Jadilah Peniaga / Pengguna Bertanggungjawab

Sampai Bila?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ramai pihak tertentu mengambil kesempatan terhadap keghairahan umat Islam membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Mereka semakin rakus menjalankan perniagaan tanpa mengambil kira kesensitiviti Agama dan masyarakat Islam dengan menjual barangan meragukan status kehalalannya.

.

Kebanyakan produk pengguna ini yang diimport dari negara bukan Islam, terutama Negara Cina, Taiwan dan Thailand. Barangan seperti kulit dan makanan bakal diguna-pakai dan menjadi hidangan pada musim perayaan utama umat Islam tidak lama lagi.

.

Pada tahun ini (1432H / 2011H), umat Islam negara kita khasnya, telah dihina dengan pelbagai penyelewengan dan penganiayaan yang menguji tahap kesabaran dan toleransi selama ini.

.

Apa yang menyedihkan ada pihak-pihak yang mengaku warganegara Malaysia dan sepatutnya lebih sensitif dan memahami budaya masyarakat negara ini, semakin ketara sifat kiasu,  anti Islam dan benci Melayunya.

.

Antara ketidaktanggungjawaban mereka:-

.

1.   Mengimport daging beku (ayam, daging, kaki dan ekor lembu) haram, dari negara Thai, Amerika Latin dan China. Tanpa permit dan sijil akuan halal. Kastam Pelabuhan Kelang Utara, baru-baru ini mematahkan cubaan membawa masuk 22,750 kilogram ekor lembu beku, diisi dalam sebuah kontena yang diikrar sebagai lobak merah dari Argentina. bernilai RM342,150.

.

.

2.  Membawa masuk dan menjual produk makanan siap dari Thai seperti pes tom yam dan sosej babi.

.

3.  Memproses dan menjual ayam yang tidak disembelih mengikut syariat Islam. Pekerja dan penyembelihnya pula diambil dari kalangan warga asing dan tiada tauliah jabatan agama.


Maka terjadilah macam baru2 ini, 60,000 ayam diragukan kehalalannya di Johor. Perkara sama juga banyak berlaku di K.L, Selangor dan P.Pinang, yang melibatkan ratusan ribu lagi daging ayam di pasaran terbuka dan premis makanan seperti hotel2, restoran dan kopitiam.

.

.

4.  Ada dikalangan mereka ini menyediakan makanan campuran arak dalam sajian makanan ‘buffet Ramadhan’ mereka.

.

5.  Ada penerbit akhbar dan peniaga restoran menggunakan label buffet Ramadhan dengan hidangan daging khinzir.

Berita di ruangan sisipan ‘Dining Out’ akhbar The Star

dengan ‘Ramadan Delights’ sebagai tajuk utama.

.

6.  Ada yang menjual produk niaga kepada umat Islam dengan harga jauh lebih murah, berkemungkinan mengandungi bahan pewarna dan kimia berbahaya seperti melamin. Lebih parah mereka menggunakan bahan ramuan yang terkandung DNA BABI…

Timbul Persoalan…Harga Murah, Kandungan Meragukan!

.

7.  Terdapat juga syarikat yang menggunakan foto-foto tidak sepatutnya. Seperti Syarikat KB Sdn Bhd di Sungai Sendok, Muar, menggunakan gambar gereja Ortodoks St Basil’s Cathedral di Moscow, Rusia sebagai pelekat bekas kuih-muih mereka.

.

Pada mulanya seorang pengguna yang terbeli produk syarikat ini, cuba berfikiran positif dengan beranggapan gambar tersebut mungkin dipilih kerana warna kubahnya yang cantik dan berwarna-warni, bagaimanapun ia tidak dapat diterima akal kerana bangunan yang berusia lebih 400 tahun itu, terkenal di seluruh dunia dan telah menjadi ikon Negara Rusia sejak abad ke 16 lagi. Kubah yang dikatakan itu sebenarnya adalah  bentuk nyala unggun api yang naik ke langit, tambahan pula di atasnya terdapat lambang salib.

.

8.  Mereka tergamak mencemar kesucian Bulan Ramadhan yang mulia ini dengan pelbagai provikasi dengan mengajak dan membawa orang Melayu yang ketandusan iman ke gereja.

.

9. Menipu @ memperdaya pengguna2 Muslim, tanpa memberitahu dan melebalkan barangan daripada kulit babi.

.

Umat Islam di negara ini seharusnya lebih bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan saudara seagama dengan membeli dan menjamu produk yang diyakini halal. Hanya penggunaan barangan dan pemakanan halal sahaja yang dapat menjadikan pertumbuhan darah daging benar-benar suci dan bakal membentuk kekuatan jiwa dan jati diri mukmin.

.

Wallahu A’alam Bissowab



والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

Susunan; Shafiqolbu

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: