoga dilanjutkan usia, diberkati ALLAH sentiasa. kerana menambahkan ilmu… dgn……keterangan2 di atas.

    Reply

  8. Posted by hanani on 23/08/2012 at 2:50 am

    Bulan ramadhan telah berlalu..rasanya bila jatuhnya lailatul.qadar? Sy bangun tunggu kebanyakan malam akhir, tapi tak.jumpa..m a bit disappointed. My strong feeling was for malam 29, but maybe i was wrong.thx for entertaining soalan sy

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah, InsyaAllah Sdri.Hanani tetap memperolehinya sekiranya telah beristiqomah dengan qiamullail pada 10 malam terakhir tersebut. Pada kebanyakan pendapat dan ramai sahabat di Malaysia berasa Lailatul Qadar telah berlaku pada malam ke 23 Ramadhan, manakala anak buah ana di Mesir telah mengalami pengalaman menakjubkan pada malam 27 Ramadhan.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by Asrina Mohamad Sidek on 07/08/2013 at 3:01 am

        Asslmkm..InsyaAllah..mlm Lailatul Qadar tlh berlaku pd mlm ke 27 iaitu semalam..hari Isnin 05/08 krn kami sekeluarga dgn beberapa org2 masjid tlh dpt melihatnya yg mana kelihatan lohong yg besar di langit..langit seolah2 trbuka & seolah2 kami dpt melihat tembus terus menerus ke langit..spt ada sesutu yg sdg brlaku..jalinan antara langit & bumi..amat menakjubkn..tdk prnh kami melihat langit yg sebegini rupa..slps berlakunya keadaan itu ksn lohong bsr itu msh dpt dilihat beberapa ketika kemudian..sgl2nya berlaku slps terawih..Allahuakbar..pd siangnya pula mmg tlh terasa suasana yg nyaman & redup, tidak spt hari2 lain sblm ini yg agk pns pd siangnya..di sini sy ingin brtanya, adakah itu sbg ganjaran baik Allah beri kpd kami yg dpt melihat Lailatul Qadar yg ditggu2 oleh berjuta umat Islam sdgkn kami tidaklah sebaik umat pilihan spt yg Allah mahukn atau adakah sesuatu yg ingin Allah spikn kpd kami..adakh kami org2 yg rugi jika tdk melaksanakn ibadat yg disunatkn & dituntut utk mlm trsebut..hny skdr melaksakn ibadah wajib biasa shj..bgmana pun kami amt bersyukur krn dpt mengalami/melihat mlm ini stlh berusia seabad ini…Wallahualam..Allahuakbar..

  9. Posted by abdullah on 23/08/2012 at 9:58 pm

    subahanallah menyejukan pencerahan ini syukron akhi

    Reply

  10. Posted by myn on 29/07/2013 at 6:52 am

    terima kasih untuk info yang baik, sy ingin bertanya, macam mana untuk perempuan yang dalam keadaan haid masa malam lailatuladar, apakah amalan2 yang boleh di lakukan?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Boleh baca di sini.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  11. […] Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri supaya bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dalam Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersungguh-sungguh mengambil peluang keemasan ini untuk membaiki dan meningkatkan prestasi akhlak supaya kita dapat melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan puasa kita kali ini menjadikan kita insan yang bertaqwa. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ialah: “Anugerah Malam Al-Qadar.” […]

    Reply

  12. Posted by Salim salleh on 19/07/2014 at 1:35 pm

    tuan ,mohon share dan copy dlm FB ana.

    Reply

  13. Posted by Huda al-Kailani on 25/06/2015 at 9:45 pm

    Dalam pengamatan saya kaum sufi memulakan puasa mereka kadang-kadang tidak sama dengan hari orang lain berpuasa, selalunya lebih awal sehari dan mereka akan mencukupkan 30 hari. Setahun dua ini muslim di sini berpuasa hanya 29 hari. Jadi hari pertama orang Sufi tidak sama dengan hari pertama orang lain. Ini kerana mereka mengikut panduan yg ditunjuk oleh guru mereka. Pada orang Sufi hari2 yg berpotensi sbg malam lailatul qadar ialah malam majlis tawajjuh iaitu isnin mlm selasa dan khamis mlm jumaat. Sekiranya mencari lailatul qadar mereka akan melihat pada isnin malam selasa @ khamis mln jumaat yg ganjil di sepanjang sepuluh malam terakhir.-Pengkaji orang Sufi

    Reply

Leave a reply to Shafi-Q Cancel reply